Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Shamshunnisah, Pakar Psikiatri dari Pantai Hospital Laaguna Merbok

Ada tak yang mula rasa tertekan duduk di rumah pada jangka masa yang lama semenjak kita mula pandemik? Atau rasa ingin mengalah (give up) dengan kehidupan seharian yang tidak menentu? Semua benda dalam rumah rasa tak kena dan emosi terganggu? . Jom tanya pakar kami secara terus dengan bertanyakan tentang penjagaan kesihatan mental dan cara mengurus tekanan pada hari Khamis, 26 Ogos, jam 4.30 petang bersama dengan Pakar Psikiatri, Dr. Shamshunnisah. *NOTA : Sebarang soalan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan berkemungkinan tidak akan dijawabatau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Shamshunnisah, Pakar Psikiatri dari Pantai Hospital Laaguna Merbok
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi, doctor.. Saya sering rasa penat,stress,tak dihargai,dan sering terasa kosong..Saya juga jadi seorang yg panas baran..Saya jadi seorang yang pemarah & akan mengeluarkan kata-kata yg tak sepatutnya pada suami & anak-anak..Saya sendiri tak sedar bila saya mula menjadi seorang yg baran..dan punca saya berubah menjadi begini..Saya dah cuba nak berubah menjadi lebih baik tapi tak berjaya..saya hanya dapat berubah selama beberapa hari saja & akan jadi pemarah balik bila ada perkara yang saya tak puas hati.. Please,tolong saya doctor.. Advice apa yg patut saya buat😞

Baca lagi
4y ago

gejala yang puan hadapi sekarang sebenarnya merupakan tanda-tanda kemurungan - sekiranya perubahan sebegini sudah berlangsung lebih daripada 2 minggu, saya sarankan supaya puan berjumpa dengan pakar pesihatan mental untuk mendapatkan penilaian dan bantuan. terima kasih.