Luah-Luahan

Kalau korang jadi saya, apa korang buat ek kalau FIL dgn kakak ipar tak suka korang. ☺️. FIL asyik rendah2kan saya, Mentang2 saya surirumah je. Baru2 ni adik ipar perempuan keluar kereta baru, dia bandingkan dgn saya yg takda apa2 ni. MIL dgn FIL ni jenis nak bagitau satu dunia yg anak2 dia dah ada itu ini, maybe sbb diorg asal hidup susah, family lain pandang rendah dgn diorg, skrg masanya diorg nk bgtau itu ini. FIL dgn Kakak ipar ni tak hormat sy langsung, bercakap dgn saya kasar sgt, kalau bcakap dgn isteri2 cousin suami sy, lembut je cara diorg ckp. ☺️. Sy dah delete number FIL, request friend dia kat sosial media pun tak pernah dia accept. 😂 Benda simple, tapi sy sedih sgt, bila diorg buat mcm tu, mcm2 sy fikir, sy ni tak layak ke utk suami sy, salah sy ke dtg dlm keluarga ni, kadang sy stalk perempuan2 yg suami sy pernah suka dulu2 wktu dia masih bujang, sy ckp dgn diri sendiri, "kan bagus dia kahwin dgn perempuan ni, ada kerjaya, mesti family dia pun terima". Pastu nangis sorang2 rasa diri tak berguna. Ada sorg perempuan tu cikgu pernah suka suami sy dulu sebelum kitorg kahwin tp suami sy tolak dia, skrg sy selalu tanya suami knp dia tak terima je org tu, dia ckp dia tak suka. Tp sy asyik tanya benda sama. Sy tak rasa diwelcome dlm family ni, sy rasa asing. Diorg buat semua tu time suami takde kat sisi sy, dah dua tahun kahwin, ada anak sorang, tapi anak sy je diorg anggap keluarga, bagi diorg sy tetap org luar. Biras sy lelaki diorg terima je, baik je dgn dia, mungkin sbb dia keje government. Kak ipar pun keje gomen, skrg diorg stay kat rumah kak ipar tu, kak ipar minta MIL jaga anak2dia. Suami sy okay, bila sy luah dgn dia, ada dia backup sy, tapi FIL cakap dgn suami jangan backup sy. Kadang sy nangis sorang2, sy ckp dgn diri sendiri, takpelah yang penting diorg syg anak sy. Kalau sy tkde, diorg ada jaga anak sy. Sy sedih, sy dari keluarga toxic, ada depression, childhood trauma, ingatkan kalau dh kahwin, dpt family baru yg syg sy. Tapi sy salah. ☺️. Kadang kat rumah sorang2 dgn baby, suami g kerja, baby tidur, saya terfikir semua ni. Takpelah. Haha.

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

sis kalau saya jadi sis lah kan.. saya mcm ni ja.. style saya orang tak suka kita ..takpa.. org tak layan kita mcm menantu yg lain tu takpa.. sebab saya pun bukan jenis mengharap kan org lain membahagiakan saya.. cukup ada suami yg syg dan memahami serta anak kita.. itu dah membahagiakan saya. kalau keluarga mil fil mcm tu perangai mereka .. abaikan aja sebab apa.. nanti mental kita yg sengsara sis.. duk fikir banyak² pun tak guna nanti mula negative tu dtg membisik je.. baik kita membahagiakan diri..dari fikir semua tu.. sis ingat ni.. org tak sayang kita ..kita sayang orang itu dah cukup baik dah.. yg penting Allah sayang kita (sis muslim kan?) ...hmmm better kita happy kan ourself first baru fikir yg lain.. if ada apa yg tak ok.. slow talk with husband sis.. minta tolong dia.. 😃 😊 as long mereka tidak melaga laga kan keluarga sis tu dh ok dah.. as long sis..husband and baby happy.. mereka nak banding² kan biar kan mereka .. mulut dn hati orang sis kite tak boleh nak ubah.. kesian dengan orng mcm tu sis.. ade je nak dipertikaikan.. now sis better fikirkan baby and husband ja .. kalau terlampau toxic Sgt mereka tu.. berdoa pada Allah supaya dibuka hati mereka tu . sis jgn bersedih ok. ❤️

Baca lagi

awak, please ignore toksik mcm ni, buat penat je layan, last diri sendiri yg seksa tau, diorg lagi suka tgok awak down. so awak kena tunjuk yg awak kuat. bab surirumah, nampak je takda makna tapi penat tau jadi surirumah, kerja tak pernah habis. tambah nak handle anak ,belum lagi kalau anak jenis separation anxienty or tantrum ka apa. lagipun surirumah pun bole buat income apa. apa pun jgn down, da jodoh awak dgn husband awak, awak yg jaga makan minum anak dia, nak taknak kena terima awak juga la. maybe skrg tak tapi doa byk2x inshaAllah oneday fil akan terima awak okay. dah, skrg fikir positif ,enjoy life awak dgn family kecik okay, husband pun protect awak kan, so kuat okay utk dia n anak . ❤ .

