Boleh ke tak ? Betul ke tak ?

Selain kawal portion makan dan jage pemakanan, ape lagi ye tips utk bagi bacaan gula sentiasa cantik ? Kalau petang2 pi jalan pusing taman bagi keluarkan peluh boleh ke ? Sekarang saye 26 week orang cakap tak boleh banyak jalan nanti bukaan pintu rahim tu terbuka awal dan boleh buat bersalin awal. Betul ke ?

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kawal portion makan✅ Jaga pemakanan ✅ Lagi tipsnya, kena jaga jadual makan juga. Makan perlu on time. Tak makan atau lambat makan boleh jadikan kita hypo atau hyper. Nak go extra lagi awak cari sumber makanan yang low GI. Ini yang saya buat dulu. Soal berjalan tu bagi saya kurang tepat. Sebab semuanya bergantung pada kondisi ibu mengandung sendiri. Setiap ibu mengandung tahap kesihatan dan kandungan berbeza. Tak sama. Jadi soalan ini awak boleh bertanyakan pada nurse/doktor yang checkup awak nanti. Macam saya dari 1st trim hingga 3rd trim tiada masalah untuk light exercise, naik turun tangga, brisk walking. Tambahan pula, saya working mom. Hari hari berjalan kaki, naik public transport. Situasi saya ini boleh selepas dapatkan advice daripada gynae. Harap perkongsian saya ini membantu awak. 🌹

Baca lagi