Sedih..sekadar luahan hati
Sy terima dan redha situasi ttc dgn orang sekeliling.. tapi kadang2 mood tu tiba2 muncul bila suami sy hari2 buka video kecomelan anak buah dia. Byk dlm hp.mna yg dia suka tu dia ulang2. Mmg tak nafikan sy pun sama2 juga melayan vdeo tu tp ntah laa..tiba2 mata ni berkaca2..nangis dlm diam.n mula fkir negatif,rasa diri xboleh mengandung. Wahai suami tolong la jaga hati isteri yg sedang berjuang😭 salah ke sy cemburu atau sy terlalu ikutkan perasaan ye🥲

biasalah tu bila kita ttc, mmg kita senang terasa & emosi. tp jgn terbawa2 dgn perasaan tu. suami puan tak salah tgk vid2 tu, puan pun tak salah dlm hal ni. cuma kalau boleh, bincang lah. komunikasi supaya kalian lebih memahami satu sama lain. nak ada anak ni amanah besar. ada sbb Allah belum kurniakan lg. anggap je masa2 ni masa bermanja, masa berjalan2 ikut suka, masa honeymoon, masa tidur lewat bangun lewat. nanti dah ada anak, semua tu terbatas. kita dah ada komitmen, priority lain yg lebih penting iaitu anak kita. mmg dia no 1 dah lepasni. kalau puan & suami belum pernah buat ujian kesuburan, boleh dah survey2 klinik terdekat punya pakej. bukan apa, fizikal kita kadang mmg sihat. period teratur tp dalaman kita taktau. sbbtu penting utk kita dptkan pendapat pakar. dah tahu masalah apa, baru senang nk cari rawatannya. cuba juga amalkab gaya hidup sihat, dari segi pemakanan, bersenam, kalau merokok kurangkan tu semua. kalau semua dah buat tp masih belum ada rezeki, percayalah rezeki tak pernah salah alamat. Allah tengah siapkan elok molek utk puan & suami. cuma kena sabar, bykkan doa & tawakal. serahkan semua pd Allah. dlm bulan mulia ni, jgn putus2 berdoa. mula tahajjud kalau belum buat, sebelum subuh tu boleh tahajjud 2 rakaat. dpt jemaah dgn suami puan lagi afdal. jgn pandang remeh dgn keajaiban tahajjud. cuma kena betul2 ikhlas & berserah pd Allah. Insha’Allah dipermudahkan. usaha yg berterusan & hati yg ikhlas pasti ganjarannya ada, puan. sy doakan ☺️💪
Baca lagi