Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic

Anak selalu kelihatan tidak bermaya? Letih atau lesu? Kerap kali jatuh sakit secara tiba-tiba? Adakah ianya berpunca daripada diet pemakanannya atau aktiviti hariannya? Jom tanya semua persoalan anda bersama pakar kami iaitu Dr. JoAnn Rajah daripada ABC Children Specialist Clinic pada hari Sabtu, 22 Mei 2021 dengan tajuk Kesihatan Anak Anda & Cara Mencegahnya daripada Sakit serta bagaimana cara untuk memaksimumkan potensi pembelajaran dan imun melalui diet dan aktivitinya. *NOTA : Segala soalan luar daripada topik dan masa yang diberikan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya nak tanya doktor anak saya umur 1thn 1bulan 22hari da 2hari tidak buang air besar, dia ada jgk hek2. Brpa hr lpas dia demam. Pastu anak sy ada tunjuk reaksi geram.. Soalan kedua bab makanan utk bby umur 1thn 1bulan, blh doktor kongsi. Soalan ketiga susu formula yg mna elok utk baby umur 1tahun 1bulan. Sy ibu yg baru ada 1org anak,, sy tk thu.

Baca lagi
5y ago

Punca utama kanak-kanak sembelit adalah kekurangan serat (fiber) dalam makanan, contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan. Disebabkan sembelit, anak boleh merasa tidak selesa dan sakit perut menyebabkan dia rasa marah ataupun geram. Kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas perlu diberikan 3 sajian utama dan 1-2 snek. Jumlah susu perlu dikurangkan kepada 16-18 oz sehari untuk menggalakkan anak untuk makan lebih. Bagi susu formula pula, puan boleh memilih susu yang kaya dengan DHA (untuk pembentukan otak) and 2 FL (membantu dalam pembentukan otak dan daya tahan badan).