Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic

Anak selalu kelihatan tidak bermaya? Letih atau lesu? Kerap kali jatuh sakit secara tiba-tiba? Adakah ianya berpunca daripada diet pemakanannya atau aktiviti hariannya? Jom tanya semua persoalan anda bersama pakar kami iaitu Dr. JoAnn Rajah daripada ABC Children Specialist Clinic pada hari Sabtu, 22 Mei 2021 dengan tajuk Kesihatan Anak Anda & Cara Mencegahnya daripada Sakit serta bagaimana cara untuk memaksimumkan potensi pembelajaran dan imun melalui diet dan aktivitinya. *NOTA : Segala soalan luar daripada topik dan masa yang diberikan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai selamat sejahtera doc....sy ingin bertanya..anak saya umur 1 tahun 7 bulan kurang sgt nak makan..walaupun mcm2 cara sy buat tetap anak xnak makan..sehari skali tu pun 3 4 sudu jer makan..adakah normal? ape perlu sy buat or boleh saya bagi anak makan apa2 supleement? soalan kedua saya apekah punca anak sembelit? anak saya sejak kebelakangan ni kerap sembelit bila membuang seketul dua ketul je keluar..apakah langkah2 perlu saya buat bila anak kena sembelit? adakah ia berkait dgn susu formula yg die minum?

Baca lagi
4y ago

Kanak-kanak yang kurang makan senang mendapat sembelit kerana kurang mendapat serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Supplement boleh mengurangkan risiko kekurangan vitamin, zat besi, zinc.

Saya nak tanya doktor anak saya umur 1thn 1bulan 22hari da 2hari tidak buang air besar, dia ada jgk hek2. Brpa hr lpas dia demam. Pastu anak sy ada tunjuk reaksi geram.. Soalan kedua bab makanan utk bby umur 1thn 1bulan, blh doktor kongsi. Soalan ketiga susu formula yg mna elok utk baby umur 1tahun 1bulan. Sy ibu yg baru ada 1org anak,, sy tk thu.

Baca lagi
4y ago

Punca utama kanak-kanak sembelit adalah kekurangan serat (fiber) dalam makanan, contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan. Disebabkan sembelit, anak boleh merasa tidak selesa dan sakit perut menyebabkan dia rasa marah ataupun geram. Kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas perlu diberikan 3 sajian utama dan 1-2 snek. Jumlah susu perlu dikurangkan kepada 16-18 oz sehari untuk menggalakkan anak untuk makan lebih. Bagi susu formula pula, puan boleh memilih susu yang kaya dengan DHA (untuk pembentukan otak) and 2 FL (membantu dalam pembentukan otak dan daya tahan badan).

Hi Dr.. saya baru pertama kali pregnant. dah cek guna clearblue, ia tulis 3+. saya selalu rasa sakit di perut belah kiri. dan bila saya makan mangga sakit perut. adakah itu normal Dr? saya nak pergi scan di klinik, katanya kena tunggu 8 minggu. boleh Dr share apa yg saya perlu buat dan makan untuk masa sekarang?

Baca lagi

Hi dr... anak sy baru 23hari..tiap kali waktu malam hidung anak tersumbat..sy ada bertanya nurse di klinik desa..dia suggest kn spray sterimar..sy dh spray 3 kli di hidung baby..tapi takda perubahan..wktu siang ok je dia bernafas..malam shj ada masalah pernafasan.. apa perlu sy buat lg doc...thank you😉

Baca lagi

dktr saya nak tanye...sy mengndung ank ke 2.....tapi ank ke2 ni lain sikit...bawah perut saya sakt..bile bejlan pon sakit.....baring kiri atau kanan sakit jgak...knp ya dokter....kadng2 bawah perut saya ni bedenyut...nk bngun pon bdenyut.... adakah itu bahaya.....sebb anak no1 saya ok jew...x ad sakit mne2 pon.....

Baca lagi
4y ago

trima kasih dkter.....

hi doctor.. anak saya 5 bulan 24 hari..anak saya minum susu formula lactogen dari umur 2bulan tapi apa yang merisaukan saya sekarang da 3hari anak saya buang air besar cair tapi banyak.. anak saya aktif dan dia xada pula buat perangai tunjuk macam sakit ke apa.. hari hari aktif main..

4y ago

Hai puan. Saya rasa buang air besar cair ini tidak disebabkan oleh susu formula anak. Salah satu daripada kemungkinan adalah jangkitan virus pada usus. Sekiranya anak puan nampak lemah, kurang buang air kecil atau masih lagi membuang air besar cair selepas 5 hari, sila jumpa doktor.

VIP Member

Hi Dr, anak saya berhenti minum susu pada usia 1 tahun 10 bulan ketika putus susu badan. Selepas tu langsung tak minum susu sampai sekarang usianya hampir 4 tahun. Saya perasan dia kerap jatuh sakit. Dah terlambat ke untuk mulakan minum susu formula untuk anak saya?

Hi Doc! May I ask if supplements for kids are necessary? Or are fruits and veg sufficient? My girl love her fruit and veg but just wondering if there is anything she might be lacking? I also give her yogurt everyday. She is 4 years old.

4y ago

Hi there. Every child is encouraged to take 5 servings of fruits/vegetables a day. Meaning in every meal, there should be a serving of fruit/vegetables. If she is taking this amount, there is no need for any extra supplements. Another important nutrient is DHA which is rich in fish. Having 2 portions of fish a week would be good. Taking daily yoghurt is good as well.

VIP Member

Hai doc, anak sy berusia 2 bln.. setiap kali selepas menyusu mesti akan muntah.. sy dh cuba susu jenama novalac anti regustasi, tp masalah still sama.. Apa yg perlu sy buat? perlu ke saya tukar susu jenama lain?

Anak saya selalu selsema dan batuk kalau dia lasak sangat, main main dengan kawan ke. Adakah itu ada kene mengena dengan imun sistem yang rendah? Ada cara ke yang saya boleh atasi masalah ni dr?

4y ago

Hello Puan Tasha, kanak-kanak terutama sekali yang berumur kurang dari 5 tahun sememangnya senang jatuh sakit. Dalam setahun, kanak-kanak boleh dijangkiti batuk dan selsema (jangkitan virus) sebanyak 6-8 kali. Untuk menguatkan antibodi badan, pastikan anak makan makanan yang seimbang, tidur awal dan puan boleh juga memberi Vitamin C dan Zinc.