Baca lagi
8mo ago

Suka komen mamayden

Paham perasaan tu sis even i takdak kat tempat you. takpa, u pun buat ja tak endah dekat fil and sil you tu. Lantak ja depa nak pikiaq apa pun. yang penting u jaga suami and anak you. mental health u lagi penting tau. surirumah je?? hello? try suruh fil tu jadi surirumah sehari confirm dia tak rela. For me if suami u always backup u ada dengan u baguslah. kalau dia pun dengaq cakap bapak dia, itu memang susah la. dia suami dia patut protect bini dia, anak dia keluarga kecik dia. u and anak tu amanah untuk dia. semoga Allah permudahkan urusan u

Baca lagi
8mo ago

✅👍👍👍

Saya faham apa awk rasa lonely..saya pun berasal dr family yg broken..kalau blh awk buat something yg blh menghappykan awk smbil dpt keuntungan sampingan, mcm buat affiliates tiktok ke utk jana pendapatan, mcm saya minat buat bouquet, sy try blajar dkt fb msuk kelas bouquet atau YouTube bila dh mahir sy try buat n buat jualan. InsyaAllah suami akn kagum dgn apa yg awk buat..silap² family mertua pun sama. Manusia ni kalau kita xda apa² mmg dorg xpndang, tp kita kena tingkat kn dri kita buat sesuatu yg blh mmberi manfaat.

Baca lagi

samala apa kita alami sis,MIL dan FIL suka sangat atur kehidupan sy dan suami,tak tau lah sampai bila mereka nak atur2 kehidupan anak mereka,sy skrang tengah sarat,boleh2 MIL cakap kat adik lelaki dia,lepas sy bersalin nak bagi anak sy ni kat anak lelaki dia yg blum ada anak langsung,sy bgtau dgan suami sy,syukur suami sy tak back up apa2 perangai mak nya..malahan dia selalu back up diri sy,kta ni menantu rasa hilang hormat dgan mentua jenis perangai macam itu..menyampah sangat hmmmm

Baca lagi
8mo ago

Gila lah. Kita susah2 mengandungkan anak kita 9bulan. Bawak perut kesana kesini. Boleh dia suruh bg ke orang lain?? Kalau saya dpt mil macam ni memang saya xnk balik terus rumah dia even rumah dekat sekalipumn

Takpe la sis cuba awk buktikan awkpn berjaya walpn awk surirumah berjaya bukan bermaksud keje je tp mendidik anak awk, ajar anak awk jd budak cerdik n mengaji ke atau awk boleh belajar online contohnya buat kuih ke menjahit ke atau apa yg awk minat. Tak perlu amik hati dgn diorg yg penting awk hormatkn diorg je mcm biasa dan suami tau awk mcm mane ok

Baca lagi

😪saya pun pernah lalui apa awk lalui. skrng makin ok dgn mertua n ipar. cumanya awkward dan diam tu masih ya..... saya cuma bt x masuk hati jek ..kdg2 ade jugak sye terasa n luah dkt suami.. x kisahlah mcm mne pun respons suami tu,, yg pasti kita ni..kene kuat..allah ade ganjaran kalau kita sabar. so sabar keyh

Baca lagi

ambik konsep just ignore. sebab awak kawin dgn anak dia ja. yg penting husband awak care dgn awak. dr awak dok fikir buat serabut otak. baik awak fikir tentang family kecil awak🥰. siapa cakap suri rumah tak boleh berjaya. awak buktikan yg awak boleh berjaya. ramai je suri rumah yg boleh buat income🌻

Baca lagi

abaikan je. sy ni berkerja dan beli kereta baru guna duit saya sendiri. suami ada motor sekehen je. tetap jugak saya kena perli. kalau dah peragai tk elok tu sama ja awak. kita miskin ke kaya ke tetap jgk kena kata mcm2.. jauhi diri dari orang toksik. buat apa yg awak rasa mengembirakan awak

VIP Member

Stay strong okay sis.. as long as suami sis sentiasa ada disisi sis dan backup sis sentiasa dlm apa jua keadaan, insyaAllah sis akan happy.. mmg ada family mertua yg toxic macam tu, sis kena kentalkan hati dan ignore je apa2 yg blh buat sis sedih nanti.. 💪🏻💪🏻💪🏻