Sesi Tanya Pakar bersama Cik Koon Yi JIng, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita daripada Beyond Physio

Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi dan kali ini kami bawakan istimewa untuk anda Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita daripada Beyond Physio iaitu Cik Koon Yi JIng. Tanya apa-apa persoalan anda berkaitan dengan senaman sewaktu hamil dan pakar kami akan menjawab persoalan anda secara terus pada hari Rabu , 10 Februari 2021 jam 3 petang. *NOTA : Persoalan yang diluar daripada topik akan dipadam dan berkemungkinan tidak akan dijawab oleh pakar kami.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Koon Yi JIng, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita daripada Beyond Physio
31 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

beyond confinement ni berdekatan rumah sy..tempat utk berpantang kan?dlm keadaan covid ni bukak ke?berapa bayaran?sy due 16.03 ni

5y ago

Hai, Beyond Physio adalah Klinik Fisioterapi (bukan pusat berpantang) yang merawat ibu dengan kesakitan semasa mengandung atau selepas bersalin. Keadaan biasa yang kita rawat termasuk sakit belakang, sakit leher dan bahu, masalah lantai panggul, pemisahan perut dan inkontinensia (kencing bocor). Kami juga melakukan kelas senaman individu semasa kehamilan dan selepas bersalin. Kelas senaman kumpulan (sesi dalam talian) juga ada. Kami buka juga semasa MCO. Anda boleh melayari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut. https://beyondphysio.wixsite.com/website