penattttt

Baby baru 2months. Suami buat semua kerja2 rumah. Saya fokus breastfeed anak dan urus anak sahaja. Sy xkisah suami xbangun malam uruskan pampers anak. Sy xkisah suami xnak tukar walau sekali pun pampers anak. Sebab sy fikir, dia dah tlg sy uruskan kerja2 rumah dr basuh baju hingga masak. Sy ingat dengan jelas sekali satu ketika suami pernah pesan bila sy biar anak nangis sampai mengamuk, saya sibuk cuci botol storage untuk stok susu perahan... Sy sibuk habiskan cucian baru pergi pada baby. Dia nangis sampai batuk2 hampir2 tiada suara. Sy 1st time mum, xmahir psikologi bayi. Suami tegur, jangan sampai anak nangis mengamuk. Nanti dia akan sentiasa mengamuk di masa akan dtg. Saya take note dan sejak tu, anak bunyi sikit aje, saya terus uruskan bayi saya. Saya susukan dia bila dia mula tunjuk tanda awal lapar. Tapi semakin hari, suami semakin selalu marah saya. Semalam baby tidur xlena dan keresahan. Asyik2 merengek walau semuanya sy check, semua dah bagi selesa. Suami sy terjaga dan tanya kenapa baby nangis? Masuk buaian je lah. Sy usahakan utk tak masuk buaian. Sy pujuk2 baby. Rupanya baby terkejut2 bila ayahnya dengkur kuat sangat. Saya pelukkkk je baby. Dalam 2, 3 jam sy berjaga tenangkan baby. Tetap juga tidak tenang. Akhirnya sy masukkan dalam buai juga pada 5pagi. Baru tidur lena. Sy pun tidur... Bangun pagi suami membebel ckp sy kuat tidur, xnak teman dia sarapan, dia kata nnt dia cari org lain(nak cari isteri ke2) srpn dgn dia baru tau. Dia xtau yg sy susah payah berjaga malam agar dia dapat tidur dengan selesa supaya dia boleh bekerja dengan baik pada siangnya. Keciknya hati saya. Terus tiba2 sy rasa penatttttttt sgt. Selama ni penat juga tapi sy ikhlas dan happy. Tapi tiba2 suami cakap mcm tu, terus sy rasa terbeban dengan tugas baru sebagai ibu. ? Hari ini... Dalam kereta, baby muntah begitu banyakkkkk. Habis baju baby, tudung saya, habis baju sy. Basah lencun dengan bau muntah. Baby sy mmg mengempeng lama sbb sy suka bg dia susu banyak2 selagi dia mahu hisap. Kadang dia dah kenyang tp masih mahu nenen di muka tp susu tetap meleleh keluar. Jd nak xnak dia menelan juga. Balik di rumah, sy terus letak baby. Baby terus nangis. Baby sy mmg xsuka diletak bawah kalau dia xpuas susu@ mgempeng lagi. Sy tenangkan tepuk2 dia. Terus suami sy cop sy pemalas. Malas nak ambil baju yg kene muntah tu. Sy sibuk tenangkan anak, dikatanya sy pemalas. ? Jauh hatinya saya. Terus terasa sakit nya badan menyusukan anak terlalu lama. Terus rasa bebannya kene susukan anak lama2. Terus hilang keseronokan menyusukan anak. Rasa macam nyusukan anak ni bt suami sy kata sy macam2. Buat sy sedih dan terasa hati. Saya hampir2 rasa nak depress. ? Tolong mummy2, bagi kata2 semangat kat saya. Sy rasa macam nak givap je. Sy rsa nak biar je anak xyah susu badan lagi. Biar ayah dia pulak susukan dia pakai botol agar sy xperlu lagi dicop pemalas atau kuat tidur siang! Sedihnya. Pengorbanan sy susukan ank, xnampak dek suami. Kalau xreti hargai xpe. Tak cakap terima kasih xpe. Tak tolong sy cuci botol, xtolong tenangkan anak, xtolong simpan susu tadah milk collector xpe.... Tp jangan sampai komplain sy tuduh bukan2. Sy xpernah tau erti penat sehinggalah dia ungkapkan kata2 yg menyakitkan tu. Baru sy tahu, penat jaga anak sebenarnya. Mohon kata2 semangat. ????

