Sesi Tanya Pakar bersama Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation.

Bersempena dengan Hari Sindrom Down Sedunia pada 21 Mac 2021, kami bawakan khas kepada anda pakar untuk anda bertanya terus secara langsung apa-apa persoalan berkaitan dengan Sindrom Down bersama dengan Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation. Ikuti perbincangan ini pada hari Ahad, 21 Mac 2021, jam 3 petang dengan topik 'Apakah itu Sindrom Down dan adakah anak Sindrom Down boleh dididik?' *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak akan di jawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Angie Heng, Pengarah Urusan Kiwanis Down Syndrome Foundation.
33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Adakah anak dgn DS ni kerap menggunakan isyarat tangan atau apa2 anggota fizikal jika ingin berkomunikasi?

5y ago

Puan Syara, sebagaimana yang kita semua sedia maklum kanak-kanak Sindrom Down mengalami perkembangan pertuturan yang agak lewat berbanding dengan kanak- kanak seusia mereka. Oleh hal yang demikian mereka cenderung untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi seperti mengunakan pergerakan tangan dan ekspresi muka. Di KDSF kami menggunakan Makaton sign sebagai medium untuk membantu murid-murid kami berkomunikasi. Makaton Sign ialah isyarat pergerakkan tangan dan juga simbol dalam bentuk gambar.