Rasa nak mati

Sy pantang sorang. Suami mmg tolong. Ank meragam. Tiap kali nyusu badan anak asyik mntk susu tiap 10 min.. org semua suruh usaha bg susu badan . Tp jiwa dgn mental sy dh rosak. Ank asyik nk dukung. Sy nk buat bnd lain pun tk bole. Pantang mcm tk pantang. Anak sy ble bg susu fm baru la dia nk tdo. Time tu la sy bru bole rehat Nthla sy tk taw mne betulnya tentang sus bdn ibu ni. Sy pun nk rehat. Tp ank mntk susu tiap 10 min . Ble sy pump susu tk keluar. Org tk bg ank bawah sebulan masuk buai. Sy Masukkn je sbb tu la masa sy bole rehat. Sy ibu yg teruk

25 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

saya experienced benda yang sama , sebelum bersalin mak saya dah cakap dia nak kerja . saya nak pantang , anak saya pandai pandai la nak jaga . dia dulu pun pantang sendiri . saya pun rasa sedih sgt , emosi terganggu . dan selepas bersalin emergency ceaser , anak saya menyusu x berhenti dalam posisi duduk sbb sy x tahu nak susukan cara lain . dari di hospital susu jam 12malam sampai ke pagi . sampai berdarah puting. sakit bawah sebab kena seluk sebelum ceaser , sakit ari ari tempat ceaser , sakit pinggang sebab duduk pangku anak sepanjang malam dan sakit nipple berdarah dua dua . baru nak baik berdarah lagi . anak macam x puas puas sentiasa nak susu , tak faham saya , perut dia kecil je . saya sakit , emosi sangat . bila anak nangis saya rasa nak hempuk dia . tengok muka dia saya rasa nak cekik bagi diam . suami yang selalunya memahami jadi suka marah sebab dia pun tak cukup tidur tak cukup rehat semasa sy pantang , masak ,mencuci , jaga anak tengah malam dan kerja jadi selalu bergaduh sbb kadang kadang cara dia bercakap seolah olah saya ni ibu yang teruk dan tak berguna . saya rasa tertekan , benci tengok suami . saya pernah cekik dia dan menjerit jerit hantuk kepala kat dinding. saya letih sangat dan takde siapa faham . orang datang melawat cakap itu tak boleh ini tak boleh tapi orang tak faham saya pantang dengan suami yang tak pernah buat semua benda macam ni jadi nak pantang macam orang lain tak boleh . saya tak kuat dengar dan rasa nak mati , nak bunuh diri sbab rasa x guna dan menyusahkan orang lain . sampai la mak mertua saya pesan dalam pantang jangan terlalu push diri . buat apa yang mampu sahaja , yang luar kawalan kita jangan fikir sangat . anak kita buat cara kita , yang mudahkan kita . nak besarkan anak ni satu proses pembelajaran . kena selalu positive . lain orang lain caranya , dengar cakap orang boleh tapi kita yang decide apa yang terbaik untuk kita dan anak kita . dengar tak semestinya ikut 100% . dengan suami kena banyak berbincang dan tolak ansur . walaupun tak mudah tapi masa sukar ni akan berlalu dengan cepat tanpa kita sedar . saya ajak suami bincang dan cuba kuat untuk anak . dekat nak habis pantang susu keluar banyak sampai melimpah limpah . dan anak x da dah nak menyusu sentiasa macam baru baru tu dan sakit tempat luka pun semakin sembuh. sekarang anak dah lima bulan dan syukur akhirnya kami berjaya atasi tanpa sedar . semoga sis juga mampu atasi saat ni , sis ibu yang hebat dan kuat . cheer up🥰