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Tarik nafas lepas.. Pujuk hati dan serahkan semua urusan pada Allah. Allah akan bantu segalanya. Berlapang dada puan.. Masa dahulu, sy mengalami depresi yg sama. Sampai tak nak letak buaian. Sebab taknak org sampai ckp nanti nk buaian je. Sebenarnya buaian ni menenangkan. Tak salah kalau kita buat sesuatu yg menenangkan anak, dan kebaikan kita bersama. Selagi ia tidak merencatkan pertumbuhan bayi Sabar adalah satu kata kunci. Puan,.. Anak² perlukan puan,suami juga perlukan puan. Puan tarik nafas tenang... Dan ingat Allah maha penyayang, semoga Allah titipkan rasa harmoni didlm keluarga kita. Dapat bantu satu sama lain ye. Kami sentiasa ada utk memberi kata kata semangat utk puan

Baca lagi
VIP Member

Bykkn bersabar mommy .. Jgn ambk kata2 negative tu .. Mommy buat tk tau just relax bila bf bby .. Just ckp elok2 dgn suami .. Doa byk2 supaya Allah lembutkan hati suami dan boleh faham situasi isteri .. Kalau suami marah ckp malas tu tk buat ni tk buat ... Mommy just ckp .. "kejap lg sy buat , sy setelkan anak sekejap " .. Insya allah lama2 suami akan faham .. Saya pernah alami jugak .. Sy just ckp dkt suami .. Lepas saya setel anak , saya akan setel rumah .. Kalau awak tknk tolong tkpe tp jgn sampai marah2 ckp bnda bkn2 .. Jgn pk diri sendiri punya penat , pk org lain punya penat sama .. Alhamdulillah .. Suami paham n kalau dia balik tgk ada 2 3 kerja tak siap .. Dia akan tolong buat 😊

Baca lagi
4y ago

Saya pon sama sis .. Mudah lupa skrg ni 😂

Hai sis, sy nampak kt sini suami sis dh start stress dan letih, dia kerja dan blk kerja dia kena buat kerja rumah, dia rasa sis dh hilang fokus pd suami dan pd rumahtngga sejak anak lahir, dia rasa sis xpandai bahagikan masa sbg seorang ibu dan seorang isteri, sbb tu dia sampai ungkit pasal cari org lain...nasihat sy, cuba bincang dgn suami dr hati ke hati, xperlu stress pun..baby menyusu, mungkin sis blh masuk group di fb, Happy breasfeeding malaysia, dlm tu rmai blh tlg sis mcm mna nk handle ank yg nk mengempeng sepanjang masa

Baca lagi
4y ago

Sy pernah rasa, tp sy sedar sbb husband sy dia terus terang, dia ckp sy dh kurang layan dia, sy sentiasa penat je sy ckp..yep betul la salah sy, xpandai bahagikan masa utk suami.. Suami ni mcm baby jugak sbenarnya, nk layanan kita, nk manja2..tmbahan pulak suami sy xrapat sgt dgn mak dia

VIP Member

Tak akan ada orang paham kita sebagai ibu & suri rumah. ada sesetengah diaorng anggap kita kuno. Saya paham sangat perasaan sis. 3minggu before sya bersalin mama sya meninggal. Saya hampir depressed 5kali. First time ada anak tak tahu nak buat apa dngan makcik kita complain itu & ini. sumpah rasa give up time tu. Tpi sya kuatkan smngat bila tngok muka anak sya. insha'Allah sis sentiasa kuat ❤️ sya doakan sis

Baca lagi

Sbb tu anak kena urus sama2.. laki ni selagi dia tk buat, dia xtau susah mcm mana.. hadoi.. sblum bersalin mmg sis buat keje rumah sorg ke? Husband xde tlg langsung ke? Kalau ada tlg sikit2 mesti dia phm buat keje rumah tu mmg letih.. ni bila tibe2 dia kne buat, tu yg dia kena culture shock 😪

Allahu, sabar banyak2 sis. X tahu nak bg ayat apa utk bagi sis tenang. Berat mata memandang berat lg bahu memikul. Cuba luahkan perasaan tu pd suami sis. Jelaskan perasaan sis yg penat, serabut, sakit badan. Mintak die bantu. Sy x tahu nk motivated sis mcm mana 😭

Baca lagi

Saya doakan moga sis dberi kekuatan, Y penting fokus kat bby,selagi bby nk susu badan. Untung sgt dpt bg bby susu bdan byk². Y lain berdoa byk² moga Allah buka pintu hati suami,& byk kn besabar. InShaAllah, saya doakan, 💗

Semoga Allah kurniakan sis & ibu2 yg lain kekuatan & kesabaran dalam membesarkan anak. Semoga suami sis sedar akan pengorbanan sis slama ni & lebih menjaga emosi sis. Aaamiinn. Sis kene kuat demi baby! 💖

Kena bnyk sabar sis, moga2 semuanya lebih baik