Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic
Anak selalu kelihatan tidak bermaya? Letih atau lesu? Kerap kali jatuh sakit secara tiba-tiba? Adakah ianya berpunca daripada diet pemakanannya atau aktiviti hariannya? Jom tanya semua persoalan anda bersama pakar kami iaitu Dr. JoAnn Rajah daripada ABC Children Specialist Clinic pada hari Sabtu, 22 Mei 2021 dengan tajuk Kesihatan Anak Anda & Cara Mencegahnya daripada Sakit serta bagaimana cara untuk memaksimumkan potensi pembelajaran dan imun melalui diet dan aktivitinya. *NOTA : Segala soalan luar daripada topik dan masa yang diberikan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.


Saya nk tnya doktor. Pemakanan kanak 2 ni perlu ada nutrition and health yg penting bg pembesaran kanak 2. Dan perlu ke para ibu dan mommy memilih susu yg terbaik bg kanak kanak 😊😊tu saja soalan saya
Hi doc. Anak saya baru mengalami RSV (virus). Saya nak tanya adakah pemakanan boleh mempengaruhi anak untuk menghidapi virus tersebut? Apakah pemakanan yang perlu dielakkan selepas dia menghadapi RSV?
Noted tq. Ya saya dah ambil maklum dari doc yang merawat sememangnya virus daripada batuk dsb.
maaf lari tajuk sedikit, anak sy 4tahun 6bulan, cara percakapan dy kadang cukup jelas n kengkadang macam dy tarik nafas dlu nak bcakap macam gagap...adakah normal bg seorg budak atau tidak
owh yeke...tq doc atas respon yg dberi
Hi doctor, anak saya nak start kindy soon, mungkin second half of the year. Apa yang saya boleh buat untuk improve immune system dia, supaya tak senang sakit bila start kindy.
Hi puan. Pastikan dia makan makanan yang seimbang, bersenam, tidur awal dan juga mencuci makan sebelum makan/sentuh muka. Supplement tambahan tidak diperlukan melainkan anak puan jenis memilih makanan.
Saya ada bayi umur 10 bulan, berat 7.8kg tinggi 71 cm. Sekarang susah nk makan.. Perlukah sy mengambil appeton untuk naikkan selera makan anak saya?
Puan boleh memulakan anak dengan multivitamin untuk memastikan anak tidak mengalami kekurangan vitamin. Tetapi, adalah sangat penting untuk mempraktikkan cara pemakanan yang betul dan positif. Sekiranya anak puan masih tidak berminat untuk makan, saya cadangkan untuk berjumpa dengan pakar pemakanan (dietitian). Masalah pemakanan harus ditangani pada umur yang muda untuk memastikan tumbesaran badan yang elok.
saya nk tanya,ank sya skrg lngsung xnk mnyusu mcm2 trick dh buat dia ttp menolak..adakah kite bolh gnti ngan susu brperisa...ank sya umo setahun..
Hi puan. Sekiranyan anak puan masih tidak ingin minum susu, puan boleh memberi susu berperisa (coklat). Sekiranya anak puan masih tidak berminat, puan perlu memberi makanan yang kaya dengan kalsium sebagai ganti contohnya bijiran, keju, yogurt, salmon, kacang dan lentil.
saya mengandung 30w sakit dada xble tdo sakt pinggang dan angin dalam bdan. baby pula kurang gerak bila sy sakit. bgaimana ye nk buat dan kenapa?
Puan, saya nasihatkan puan untuk berjumpa dengan doktor sakit puan berkenaan simptom puan.
hi Dr....normal ke kalau baby berusia 2 bulan...lepas je minum susu Fm or susu badan...mesti muak smula susu tu...walaupun sudah sedawa kan dia..
Hi puan. Baby yang berumur 6 bulan ke bawah mempunyai otot telan yang lebih lemah. Selepas minum, jangan baringkan anak sehingga 20-30 minit kemudian. Puan juga boleh cuba memberi baby minum lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang lebih rendah. Sekiranya baby masih senang muak dan berat badan tidak memuaskan, sila berjumpa dengan doktor.
sy nak tny..sy br pregnant for 5 weeks dan ini kelahiran pertama..umur sy d 33..boleh tahu tips penjagaan da vitamin yg sy harus ambil
terima kasih Dr..sy sudah pun mengambil apa yg Dr nasihatkan . boleh juga ke ambil pati delima Dr?
Hi doc. As of late, my son has been getting mild fevers on and off for a month. Is there anything I can do to boost his immunity?
Hi there. There could be reasons for the on-off fever for example teething. It would be good to get your child checked by a doctor to ensure that the cause of fever is not due to other medical conditions. As for immunity boosters, do ensure your child is eating well-balanced diet, get adequate sleep and enough physical activity.








Nora Ikin 89 30 9 89 Hospital besar Melaka