Carpal tunneler syndrom

Carpal tunnel syndrome. Untuk ibu-ibu hamil. Jika anda ada kebas-kebas dan sakit pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan jari manis, terutama sekali bila anda tidur malam atau selepas bangun tidur, ini ialah disebabkan oleh bengkak air semasa kehamilan yang boleh memberi tekanan kepada urat saraf Median nerve di pergelangan tangan. Inilah dinamakan Carpal Tunnel Syndrome. Ini ialah masalah sementara dan akan lega selepas bersalin. Untuk membantu anda melegakan masalah ini semasa hamil, belilah wrist splint atau wrist brace seperti ini di mana-mana farmasi. Ia membantu mengurangkan tekanan kepada Median Nerve dengan meluruskan pergelangan tangan anda, terutama semasa anda tidur. Semoga bermanfaat. Saya tak juai. Hangpa boleh pi cari sendiri naaa... Pesanan dari dr imelda

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Thanks info ya..