Suami Isteri PJJ
Assalamualaikum ibu2 semua. Kat sini ada ke ibu2 yg pjj dgn suami? Usia kandungan sy skrg 26weeks dan sy pjj dgn suami atas sbb kerja. Masa pkp dulu suami ada dgn sy 3 bulan tp lepas tu dia terpaksa balik ke Johor sbb kerja. Sy stay kat Borneo so nak jumpa tu mmg sgt la susah skrg. Sy stress bila berjauhan dgn suami mcm ni kadang2 menangis sbb suami xde dgn sy dah skrg ni. Masa 3 bulan pkp tu suami sy sgt2 membantu sy dalam urusan rumahtangga. Tp skrg sy rasa hilang tempat bergantung. Sy sorg2 uruskan semua. Sblom dia balik sana sy merayu2 menangis kat dia jgn tinggalkan sy kat sini walaupun sy tau mustahil sbb dua2 ada komitmen kerja. Ibu2 semua yg pjj dgn suami apa tips yg ibu2 boleh share supaya sy x stress dgn semua ni? UPDATE: Post ni dah 2 tahun. Alhamdulillah sekarang suami dah duduk sekali dengan saya. Terima kasih kepada semua yang dah reply ye. Doakan saya untuk prengnancy yang kedua ni ☺️