Baca lagi

pakai buai, nanti boleh ceraikan jgk. takde masalah. bedungkan baby lagj best, nt dia tidur lena sb rasa mcm kena peluk je. bab penyusuan, mmg awal2 ni rasa stress dgn tk ckup rest + badan tengah recover + anak nak menyusu non stop. sy cdgkan, masa susukan anak picit sikit susu spya anak dpt lemak dr susu..baby kenyang lebih lama. nak bg fm pun bole je takde masalah kalau ibu mmg tak nak susukan anak. atau bole ja ibu cuba bagi susu anak dlm posisi baring mengiring, so ibu boleh rest jgk. anak pun inshaAllah dpt latch elok dan lebih kenyang. pam susu tak keluar susu, sy pun dah alami dlu. rupanya nak beli pam ni kena ukur dlu sesuai tak dengan payudara kita. standard size 24mm...kalau rasa payudara tu dlm kategori normal-kecil boleh beli saiz 24mm, atau 20-21mm. kalau saiz besar ada jgk sampai saiz 30mm...sementara tu boleh belajar cara marmet, yg tu lagi elok sb lebih banyak susu dpt dikeluarkan. anak sy awal2 dlu mmg diberi fm, oleh org2 sekeliling sy. alasan susu badan sy tak banyak/meriah, anak menangis berejam sb tak puas susu. sy beli puting tiruan, anak taknak. beri fm, anak kerap kembung (dia boleh nangis dari kul 10pm-5am, berlanjutan mcmtu sebulan...saya dah nak start meroyan dah masatu). dgn masalah puting tak timbul, tp sebenarnya anak pandai je menyusu dan dia nak mengempeng sb tu taknak puting tiruan. susu dh nak drop, sy jumpa LC masa anak dh nak msuk 5 bulan. LC betulkan posisi sy susukan anak Alhamdulillah dah boleh susukan cuma susu dh kurang supply..sy keep on selang seli dgn FM..skrg anak dh 10bulan, dia slow2 tolak FM..nak susu badan je. sy risau jgk takut berat/tinggi anak tak naik sb sehari minum susu fm dlm 12oz je. selebihnya susu badan..tp setakat ni berat dan tinggi naik okey je. so ibu, takpe. kalau nak jd epmom pun ok. nak beri anak full fm pun takpe. nak selang seli bf-fm pun takpe. yg penting ibu stabil emosi dn mental.

Baca lagi

Moga Allah mudahkan urusan puan. Saya baru lepas melaluinya beberapa bulan lepas sehingga beberapa kali burnout. Allahu, bila ingat semula jadi trauma. Allah takdirkan saya dapat anak solehah yang ada ciri ciri high demand baby. Sebagai seorang ibu untuk pertama kali macam macam saya plan untuk anakanda. Nak fully bf, taknak pakai buai, taknak pakai puting - nak macam ibu ibu hebat yang lain. Tapi Allah takdirkan lain 🥰 Rasa down sgt tapi suami, keluarga serta sahabat sahabat banyak bagi dorongan. Jadi ibu yang hebat dengan cara kita sendiri selagi tak memudaratkan. Sebab yang nak jaga anak kita tu ialah kita ☺️ Untuk bf tu. Saya berpendapat puan campurlah dulu dengan fm. Sambil tu boleh pam 3 jam sekali, makan makanan berkhasiat dan pastinya kena tenang tenang je. InshaAllah, nanti susu meriah. Jangan rasa terpaksa dan stress nanti lagi susu tak keluar. Kalau boleh cari bf peer counselor tempat puan pun lagi bagus. Dia boleh guide. As for buaian? Pakai je puan. Bila anak tidur, puan pun rehat ye.

Baca lagi

sy pham situasi awak..sy pun mcm tu tpi bezanya sy dduk dgan mak ayah sy..suami pun byak bantu, tapi setiap mnyusu sy akn mnangis, rasa nk mrah je sbb mnyusu bdan je, awal2 mak sy xbgi sy bgi susu fm..sy geram sbb puting sakit, lpas 10mnit gitu ank nk susu, mlm sy xboleh tdo..ank sy akn mragam waktu mlm, siang dy tido lama..klaw dy mnyusu smbil ttup mata, smpai 2jam pun penah sis..rasa seksa sgat waktu pantang tu..sy rasa ms tu mcm teruk sgat..sy stress..tapi alhamdulillah skrang ank dh setahun lebih..ank pun mkin lma makin bijak..mgkin berkat susu ibu..smpai skrang bf je..puting pun dah xsakit..sis jgan stress yer. stress jgak boleh bt susu xkluar bila pam..byakkan istighfar..saya bersalin czer sis..smpai skrang sakit blakang xhbis lgi..tapi nk bt mcm mna time covid ni nk berurut pn xboleh..sabar je..mnx doa supaya Allah kurnikan kesabaran yg kuat utk kita..

