Mentuaaaaa

Hi mohon nak minta pendapat mommies kat sini.. sy baru ja bersalin seminggu. Tapi mak mentua sy tak nak lepaskan baby sy dn nak sgt sy berpantang kat rumahnya padahal sy nak berpantang kat rumah mak sy sendiri sampai sy gaduh dgn suami .. Semalam suami sy bawak anak jalan” kat rumah mak dia , sy pulak duk stay kat rumah. Bila balik tali pusat dah takda suami kata dah tecabut padahal pagi tu masih keras lagi takda tanda” nak tercabut. baby sy pulak masuk hari ke 5 . Sy stress , nangis bila ingat anak sy kne buat gitu. Lagi” mak mentua sy ni nak anak sy minum air masak. sy dah pesan suami jgn bagi tapi sy rasa dia tipu kata takde bagi tapi pampers asyik full je , lain mcm sy susukan badan tak pernah gitu. Sy stress sangat meluat pun ada nak marah melentingg😔#firsttimemom #meluah #sedih

35 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

awak ws ni dkt suami awak. ckp ni pakar sakit puan yg share. anak sakit nanti semua lepas tangan. awak yg nk kena berjaga. lagipon baby baru 5hari. sgt bahaya JANGAN BERI BAYI MINUM AIR MASAK SEBELUM USIA 6 BULAN. Saya nak beritahu anda semua sebab-sebabnya. Sila share beramai-ramai, semoga semua ibu mertua mendapat ilmu pengetahuan ini. Masalahnya ialah kalau kata JANGAN tanpa memberitahu sebabnya, ramai orang tak dengar nasihat. Kita mesti mengetahui dan memberitahu sebab di sebalik semua nasihat yang disampaikan untuk membantu masyarakat berfikir dan menerima nasihat yang terbaik. Pertama: Badan bayi tak sama dengan badan orang dewasa. Kandungan air di dalam badan bayi memang pun lebih tinggi dari kandungan air di dalam badan orang dewasa. Lebih kurang 55% berat badan orang dewasa ialah air, tetapi 75% berat badan bayi ialah air. Maka bayi tidak perlu minum air seperti orang dewasa. Kedua: Kandungan susu ibu ialah 88% air dan rendah garam. Susu ibu mengandungi semua keperluan air dan garam untuk bayi manusia. Susu ibu manusia ialah kurniaan Allah yang terbaik untuk bayi Manusia. Tak perlu lagi tambah apa-apa air masak untuk bayi sebelum usia 6 bulan yang belum lagi boleh makan. Saya melarang ibu-ibu memberi susu lembu asli atau susu kambing asli kepada bayi sebelum usia 1 tahun sebagai pengganti susu ibu atau pengganti susu formula, sebab kandungan garam yang terlalu tinggi di dalam susu lembu asli atau susu kambing asli, selain dari mengandungi protein susu yang lebih susah dihadamkan oleh perut bayi manusia. Susu formula yang dirumuskan khas untuk bayi lebih baik lagi dari susu lembu asli atau susu kambing asli untuk bayi sebelum usia 1 tahun, sebab susu formula sudah dikurangkan garam, lebih air dan mengandungi protein yang lebih senang dihadamkan oleh perut bayi manusia. Saya juga melarang ibu-ibu memberi air masak kepada bayi sebab ini boleh menyebabkan terlalu banyak air dan kekurangan garam di dalam darah bayi, iaitu WATER INTOXICATION. Ketiga: Perut bayi sangatlah kecil dan tak boleh minum banyak-banyak sekaligus. Dia boleh ambil sedikit saja pada satu masa, sebab itulah cepat lapar semula. Sebab itulah bayi perlu minum susu ibu sedikit-sedikit tetapi dengan KERAP. Bayi perlukan protein susu ibu dan khasiat di dalam susu ibu untuk membesar. Di dalam air masak tidak ada apa-apa khasiat, tiada zat dan tiada protein. Jika anda penuhkan perut bayi dengan air masak, dia akan tak lalu minum susu ibu sebab