surirumah atau hamba?
4hari warded di hospital kes anak demam panas 🥴 balik rumah lepas discharge keadaan rumah yg sgt teruk .. periuk nasi dh tumbuh kulat kat dalam, singki penuh semut bau bangkai, baju2 yg saya rendam sblum warded sbb anak muntah masih berendam, peti ais lantai xpyh sebut korang faham2 sendiri.. tolong bg sy semangat semula, saya betul2 penat dgn suami mcm nii 🥴 saya berduit, saya rasa nak cari 1rumah untuk saya tggal berdua je dgn anak,tp sbb masih fkir saya seorang isteri Dan ibu rumahtangga, saya betul2 xkuat, suami anggap saya mcm hamba .. maaf semua, saya xtahu nak bercerita dekat siapa, saya jaga nama baik suami depan family, saya x nak suami nampak buruk, tp hakikatnya ......
Minta sis berbincang dulu dengan suami, perhatikan ada perubahan tak. Seterusnya nasihat dia lg, andai dia lupa. Sis tampal nota sesiap, macam sy akan tampal nota untuk rak susu dan botol anak so dia akan baca sambil buat susu wlau kdg dia terlupa nak basuh dua tiga botol. Tp dia selalu isikan thermos untuk sy. Ada tolak tambah katsitu selepas slow talk. benda macamni sis jangan simpan dlm hati, nanti emosi yg akan kawal kita. Tempat yg sis boleh luah, contoh di pejabat agama untuk sesi kaunseling. jangan cari listener maaf cakap, rapat macam mana pun. Aib kita akan dijaja. benda ni boleh jd punca perpisahan dan Boleh jd punca gangguan. sbab sy dulu macamni dan hampir rujuk psikiatari. Rupanya gangguan jin, bila kita pendam dlm hati dia jd parah. Btw Jika dia terima nasihat sis tanpa ada pergaduhan tu maksudnya dia faham, tapi kalau dia tak buat juga, tanya dia apa yg dlm kepala dia. Biasa laki jadi careless ni sebab serabut je, tp kalau sifat pengotor dh jadi habit dia dari kecik. Takboleh buat apa🫢suami sy macam sis, tapi sejak sy sakit takboleh ada benda kotor dlm rumah, suami sy mula faham and ada perubahan walau tak banyak.
Baca lagisis ada pesan kat suami tak?kadang2 lelaki ni kena disuruh kalau tak memang dia buat donno je ,mcm suami saya ,apa yang saya nk suruh dia buat saya akan cakap dgn dia apa yang dia nak kena buat ,baru la dia buat ..kalau sis pernah bercakap dgn dia pasal hal ni ,tapi dia still tak berubah itu mybe ujian buat kita para isteri ..kadang2 allah nk uji kita melalui suami kita ..memang berat nk terima ,tapi kalau kita redha kita fikir apa yang kita buat untuk dpt redha dan kerana allah isyaAllah akan mudah ..saya kalau apa2 tak puas hati dgn suami or terasa saya akan fikir aku hidup untuk dpt redha allah apa yang aku buat kerana allah ,.memang sakit mengharap pada manusia untuk faham kita ,mengharap la pada allah yang tkkan kecewakan kita,mintak kat allah semoga allah beri kesedaran pada suami sis ,doa isteri tiada hijab ..semoga allah bermudahkan segala urusan sis ..🫂
Baca lagiSaya yang baca ni pun da rasa penat. Puan, andaikata Puan bekerja, dan Puan rasa tekad untuk berpisah, berpisah la Puan. Walaupun da tegur skalipun, tapi tak jalan jugak. Jangan mcm saya, saya tak bekerja, hanya mengharapkan ehsan suami untuk tolong (kalau dia tolong). 2 anak, tapi si abg nya special. Segala kerja rumah, saya yang buat. Haritu saya mengamuk, bila saya cakap kt dia, jangan balik kerja lewat sangat(balik lambat sebab dia main badminton/bola dulu lepas kerja) , kesian kat anak2 yang nak perhatian ayah nya. Saya pun penat. Tapi dia cakap, dia lagi penat sbb cuba untuk cukup kan segalanya. Saya tahu, dia yang cari rezeki untuk kami. Tapi salah ke kalau saya minta 1 waktu untuk saya Betul2 me-time. So Puan, semoga kuat hadapi. Kalau rasa Puan mampu, buat la mana yg terbaik untuk mental Puan.