Baca lagi

Hai sis, sabar ye. Hadapi dgn tenang & bijak. Dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang. Sis ada try picit nipple keluar susu byk tak? Risau juga susu tak ada/tak mencukupi tu punca baby terlalu kerap minta susu. Kalau tak ada susu badan bagi je susu tepung doktor kata. Kesian dia lapar. Saya rasa anak puan lapar sbb tu dia asyik minta susu setiap 10min & dukung tapi dia tak pandai ckp susu badan ibu tak ada adik lapar. Kalau saya, saya ajar anak tak biasakan dukung sbb sy pun perlukan rehat. Kalau baby susah tidur/meragam cubalah pasang ruqyah inshaAllah baby akan tenang & tidur.

Baca lagi

mgkin anak tak cukup minum susu bdn...kalau baru bersalin memang susu bdn tak byk...so anak myusu ikut demand dia kalau tak byk susu bdn sis mkn atau ambil supplement ksh byk susu...kalau anak kerap nangis biasa lapar sis sementara waktu bgi bf dan susu fm kalau byk susu bdn blh full bf. sa pun pernah lalui juga sis baby tak dpt minum susu bdn sa selama 2 bln sbb puting sa tenggelam/termasuk sa ajar baby lucth pakai nipple shield lama2 dia pandai smpai skrg blh minum susu bdn cuma anak sa tak full bf sa cmpr dgn susu fm sbb susu sa tak byk dan baby sdh biasa pakai botol myusu.

Baca lagi

Hi sis. i know that every comments here rata2 ceritakan tentang experience mereka, which is good btw but i know what you need right now is validation to your feelings and feeling horrible sebab x dapat jdi ibu yg kita expect to be before this. i hear you momma. your feelings are valid. please seek for help and talk to someone professional. our hormones lepas bersalin ni memang all over the place. so sana la dtng baby blue, overtired and also stress. once again , i hear you momma. We're here proud of you for sharing this and also being a strong mom 💪🏻

Baca lagi

Sis..kita semua jadi ibu dgn cara kita sendiri jadik xde istilah ibu teruk dlm hal ni. Mmg betul susu ibu yg paling bagus tapi yg lebih bagus ialah sis berjaya tenangkan bb sis dgn cara sis sendiri. Jd sis xperlu rasa stress dan tertekan sbb itu yg xbagus utk sis n bb. Bila rs stress sis cuba rileks dan brckp dgn asben..jgn sampai rasa nk mati tau..sis nk tgk bb mmbesar kan..Inshallah sis rileks tenangkn diri dan yg penting kna brckp dgn asben atau sesape yg sis rs sesuai.

Baca lagi

kesian puan. Puan bukan ibu yang teruk tapi IBU yang kurang bernasib baik. mung kin kalau saya di tempat puan pun, mungkin akan buat perkara yang sama. siapa tahu kan? saya dapat berpantang beesama Ibu saya. memang dijaga dengan rapi. mungkin disebabkan itu susu saya keluar banyak Bila pump. sebab kita tak stress dan penat. Puan bersabar ya, buat yang terbaik semampu puan. Ingat, Puan bukan ibu yang teruk ❤

Baca lagi

mungkin baby tak latch dgn betul.. jd dia tak dpt susu bdn.. sy usaha sampai anak umur 1bulan.. baru anak ok menyusu.. sementara tu sy mix FM dgn susu bdn yg dipam.. sy pam sejam sekali.. kalau x pam.. susu akan kurang.. alhamdulillah.. berkat sabar.. anak dah pandai menyusu.. skrg dia xnak dah FM.. boleh je bg susu FM.. Puan buat lah yg terbaik utk anak puan.. emosi dan fizikal puan pun penting..

Baca lagi
3y ago

tp kalau betul2 xde susu.. suruh lah suami bwk g kk check.. maybe hormon.. maybe xbetul cara..