perut dia sudah dipenuhkan dengan air. Ini boleh menyebabkan bayi kekurangan nutrisi penting untuk membesar dengan sihat. Keempat: Untuk payudara ibu membuat susu dengan banyak, ini memerlukan stimulasi dari bayi. Lebih banyak kali ibu menyusukan bayi, maka ada lebih stimulasi untuk payudara ibu membuat lebih susu mengikut keperluan dan permintaan bayi. Inilah dinamakan supply by demand. Jika anda dah bagi air masak kepada bayi dan bayi dah kenyang dengan air, maka bayi tidak akan mahu menyusu, akibatnya ialah payudara ibu pun akan tidak membuat banyak susu. Kelima: Bayi belum boleh makan maka tidak telan kandungan garam yang tinggi di dalam makanan seperti orang dewasa. Makanan pejal mengandungi kandungan garam semulajadi yang lebih tinggi dari susu ibu. Selepas orang dewasa makan, mestilah minum air secukupnya supaya darah manusia dewasa tidak menjadi terlalu pekat. Kalau tak minum air, orang dewasa akan rasa kehausan sebab kepekatan garam di dalam darah orang dewasa dikesan oleh otak yang kemudian akan signal kepada anda rasa kehausan supaya anda mencari air untuk diminum. Maka bayi yang belum makan tak haus macam orang dewasa. Kandungan garam di dalam susu manusia itu sangat rendah, lebih rendah lagi dari susu lembu. Maka bayi tak perlu lagi tambah minum air seperti orang dewasa yang makan makanan pejal. Selagi bayi belum makan, iaitu sebelum usia 6 bulan, bayi tak perlu minum air masak. Keenam: Buah pinggang bayi sangatlah kecil, belum lagi matang dan belum boleh lagi berfungsi seperti buah pinggang orang dewasa. Buah pinggang bayi tak boleh tapis terlalu banyak air untuk membuat banyak air kencing seperti orang dewasa. Jika orang dewasa minum banyak air maka lebih banyak air ditapis keluar sebagai air kencing. Tetapi buah pinggang bayi belum lagi boleh berfungsi sepenuhnya. Buah pinggang bayi tak boleh proses terlalu banyak air. Akibatnya ialah jika anda beri bayi minum air masak, darah bayi akan menjadi cair sebab terlalu banyak air berkumpul di dalam darah dan tidak dibuang oleh buah pinggang. Inilah dinamakan WATER INTOXICATION. ——————————————————————— Apakah komplikasi WATER INTOXICATION? Bila kepekatan garam di dalam darah menjadi terlalu rendah atau cair, iaitu hyponatremia, sel-sel badan tidak boleh berfungsi, termasuklah sel otak, sel otot dan sel jantung. Akibat WATER INTOXICATION ialah: Sawan, kelemahan badan, muntah berlebihan, kerosakan otak, coma dan kematian. Orang dewasa pun boleh dapat WATER INTOXICATION, sawan dan kematian jika minum 6 litre air sekaligus, tetapi bayi yang baru lahir boleh dapat WATER INTOXICATION jika diberikan minum air masak walaupun hanya sedikit. Kalau nak bancuh susu formula pun, ada arahan penting mengikut sukatannya. Jangan sengaja bancuh susu formula dengan terlebih air. Jangan cairkan susu formula sebab ini juga boleh menyebabkan WATER INTOXICATION kepada bayi. Pesanan saya yang terakhir, apa yang bagus untuk anda, jika diambil dengan berlebihan boleh menjadi racun. The dose makes the poison. Jadi jika anda tahu sudah ada cukup air untuk keperluan bayi di dalam susu ibu, anda tidak akan sumbat air masak di dalam mulut bayi. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Kongsikanlah ilmu ini beramai-ramai untuk kesihatan bayi-bayi kita. Terimakasih. Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health

