Rasa nak mati
Sy pantang sorang. Suami mmg tolong. Ank meragam. Tiap kali nyusu badan anak asyik mntk susu tiap 10 min.. org semua suruh usaha bg susu badan . Tp jiwa dgn mental sy dh rosak. Ank asyik nk dukung. Sy nk buat bnd lain pun tk bole. Pantang mcm tk pantang. Anak sy ble bg susu fm baru la dia nk tdo. Time tu la sy bru bole rehat Nthla sy tk taw mne betulnya tentang sus bdn ibu ni. Sy pun nk rehat. Tp ank mntk susu tiap 10 min . Ble sy pump susu tk keluar. Org tk bg ank bawah sebulan masuk buai. Sy Masukkn je sbb tu la masa sy bole rehat. Sy ibu yg teruk

saya experienced benda yang sama , sebelum bersalin mak saya dah cakap dia nak kerja . saya nak pantang , anak saya pandai pandai la nak jaga . dia dulu pun pantang sendiri . saya pun rasa sedih sgt , emosi terganggu . dan selepas bersalin emergency ceaser , anak saya menyusu x berhenti dalam posisi duduk sbb sy x tahu nak susukan cara lain . dari di hospital susu jam 12malam sampai ke pagi . sampai berdarah puting. sakit bawah sebab kena seluk sebelum ceaser , sakit ari ari tempat ceaser , sakit pinggang sebab duduk pangku anak sepanjang malam dan sakit nipple berdarah dua dua . baru nak baik berdarah lagi . anak macam x puas puas sentiasa nak susu , tak faham saya , perut dia kecil je . saya sakit , emosi sangat . bila anak nangis saya rasa nak hempuk dia . tengok muka dia saya rasa nak cekik bagi diam . suami yang selalunya memahami jadi suka marah sebab dia pun tak cukup tidur tak cukup rehat semasa sy pantang , masak ,mencuci , jaga anak tengah malam dan kerja jadi selalu bergaduh sbb kadang kadang cara dia bercakap seolah olah saya ni ibu yang teruk dan tak berguna . saya rasa tertekan , benci tengok suami . saya pernah cekik dia dan menjerit jerit hantuk kepala kat dinding. saya letih sangat dan takde siapa faham . orang datang melawat cakap itu tak boleh ini tak boleh tapi orang tak faham saya pantang dengan suami yang tak pernah buat semua benda macam ni jadi nak pantang macam orang lain tak boleh . saya tak kuat dengar dan rasa nak mati , nak bunuh diri sbab rasa x guna dan menyusahkan orang lain . sampai la mak mertua saya pesan dalam pantang jangan terlalu push diri . buat apa yang mampu sahaja , yang luar kawalan kita jangan fikir sangat . anak kita buat cara kita , yang mudahkan kita . nak besarkan anak ni satu proses pembelajaran . kena selalu positive . lain orang lain caranya , dengar cakap orang boleh tapi kita yang decide apa yang terbaik untuk kita dan anak kita . dengar tak semestinya ikut 100% . dengan suami kena banyak berbincang dan tolak ansur . walaupun tak mudah tapi masa sukar ni akan berlalu dengan cepat tanpa kita sedar . saya ajak suami bincang dan cuba kuat untuk anak . dekat nak habis pantang susu keluar banyak sampai melimpah limpah . dan anak x da dah nak menyusu sentiasa macam baru baru tu dan sakit tempat luka pun semakin sembuh. sekarang anak dah lima bulan dan syukur akhirnya kami berjaya atasi tanpa sedar . semoga sis juga mampu atasi saat ni , sis ibu yang hebat dan kuat . cheer up🥰
Baca lagi