Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic

Anak selalu kelihatan tidak bermaya? Letih atau lesu? Kerap kali jatuh sakit secara tiba-tiba? Adakah ianya berpunca daripada diet pemakanannya atau aktiviti hariannya? Jom tanya semua persoalan anda bersama pakar kami iaitu Dr. JoAnn Rajah daripada ABC Children Specialist Clinic pada hari Sabtu, 22 Mei 2021 dengan tajuk Kesihatan Anak Anda & Cara Mencegahnya daripada Sakit serta bagaimana cara untuk memaksimumkan potensi pembelajaran dan imun melalui diet dan aktivitinya. *NOTA : Segala soalan luar daripada topik dan masa yang diberikan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Anak saya selalu selsema dan batuk kalau dia lasak sangat, main main dengan kawan ke. Adakah itu ada kene mengena dengan imun sistem yang rendah? Ada cara ke yang saya boleh atasi masalah ni dr?

5y ago

Hello Puan Tasha, kanak-kanak terutama sekali yang berumur kurang dari 5 tahun sememangnya senang jatuh sakit. Dalam setahun, kanak-kanak boleh dijangkiti batuk dan selsema (jangkitan virus) sebanyak 6-8 kali. Untuk menguatkan antibodi badan, pastikan anak makan makanan yang seimbang, tidur awal dan puan boleh juga memberi Vitamin C dan Zinc.