Baca lagi
Post reply image
8mo ago

tq dr really membantu

kenapa eh selalunya "mak² suami" ni mesti nak jugak jugak buat benda yang orang takbagi... kononnya diorang lagi terpelajarr eeiyy geramnyaa... saya pun pernah kena masa berpantang dlu kt rmh mertua...bygkan mertua bagi baby saya isap puting diaa😭 sbb nak main2kan baby pastu gelak2 kononnya lawak siap pas2 kat anak2 perempuan dia suruh buat benda yg sama... dia taktahu ke baby ni sng dpt jangkitan kuman... last2 saya mengamuk dekat suami nak balik rumah kami...saya cakap kalau suami taknak bagi jugak, saya report kat abah saya (saya dh takda mak)... mmg tak baik ugut macamtu tapi sbg seorang ibu saya akan buat apa saja asalkan baby saya selamat...lepastu baru mintak maaf kat suami dan explain elok2 sebab apa semua. ni baby saya baru masuk 8 ke 9 bulan haritu dah disuapnya ais blended coklat 😭😭 rasa nak melenting tp tetap sabar sebab mak mertua... apa2 saya just bagitahu suami... alhamdulillah suami saya jenis yg lebih dengar kata saya daripada mak dia... lagipun dia lagi percayakan saya sebab saya nurse...cuma tu lah nak menjaga hati mak nya tu yg kitorang pening fikir

Baca lagi

Hmm sy sgt faham apa yg sis sampaikan, Sbb sy pun lalui masa pantang baru je berlalu 3 bulan. Sampai sy mogok dkt suami, sy tunjukan yg sy stress tinggal kat ruma suami. Habis pantang sy balik kat ruma mak sy, gap anak 3 bulan suami pujuk bawa balik kat ruma mak dia. Hmm sy mmg taknak ikut suami, tapi sy kesian kat suami takut pula terderhaka kat suami, sy setuju ikut, baru je sehari kat sini sy dh stress 😭 rasa nak balik kat ruma mak. Suami pun perasaan ckp jgn buat muka stress. Terus sy balas. 'Mcm mna juga, kalau mmg dh stress' suami ckp nanti sy hantar awk balik kat ruma mak awak, sy diam je. Hmm sy faham situasi sis, kita bole je larang2 suami kita, dok jgn buat ini kat anak. Tpi bila anak dh kat mentua suami pn kaku, tak nak larang. Terus kita marah suami kesian pula. Hmm

Baca lagi
8mo ago

yee asal kita ni isteri larang sikit , cakap sikit takut dikata berdosa la , derhake lah padahal kita pun nak juga kene dengar 😔

masa u pregnant dulu mil & husband jaga elok x? ni lepas deliver ni ada dia jaga u x? geram je baca semua komen org mcm2 perangai ek buat kt baby dgn ibu tu mcm dorang xpenah beranak dulu. Saya bukan nk jadi batu api tapi cuba tgk ceramah ustaz stakat mana kita boleh taat dgn keluarga mertua dalam islam. kalau dh rasa benda2 dorang buat boleh memudaratkan sis cakap direct je xpayah nk simpan2/lindung2 takut derhaka, takut nnti kita yg merana. husband pun kalau baby sakit stakat mana la dorang nk bersengkang mata pun, last2 bg kt kita jugak. nasib baik la keluarga mertua i semua baik2 je, kalau x maunya naik hantu jugak kalau kena cmni. stands for ur right sis as a mother jangan terlalu mengikut.

Baca lagi

sy pn baru abis pantang uma mil 2 minggu...memang stress gile..smpai susu drop..menangis2 dlm jamban sbb stress... penah jgk dy suruh bagi air kosong.. sy buat bodo je .. sy ckp jangan ..n mcm2 petua tah ape2 la dy buat sbb ank kuning..ikotkn mil suruh stay smpai abis pantang ..tp sy suruh jugak suami ambik lps 2 minggu.. sy pantang sendiri je smpai skrg day 28 .. lagi best drpd pantang umah mil..stress .. dh la suke kacau baby ...xbgi baby sy tdo ..asyik kejot je sbb tkot kuning makin naik..sy taula nk kejot setiap sejam ke 2 jam untuk susu.. bkn nye spnjang masa xbgi tdo ..sian bby .. naseb la dh lepas..stress dibuatnye

Baca lagi

Sis anak sy mak mentua suh laki sy bg anak minum air masak la anak sy masuk nicu 5 ari tercekik tu umur 2bln. Baby biru nasib tak pergi. Kami mmg bergaduh smpi nk bercerai sama kes la mcm ni pandai2 buat keputusan bg susu formula tanpa mengetahuan sy. Bg air masak suka ati. Sy tgh tido die ambik baby tido dgn die. Drpd elok sy asyik nangis je dlm pantang lps tu dah mcm meroyan dah. Nasib baik bapak sy masuk campur suruh sy balik duduk rmh sndr. Baru la bahagia kami anak beranak walaupun 1st baby masa tu kami rase lebih tenang tanpa gangguan

Baca lagi
8mo ago

skrg sis mcm mna ngan suami ?

