Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Shamshunnisah, Pakar Psikiatri dari Pantai Hospital Laaguna Merbok

Ada tak yang mula rasa tertekan duduk di rumah pada jangka masa yang lama semenjak kita mula pandemik? Atau rasa ingin mengalah (give up) dengan kehidupan seharian yang tidak menentu? Semua benda dalam rumah rasa tak kena dan emosi terganggu? . Jom tanya pakar kami secara terus dengan bertanyakan tentang penjagaan kesihatan mental dan cara mengurus tekanan pada hari Khamis, 26 Ogos, jam 4.30 petang bersama dengan Pakar Psikiatri, Dr. Shamshunnisah. *NOTA : Sebarang soalan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan berkemungkinan tidak akan dijawabatau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Shamshunnisah, Pakar Psikiatri dari Pantai Hospital Laaguna Merbok
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Doktor... bolehkah doktor berkongsi tips mengurus tekanan lagi² pada masa pandemik ni kita agak terbatas untuk keluar rumah dan menenangkan diri ..tekanan dihadapi dlm rumah tp kita terpaksa menghadapnya sehingga meninggalkn kesan sakit mental yang bahaya jika tidak dikawal dgn baik

VIP Member

hi dr...sy stress suami xmembantu sy dlm kerja rumah lebih2 lg part menguruskan anak..selalu sahaja mengelat...& bisnes kerja smpai lewat mlm..smpai sy rasa dy curang even sy tau dia keluar dgn lelaki .tp still sy stress..sy pon nk rehat jgk .nk masa sndiri jgk..apa patot sy buat?

VIP Member

Hi doktor. Saya mommy nora Ikin. Berumur 32 year old. Soalan saya bagaimana cara utk elak rasa depression yg teruk sehingga rasa diri ni tak boleh handle semua dlm fikiran kita dan cara utk mengatasi masalah yg timbul masalah tersebut. Tq doktor 😊😊

hi doc... mcmana nak atasi masalah kemurungan? dulu saya seorang yg periang tapi sejak berkahwin sy jadi seorang yg pdiam dan jrg senyum dsebabkan bnyk fkiran dlm rumatngga.bantu saya menagani hal ini,agar kembali seperti dulu doc?

Hi doctor, this is my first pregnancy and I have been having very low moods and I have been feeling very depressed and anxious but I’m told that many anti depressants are not allowed to be consumed during pregnancy, what do it do?

Hi doctor, working from home has been causing major mental fatigue over the last year I was wondering if you have any suggestions that allow for helping to reduce mental stress without going out of the house.

VIP Member

Hi Dr, kadang2 bila saya tengok kes covid naik mendadak saya jadi takut, jantung berdebar dan sesak nafas. Tak dapat buat kerja atau melayan anak. Adakah saya mengalami anxiety? Macam mana nak stop ya Dr?

hi Doktor. macam mana saya nak elakkan depression atau gangguan emosi semasa mengandung? work from home membuat kan emosi sentiass terganggu dengan kerja-kerja di rumah yang harus disiapkan dalam 1 masa.

Hi Dr, macam mana nak bezakan jika seseorang itu normal atau sedang mengalami High Function Depression? Org yg mengalami High Function Depression ni tahu tak dia sedang mengalami depresi? Tq Dr.

VIP Member

bagaimana untuk mengenalpasti kita perlu mendapatkan rawatan dan menghadapi masalah mental ye doktor? adakah sikap selalu marah² dan berasa tidak tenang atau kecewa adalh salah satu ciri²nya