Boleh ke tak ? Betul ke tak ?

Selain kawal portion makan dan jage pemakanan, ape lagi ye tips utk bagi bacaan gula sentiasa cantik ? Kalau petang2 pi jalan pusing taman bagi keluarkan peluh boleh ke ? Sekarang saye 26 week orang cakap tak boleh banyak jalan nanti bukaan pintu rahim tu terbuka awal dan boleh buat bersalin awal. Betul ke ?

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Pengalaman sy Anak first sy pling aktif berjalan kemana saja Tp dekat 6jam baru sy bersalin (40 weeks) Anak ke 2 paling malas 🤣 mkn tido jew 6.30ptg g hospital 7.39ptg anak sy lahir 🤣 (36 weeks) Semua ni kadang dia nk kuar dia kuar jew 😅 Mmg sudah takdir dia kuar hari tertentu hehe.. Semua nya Allah sudah tetap kn sis 😊 Pasal gula tue sy mmg ada dietician n doc pakar diabetes yg monitor sy.. Sangkut 9.6 (gula) siap on insulin pastue sy ikut semua jadual pemakanan dietician genap sebulan doc stop kn insulin sy & just diet cm biasa check up BSP sebulan sekali skg Alhamdulilah Tips dia jangan stress bnyk minum air masak n 💯 cut gula tp kadang sy cheat mkn aiskrim tp seminggu sekali 🤣 gula sy smpi skg bwh 6 😊 Kena bnyk protein & sayur buah ya tp buah xsemua boleh mkn ya sis, termasuk sayur 😅 Ada jenis2 sayur saja boleh mkn n buah..

Baca lagi

Kawal portion makan✅ Jaga pemakanan ✅ Lagi tipsnya, kena jaga jadual makan juga. Makan perlu on time. Tak makan atau lambat makan boleh jadikan kita hypo atau hyper. Nak go extra lagi awak cari sumber makanan yang low GI. Ini yang saya buat dulu. Soal berjalan tu bagi saya kurang tepat. Sebab semuanya bergantung pada kondisi ibu mengandung sendiri. Setiap ibu mengandung tahap kesihatan dan kandungan berbeza. Tak sama. Jadi soalan ini awak boleh bertanyakan pada nurse/doktor yang checkup awak nanti. Macam saya dari 1st trim hingga 3rd trim tiada masalah untuk light exercise, naik turun tangga, brisk walking. Tambahan pula, saya working mom. Hari hari berjalan kaki, naik public transport. Situasi saya ini boleh selepas dapatkan advice daripada gynae. Harap perkongsian saya ini membantu awak. 🌹

Baca lagi

saya pun ada gdm on diet masa pregnant jugak sis . sebab melantak manis kuat masa pregnant 😂 tapi saya makan je macam biasa minum je manis mcm biasa tapi kawal lah . kalau kita ikotkan sangat diet tu baby bole stress . so kita taknak stress2 kita enjoy je makan apa apa tapi kawal portion je . tips saya akan stop minum manis kalau lagi 1 hari nak buat bsp . and sepanjang buat bsp saya akan minum air limau kasturi suam tanpa gula . alhamdulilah bacaan tak tinggi . plus limau kasturi ni naikkan hb jugak tau . masa mula2 tk dpt tips ni hb low je smpai kena cucuk cosmofer kt punggung sakit gila 😭 bila amalkan hb terus naik dri sebelumnya . seksa . now tgh berpantang hari yang ke 23 , berat anak pun normal 3.26KG masa lahir🥰🫶🏻❤️

Baca lagi

Brjalan baik utk kehamilan, nak nak 1st pregnancy. Senang nak melahirkan nnti, dari pengalaman sy. Sy 1st pregnancy, mencangkung, berjalan minimum 5km setiap hari utk bantu diri senang bersalin. Sy cuba ikhtiar sehabis boleh sbb nak mudahkn proses bersalin tu nnti. Tp sbelum buat smua ni, sy tya doktor dulu, mcm mna keadaan sy, peluang utk melahirkan secara normal tinggi ke tak? & alhamdulillah, Allah permudah semua. Sy rasa sakit bersalin, contraction tu sekejap je, 1st baby bersalin kat Emergency room sbb tak smpat ke labour room. 2nd baby, sakit bersalin jam 6, jam 6:30 baby dah lahir. Sis jgn takut ya, in sha Allah boleh 🫶🏻 usaha, doa byk2, selawat & semoga Allah permudah semua

Baca lagi

sy berkerja dlm bidang construction. kerja sy memerlukan byk pergerakan. selain tu sy siap pergi bercuti dgn family. dn sy berjalan byk. 1st baby bersalin masa 38w1d. hampir kena operate sbb contraction lama sgt 15j. baby keluar normal dlm bilik operate. 2nd baby bersalin masa 39w4d. masok labour room 9.15pm baby keluar 9.30pm. xperlu dengar ckp org kalau org tu bukan doctor. kalau mcm tu semua mommy hamil tak boleh berjalan byk la😅😅. haha. sy 2nd baby siap buat senaman mcm2. last2 baby keluar 39w4d juga. cara mudah faham sampai masa baby nk keluar dia akan keluar.

Baca lagi
VIP Member

dekat kk doktor ada tak tunjuk jadual makan? sy pun gdm on diet. makan ikut jadual yg doktor bagi. paling penting bnyk minum air masak. tidak digalakkan minum atau makan makanan yg tinggi gula dan tinggi karbohidrat. sy skrg masuk 38week. spnjang prgnent alhamdulillah gula sy terkawal dn rendah. sy jarang minum manis. minum jus oren sikit saja masa makan ubat maltofer. selain dri tu sy minum susu kambing tanpa gula dan bnyk minum air masak. kurangkan kuantiti pngambilan Nasi putih.

Baca lagi

xsemestunya kne keluar peluh..bergerak,buat aktiviti harian,berjalan santai² je pun xpe..cuma nk pergerakan..terutama bahagian kaki..sbb sy ade tgk satu vd ni..doc tu ckp bhgian betis guna direct gula dlm darah kite..kalau pergerakan bhgian lain ye akan lalui proses dulu

TapFluencer

kalau kandungan bermasalah tu yang tak boleh banyak berjalan kene bedrest. selain daripada tu boleh je nak berjalan, asalkan tak dipaksa. penat boleh rehat. 🥰

minum air barli kosong tiap bngun pagi, lepastu p keluar berjemur dalam jam7 ke8 gitu

Listen to ur body sis.. kte blh tau ape bdn kte perlukan..