Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eileen Teoh, Doktor Pergigian, Lou Dental Surgery

Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi dan kali ini kami bawakan khas seorang pakar bersempena dengan Minggu Kesedaran Kesihatan Pergigian iaitu Dr. Eileen Teoh, Doktor Pergigian dari Lou Dental Surgery. Tanyakan segala persoalan anda berkaitan dengan Kebersihan & Kesihatan Mulut Kanak-kanak secara terus dengan pakar kami. Segala persoalan anda akan dijawab pada 25 Februari, 9 malam oleh Dr. Eileen Teoh. *NOTA : Sebarang persoalan sama ada di luar daripada masa yang tertera, di luar topik akan tidak di jawab atau di padam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eileen Teoh, Doktor Pergigian, Lou Dental Surgery
28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

hi Dr. Normal ke anak umur setahun mulut dia berbau ?? saya dah mula ajar dia berus gigi bagi mengelakkan gigi dia cepat rosak . anak saya baru ada 4gigi atas dan 2gigi bawah . Apa punca mulut anak berbau dan bagaimana cara untuk mengatasinya ??! Tq for advice . Have a nice day 😊

3y ago

Hello! Terima kasih atas soalan anda! Penjagaan gigi adalah penting sejak pertumbuhan gigi susu pertama. Mulut berbau kemungkinan boleh disebabkan plak gigi. Ibu bapa digalakkan untuk menolong memberus gigi anak sehinggalah anak boleh memberus sendiri dengan syarat mengguna teknik yang betul. Ibu bapa juga digalakkan untuk membawa anak ke klinik pergigian setiap 6 bulan bagi memastikan mulut dan gigi sentiasa dalam keadaan baik.