Hati-Hati, Masalah Penglihatan Boleh Jadi Punca Anak Ada “Problem” Di Sekolah, Ini Cara Nak Jaga Mata Mereka!

Tahukah anda, 10 Oktober yang lalu merupakan Hari Penglihatan Sedunia atau World Sight Day? Hari ini diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa supaya sentiasa menitik beratkan penjagaan mata anak setiap hari. Hal ini kerana, ramai kanak-kanak yang mudah terdedah dengan beberapa masalah mata seperti jangkitan, astigmatism, myopia (rabun jauh), hypermetropia (rabun dekat) dan amblyopia (gangguan penglihatan). Apabila kanak-kanak ini semakin membesar, masalah mata yang tidak dirawat akan menjadi semakin buruk. Atas sebab itu, ibu bapa perlu mendidik mereka supaya memahami kepentingan penjagaan mata yang betul dan memupuk tabiat penggunaan mata dengan sihat. Berikut adalah tips yang boleh diamalkan dalam rutin seharian mereka: - Mengehadkan penggunaan alat elektronik iaitu maksimum dua jam sehari untuk kanak-kanak yang berumur tujuh tahun dan ke atas. - Meningkatkan pendedahan sinaran matahari sekurang-kurangnya dua jam sehari atau 11 jam seminggu. Cahaya matahari semulajadi dapat mengurangkan risiko rabun jauh sebanyak 30 %. - Praktiskan peraturan 20-20-20 untuk setiap 20 minit yang digunakan untuk melihat skrin digital. Anda perlu berpaling sebanyak 20 detik pada objek jauh yang mempunyai jarak 20 kaki. Ini kerana, menatap lama skrin boleh mengakibatkan ketegangan mata. - Mengamalkan pemakanan yang sihat kerana kanak-kanak perlu mengambil banyak buah-buahan dan sayuran segar. Malah diet yang sihat ini penyumbang kepada mata yang sihat. Sekiranya anda merasakan si kecil mengalami masalah penglihatan, segera buat temujanji dengan Pediatrik Ophthalmologist bagi melakukan pemeriksaan yang betul. Jika anda menangguh untuk buat pemeriksaan doktor, ia boleh menjejaskan kebolehan anak untuk membaca, masalah tingkah laku, hilang fokus dan lain-lain. **** Artikel ini dikongsi oleh Dr Fiona Chew Lee Min, Consultant Ophthalmologist, Paediatric Ophthalmologist and Strabismus Surgeon di Sunway Medical Centre Velocity.

Hati-Hati, Masalah Penglihatan Boleh Jadi Punca Anak Ada “Problem” Di Sekolah, Ini Cara Nak Jaga Mata Mereka!
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Risaunya sbb anak pun selalu tgok fon tapi had kan tak lebih dari sejam sahaja.

VIP Member

Risau jgk ank pun kne masalah ni, sy ni dah la rabun 😅