Baca lagiSis kena pesan kat suami sis. Lelaki ni lembab sikit🤣 kadang kita stress merajuk ke apa bukan dia tahu pun melainkan kita cakap kat dia baru dia tahu. Bab2 mengemas, uruskan anak dll cuba sis bagitau. Minta tolong sebab penat, tolong kemaskan rumah semua tu. Lelaki ni slow sisss. Saya pun pernah je jadi macam ni. Uruskan anak seorang diri je. Lastly saya cakap kat suami yg saya penat sangat. Dengan berjaga malam2 anak nangis, uruskan rumah semua. Haritu juga dia minta maaf dan berubah! Asal nampak botol susu kosong yg dah guna, terus dia basuh. Baju2 anak semua dia tolong jugak. Sis terus terang je dengan suami.. biasalah lelaki ni sekali cakap sekali tu la gerak huhuhu
Baca lagiDalam situasi mcm ni pun sis masih fikir sis tu seorang isteri & ibu yg fikirkan rumahtangga sedangkan suami sis tak fikir pun yg dia tu seorang suami & ayah. Kalau betul dia fikir dia tau dah tanggungjawab kt mana. Sorry lah kalau saya mmg terus balik rumah mak & isi borang cerai. Kalau suami nk saya balik, kemas lah apa2 yg patut. Tak kisah la dia nk hire maid ke apa. Ni kalau saya la, tak galakkan follow. Tp suami saya sebelum ni saya buat camtu baru dia terus berubah 360. Saya pun ada career, duit & aset. Suami tahu saya independent
Baca lagiSetuju cara ni.. Tegas dan bijak
Terima kasih semuanya atas comment yg sangat2 membina .. saya sgt menghargai nya 🤍🤍 saya minta semangat kat sini, sbb xtahu nak mengadu dekat siapa, kpd yg ckp bincang elok2 dgn suami, pesan dekat suami itu ini, ingat kan dia tentang kerja rumah, jawapan saya "YA saya dah buat semua nii sbb saya tahu suami mmg jenis xde common sense, nak kena pesan baru bergerak kerja tu" doakan saya kuat ye demi anak, saya xfkir diri saya dah, xpe saya penat burn hari2 .. harap saya kuat untuk anak 😢
Baca lagiKalau dh tegur, masih lagi tak berubah. Cara lain, minta duit husband upah cleaner utk bersihkan rumah. Jaga ank tak sihat memang penat. Sis pun jaga kesihatan jugak ya. Jgn selalu sngt sis keluarkan duit utk tolong husband melainkan bila betul2 emergency, nanti terbiasa. Sis lebih tahu dah kenal husband sis mcmne.
Baca lagiSsh nak ckp kalau somi jenis xda common sense walaupn dh pesan. 😌 kalau btul2 msih syg dgn suami, sruh suami keluar duit hire maid. Kita ni kawen dan ada anak sbb nak jd seorang ibu kpd anak2. Bkn nak jd seorang ibu utk anak dan suami smpai smua kita uruskan tp suami xbgi kerjasama. Geram btul lelaki jnis pemalas mcm ni.
Baca lagikenapa puan tak minta nasihat dari pejabat agama .. adukan masalah puan dan minta pejabat agama tu buat kaunseling utk puan and husband puan, sebab kalau puan direct tegur suami puan tu maw gaduh besar tu huhu... bab gini memg kena ada org tengah yg bukan dari side puan atau side suami puan utk tegur
Baca lagiAwk xpesan ke dkt suami?kdg2 lelaki ni mmg jenis nk kne pesan..biasa kalau sy blk kg@ank warded mmg sy akn pesan dkt suami apa yg dia kne buat.tp kalau buang sampah@clear kn pggn mangkuk yg tu xperlu pesan.contoh mcm kain rendam ke mmg sy akn pesan suh dia basuh