
Assalamualaikum ibu² semua.. ada tak yg dlm ni anak dia tak pernah vaksin bulanan tu? Anak ke-2 saya cuma vaksin selepas lahir sahaja. Lepas tu takde pergi checkup dan vaksin mana² utk follow up perkembangan anak..sbb suami saya anti vaksin.. dia langsung tak izinkan saya pergi ke klinik utk anak amik vaksin.. anak sulung pulak vaksin tak lengkap.. checkup gigi pun sama.. ada tak ibu² boleh tolong saya bagikan pandangan atau share pengalaman mcm ni.. saya cuma kawal dan tgk sendiri je perkembangan anak.. #perlupandangan #perluluahan #ibudilema
Read more


Anak saya umur 1 tahun 3 bulan,lelaki..Lepas dapat vaksin yang 15 bulan,suhu badan naik samapi 38 degree.Nurse dh cakap,mungkin akan demam.Ada tanda merah melecet di peha mcm luka..Baru perasan lepas 2 hari kena cucuk..Ap perlu buat ye?Bawak pergi klinik atau biarkan untuk vaksin tu berjalan? #tolongjawab
Read more
Hello mommiesss.. Ada tak mommies yg pernah mengalami lip blister atau lepuh/gelembung pada bibir baby? Dan bibir baby mudah kering dan merekah? Ada cadangan tak utk atasi masalah ni? Oh ya btw baby saya skg dh 4bulan lebih.. Dekat bawah adalah rujukan gmbr lip blister.. #bantujawab #firstmom
Read more

PETUA DULU-DULU UNTUK MELEGAKAN KAHAK BAYI (BAYI 2 BULAN KE ATAS) 🌿1. Sapuan daun sirih suam di dada & belakang 🍁Cara: Ambil 1-2 helai daun sirih muda, layurkan atas api sekejap (jangan sampai hangus). Bila suam, sapukan sedikit minyak (contoh: minyak telon /minyak kelapa). Tekap perlahan di dada dan belakang bayi. 📌 Khasiat: Bantu cairkan kahak & hangatkan dada bayi secara lembut. 🌿2. Sapuan bawang putih bakar + minyak 🍁Cara: Bakar 1-2 ulas bawang putih hingga lembut. Campur dengan minyak kelapa atau minyak bayi dan lenyek. Sapu sedikit di tapak kaki, dada dan belakang bayi. 📌Khasiat: Buang angin, bantu cairkan kahak & bantu bayi tidur lena. 🌿3. Urutan lembut 'I Love U' 🍁Cara: Gunakan minyak bayi atau minyak kelapa. Urut dada bayi dengan teknik "I Lov U" (gerakan dari kiri ke kanan, atas ke bawah dalam bentuk huruf). Lakukan dengan lembut selepas mandi & sebelum tidur. 📌 Khasiat: BantU pergerakan lendir/kahak keluar, lancarkan pernafasan bayi. 🌿4. Mandian air daun kaduk / daun sirih 🍁Cara: Rebus 4-5 helai daun sirih atau daun kaduk dengan air. Campur dalam air mandian bayi. Mandikan bayi seperti biasa, 1-2 kali seminggu. 📌 Khasiat: Kurangkan kahak, elak batuk berpanjangan, bantu panaskan badan bayi. 🌿5. Wap semulajadi (steam tradisional) 🍁Cara: Tutup bilik supaya suam (elak angin). Letakkan semangkuk air panas + bawang putih + daun sirih di sudut bilik. Biarkan wap memenuhi bilik selama 10-15 minit (tidak terlalu dekat dengan bayi). 📌Khasiat: Buka saluran pernafasan, cairkan kahak & legakan hidung tersumbat. ‼️PERINGATAN: 1. Elakkan guna madu, lemon, atau bahan kuat untuk bayi bawah 1 tahun. 2. Pastikan tiada alahan pada bahan yang digunakan. 3. Jika bayi sukar bernafas/ kahak pekat & lama, segera rujuk doktor. #petua #tradisional #petuaduludulu #petualama #bayi #kahakbaby
Read more
