Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Shamshunnisah, Pakar Psikiatri dari Pantai Hospital Laaguna Merbok

Ada tak yang mula rasa tertekan duduk di rumah pada jangka masa yang lama semenjak kita mula pandemik? Atau rasa ingin mengalah (give up) dengan kehidupan seharian yang tidak menentu? Semua benda dalam rumah rasa tak kena dan emosi terganggu? . Jom tanya pakar kami secara terus dengan bertanyakan tentang penjagaan kesihatan mental dan cara mengurus tekanan pada hari Khamis, 26 Ogos, jam 4.30 petang bersama dengan Pakar Psikiatri, Dr. Shamshunnisah. *NOTA : Sebarang soalan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan berkemungkinan tidak akan dijawabatau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Shamshunnisah, Pakar Psikiatri dari Pantai Hospital Laaguna Merbok
38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi Dr, Adakah terlalu sensitif apabila mendengar orang lain membebel tu boleh menyebabkan penyakit mental jika sampai sukar untuk tidur pada waktu malam (overthinking) ? Boleh doc suggest cara atasi nya lebih-lebih lagi waktu pandemik ini sukar untuk seseorang berjumpa psikiatri. Terima kasih terlebih dahulu, Dr.

Baca lagi
4y ago

setiap orang mempunyai tahap ketahanan (threshold) stress yang berlainan. Sekiranya terlampau kerap mendengar keluhan atau rungutan daripada orang lain yang manyalahi anda, itu juga boleh menjadi suatu sumber stress. Sebenarnya tidak sukar untuk berjumpa dengan doktor psikiatri - sekiranya kualiti tidur anda sudah terganggu, adalah lebih eok untuk anda mendapatkan nasihat atau rawatan dari doktor sebelum gejala menjadi semakin melarat.