Emosi

Sy risau dengan emosi sy. Lately, sy asyik menangis rindukan suami. Kami bukanlah PJJ, namun suami banyak komitmen lain sampaikan kurang beri perhatian pada saya. Kadang kala sy bermalam di rumah parents saya kerana suami sibuk dengan urusan dia. Dia akan datang jenguk saya tapi selalunya kejap je. Dalam 2 jam mcm tu. Sy offer dia utk bermalam dgn saya, tp dia selalunya nak bermalam di rumah kami, bila sy nak ikut dia, dia cakap kesian sy, takde org nak tengok2kan. Kesian suami sy, dia mmg tak cukup tangan nk uruskan semuanya. Tambah lagi sy pun nak perhatian dia. Ini ank pertama kami. Jadi sy selalu pendam perasaan sy, dan menangis sorang2.sy rindukan dia sangat2. Mungkin pembawakkan baby. Sy x berani nk luahkan pada dia. Tak pasti apa reaksi dia. Tkot dia makin tertekan. Nanti akan jadi pergaduhan. Tp sy dah x boleh nak tahan lagi dah. Sbb dah lama sangat kami takde masa bersama. Sy rasa kami makin jauh. Apa patut sy buat?

42 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Time pregnant memang emosi kita x stabil. Kita rasa nak husband dekat dengan kita je... Apa pun kena kuat. Pengalaman saya pjj dari mula berkahwin sampai melahirkan anak sulung saya memang payah. Mana dengan nak urus diri sorang-sorang, stress kerja lagi...checkup sorang-sorang. Suami saya balik 2-3 minggu sekali je. Kalau dia tak sempat balik, saya akan drive ke sana. Kena banyak-banyak sabar. Insha Allah awak boleh. Ni pun saya tengah pregnant anak kedua. Alhamdulillah husband amik keputusan berpindah duduk dengan saya sebab tak nak saya stress dan sedih macam dulu.

Baca lagi