Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic

Anak selalu kelihatan tidak bermaya? Letih atau lesu? Kerap kali jatuh sakit secara tiba-tiba? Adakah ianya berpunca daripada diet pemakanannya atau aktiviti hariannya? Jom tanya semua persoalan anda bersama pakar kami iaitu Dr. JoAnn Rajah daripada ABC Children Specialist Clinic pada hari Sabtu, 22 Mei 2021 dengan tajuk Kesihatan Anak Anda & Cara Mencegahnya daripada Sakit serta bagaimana cara untuk memaksimumkan potensi pembelajaran dan imun melalui diet dan aktivitinya. *NOTA : Segala soalan luar daripada topik dan masa yang diberikan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hi doctor.. anak saya 5 bulan 24 hari..anak saya minum susu formula lactogen dari umur 2bulan tapi apa yang merisaukan saya sekarang da 3hari anak saya buang air besar cair tapi banyak.. anak saya aktif dan dia xada pula buat perangai tunjuk macam sakit ke apa.. hari hari aktif main..

5y ago

Hai puan. Saya rasa buang air besar cair ini tidak disebabkan oleh susu formula anak. Salah satu daripada kemungkinan adalah jangkitan virus pada usus. Sekiranya anak puan nampak lemah, kurang buang air kecil atau masih lagi membuang air besar cair selepas 5 hari, sila jumpa doktor.