Geram pulak baca. Saya hri tu baby saya 2 bln, balik rmh pak mrntua,pak mentua srh bagi air masak, saya kata ya ya saja la. lps tu kakak2 ipar sy pun suruh, kak ipar saya 5 org, 5 5 dah ada anak, hehe lagi la srh bagi, sya n suami x nk bagi, takut, lps ank sy msuk 4 bln bru bagi tu pun atas nasihat doc sbb ank sya fully fm, tu pun ank sya x nak sngtt. Kdg sy duk pikir dh la mcm2 kes dh skrg, takut sngt yg bby minum air msk tu, sbb takut sngt kalau ank ap2 sbb kita dh la nk dptkan dia ssh, mcm2 kita tmpuh org tak tau.

Baca lagi
8mo ago

iye lebih baik kita cegah je benda sebelum menyesal blakang hari . biarlah org lain bagi apa” kat anak drg yg kata dah ada pengalaman. Lain anak lain ketahanan badan, mgkin anak drg sesuai dn tak utk anak kita. Biarlah kita buat je cara kita.

geramnyaaaaa baca! i takdak la dalam situasi ni tapi almost sama. masa first baby keluaq nicu tak pandai df lagi, dia kata " bagi ayaq masak" i cakap " jangan bagi apa apa kat anak i selain susu selagi belum 6bulan". kadang bukan nak biadab, tapi apa apa jadi sakit ka apa mak yang tanggung. tak lena malam baby meragam pun mak yang bangun. Bukan mertua, bukan depa yang senang duk ajaq orang macam macam. sabaq okay u, tu anak you, bertegas ja. i memang over protective sikit kalau anak, nak lagi anak sulung.

Baca lagi
8mo ago

la pulark! ambik anak you jangan bagi muka sis. i seminggu pun stress menangis nangis hari hari sebab i nak cakap lebih tapi pikiaq suami.

sound je suami n mak mertua sekali geram pulak aii aku yg baca ni 😆😆 , anak tu amanah kalau jadi apa2 baru nak menyesal la ape la percaya lah klu jd sesuatu mesti awak yg dipersalahkan dorg takkan salahkan diri sendiri, jadi awak sbg ibu kena tegas lantak deme lh nk ckp derhaka ke kurang ajar ke putus hubungan kekeluargaan sekalipon dah kita isteri yg bertarung nyawa lahirkan dah jaga 9bln eh sedap je nk bt itu ini dkt anak kita ,, haa paneh aku paneh 😂😂

Baca lagi
8mo ago

memang kluarga belah suami ni dok buat sukahati je benda yg sy tak suka. selama ni sy diam sbb sy masih ngandung . skrg anak dah kluar lagi die usik sy memang marah. bukan tak kenang budi tapi inikan anak sy bukan anaknye

Ishhh geramya baca. Kalau baby jadi apa2 nanti, mertua tu nak ke berjaga malam??? Nak ke keluarkan duit utk check up semua?? Last2 si mak juga yg Kena tanggung semua. Kalau sy mcm sis, saya berpantang je kat rumah mak saya. Kalau suami tak izinkan, minta mak sis sendiri cakap dgn husband. Biasa husband tak berani nak tolak2 permintaan mertua.

Baca lagi
8mo ago

entahla , mentua pun kata sayangg btul kat cucu die mcm bunyi jenis org yg nak sanggup mati demi cucu 🙄 . tapi nanti apa” semua duit pun suami jgk yg kluarkan . mentua tau ape sy bersalin satu bahan makanan pun takde dia bagi mentang” sy kat rumah mak sy.