Berkongsi

#DurianVsPregnancy Soalan: Doktor, saya mengandung 7 bulan. Boleh tak saya makan durian? Saya risau baby saya panas kalau saya makan durian. Jawapan: Boleh makan jika awak tiada masalah allergik terhadap durian dan tiada masalah kencing manis. Lagipun musim durian dah nak habis ni, baik awak makan puas-puas sekarang. Baby awak lagi suka dapat rasa durian tu ? Nota Kaki: 1) Durian tidak menghasilkan haba setelah dimakan oleh ibu mengandung. 2) Tiada kajian menunjukkan durian boleh memanaskan bayi di dalam rahim. 3) Durian mengandungi karbohidrat/ gula yang tinggi. 5 ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 160 kalori iaitu melebihi 1 tin coke 330 ml yang mengandungi 140kalori. 4) Ibu mengandung yang mempunyai masalah kencing manis ketika hamil TIDAK dinasihatkan untuk mengambil durian. 5) Untuk ibu yang mempunyai masalah bayi kecil dalam kandungan (Small for Gestational Age) pula dibolehkan untuk mengambil durian. Disebabkan durian mempunyai kandungan kalori yang tinggi, ianya boleh membantu menambahkan berat bayi didalam kandungan sekiranya saiz bayi kecil disebabkan kurangnya peningkatan berat badan ibu dan bukannya disebabkan oleh masalah lain seperti masalah uri atau tali pusat. (Untuk mengetahui punca bayi anda kecil (SGA), perlu membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu). Haish...bercakap pasal durian ni terliur pulak nak makan durian. Ok lah, sekian coretan untuk tengah hari ini. Nak pergi cari durian sat! Info Ikhlas, Dr Siti Khadijah Zainal Abidin #HantuDurian ? Copy & paste

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Dr. imelda balchin pun kata boleh makan tapi bersederhana.