Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic

Anak selalu kelihatan tidak bermaya? Letih atau lesu? Kerap kali jatuh sakit secara tiba-tiba? Adakah ianya berpunca daripada diet pemakanannya atau aktiviti hariannya? Jom tanya semua persoalan anda bersama pakar kami iaitu Dr. JoAnn Rajah daripada ABC Children Specialist Clinic pada hari Sabtu, 22 Mei 2021 dengan tajuk Kesihatan Anak Anda & Cara Mencegahnya daripada Sakit serta bagaimana cara untuk memaksimumkan potensi pembelajaran dan imun melalui diet dan aktivitinya. *NOTA : Segala soalan luar daripada topik dan masa yang diberikan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, ABC Children Specialist Clinic
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai selamat sejahtera doc....sy ingin bertanya..anak saya umur 1 tahun 7 bulan kurang sgt nak makan..walaupun mcm2 cara sy buat tetap anak xnak makan..sehari skali tu pun 3 4 sudu jer makan..adakah normal? ape perlu sy buat or boleh saya bagi anak makan apa2 supleement? soalan kedua saya apekah punca anak sembelit? anak saya sejak kebelakangan ni kerap sembelit bila membuang seketul dua ketul je keluar..apakah langkah2 perlu saya buat bila anak kena sembelit? adakah ia berkait dgn susu formula yg die minum?

Baca lagi
5y ago

Kanak-kanak yang kurang makan senang mendapat sembelit kerana kurang mendapat serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Supplement boleh mengurangkan risiko kekurangan vitamin, zat besi, zinc.