Tinggal bersama keluarga

Sekadar nak meluah… edd saya 23/8 tapi bila2 masa je boleh keluar kan… saya dan husband duduk dgn family saya memandangkan ekonomi kami masih belum kukuh untuk duduk rumah sewa. ( yg tanya kenapa tak simpan duit tu, Alhamdulillah tahniah, anda tidak diuji dengan perihal kewangan) Yang tak bestnya, saya nak keluar berdua ala2 date dengan suami saya, mesti mak saya nak ikot sekali. Mmg la kiteorg ajak keluar sebb dia ni jenis cepat sgt terasa kat semua menda ( ni pun tak best) tapi Dia macam tak faham2 lagi, lepas ni saya entahla berpantang lepastu mmg sah2 la sussah nak ada peluang keluar berdua tu. Tapi nak ikot gak.. And fyi , tiap kali keluar saya macam kena babysit dia (pimpin tangan , tgok jalan apa semua). Sampai nak pegang tangan suami ke jalan berdua pun tak boleh. Bukannya taknak ajak or jaga langsung, tapi mmg lama sgt dah kiteorg tak keluar berdua. Sampai saya sendiri tak igt bila last kiteorg keluar berdua. Nak cakap saya ni jahat sgt tak nak dia ikot atau biar dia sorang2, Padehal ada je lagi adik beradik ngan ipar ( ye stay sekali ngan abg ipar , lagi tak best) kat rumah untuk borak2 . Em Rasa macam entah potong mood, rasa stress pun ada, baru cerita pasal part ni, belum lagi part2 lain. Sampai bila nak hadap pun tak tau, dah berbulan bersabar😌 Minta semua tolong doakan keluarga kecil kami, dilimpahkan rezeki, ada tabung simpanan supaya boleh ada rumah sendiri secepat yg mungkin. Dan juga tolong doakan saya selamat melahirkan secara normal tanpa jahit dan komplikasi kepada saya dan anak kami. 🥹🤍🫶🏽

29 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

bukan senang untuk perempuan lepas kwen dapat utamakan mak kite sendiri tau. kebanyakan lelaki anggap mak dorang lagi patut diutamakan berbanding keluarga kite yang pempuan ni. bersyukurla dapat duk umah sendiri dengan selesa leps kawen. saya duk umah mak mertua, ipar semua lelaki itu belom camput anak buah dah besor2 keras kepala pemalas semua. saya tak kisah duk umah mak saya sendiri kalu hari2 dapat berkepit ngan mak lelagi time pregnant. memang tak sama manja mak ngan manja suami tapi kalau takde mak, kite pun tak jumpa suami kite sekarang kan. hargailah mak awak tu

Baca lagi