Pemakanan kanak kanak 1 tahun

Assalamualaikum..anak sya baru cukup satu tahun ..bagaimana dengan pemakanan yang berkhasiat bagi pembesarannya?

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Waalaikummussalam. Untuk permulaan, puan boleh jaga jadual pemakanan anak puan dengan kerap kali memberi makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang tidak semestinya sentiasa memerlukan nasi, boleh juga digantikan dengan roti atau mee ikut kesesuaian anak. Pastikan setiap kali waktu makan mempunyai sayur-sayuran dan boleh diakhiri dengan buah-buahan. Didik anak puan dengan meminum air masak selepas selesai waktu makan. Waktu snek sebelum makan tengah hari atau sebelum makan malam boleh cuba memberi keju atau bahan tenusu serta buah-buahan juga. Jangan lupa untuk selit kan makanan sunnah seperti kismis, habbatus sauda atau lain-lain lagi. Puan boleh baca lebih lanjut lagi tentang info pemakanan yang sihat dan sesuai untuk bayi setahun ke atas di sini :) https://my.theasianparent.com/pemakanan-untuk-anak-anak-yang-sedang-membesar

Baca lagi