Tangani Obesiti Kanak-Kanak Di Malaysia Melalui Kempen ‘Eat Like A Pro’

Tahukah anda, obesiti di kalangan kanak-kanak merupakan satu isu yang serius? Malah salah satu penyumbang obesiti di kalangan mereka adalah pengambilan gula berlebihan dalam minuman manis! Yang membimbangkan, 70% dari kanak-kanak lebih tahu mengenai sukan berbanding pemakanan sihat. Namun yang menariknya, 80% daripada mereka mengatakan yang mereka akan lebih tertarik untuk makan makanan sihat sekiranya idola mereka mengamalkan pemakanan yang sama! Beko, jenama peralatan elektrik telah bekerjasama dengan kelab Badminton Ampang Jaya (AJBC) dalam menjayakan Bengkel Eat Like A Pro bagi mendidik masyarakat tentang pemakanan yang baik untuk kanak-kanak. Bengkel ini juga menampilkan pemegang medal Olimpik sukan badminton, Chan Peng Soon, bagi memberikan tips pemakanan yang bagus khas buat peminat-peminat ciliknya. Konsultan Diet,Goo Chui Hoong berkata, “Kita tahu gaya pemakanan sihat penting untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan, namun hakikatnya ia lebih mudah dikatakan dari melakukannya terutamanya jika melibatkan kanak-kanak. Tetapi ibu bapa jangan mudah menyerah kerana ada banyak cara untuk mengekalkan pemakanan yang sihat sesuai dengan selera anak.” Jom ibu ayah, pastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang sihat mulai hari ini! Langkah pertama yang anda boleh cuba adalah menghentikan pengambilan minuman manis dan berkarbonat kepada anak-anak. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ‘Eat Like A Pro’, sila lawati www.beko.com/eatlikeapro Maklumat lanjut mengenai AJBC, follow di FB www.facebook.com/ampangjawabc

Tangani Obesiti Kanak-Kanak Di Malaysia Melalui Kempen ‘Eat Like A Pro’
8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kena blend sayur mcm ni kat anak sekali sehari baru dia nk mkn sayur agaknya haha

VIP Member

Ank baru 1thn, dh sebat suka bnda manis 😅😅 Kne ubah dh ni 💪😎

VIP Member

Adik saya suka la player ni. Hahahaha rugi dia tak join.

VIP Member

Kadang tak sedar bg anak mkn byk manis... 😭

Apabenda hijau tu?????

ap bnda yg wrna hijau tu

5y ago

Macam sayur je

Tq for info

Super Mum

👍