Tinggal dgn mertua atau tinggal asing?

Boleh tak mommies tolong sy. Sy tgh dilemma sekarang ni. Cerita dia mcm ni. Sy dah setahun lebih kahwin and ada anak umur 5 bulan. Buat masa skrg sy duduk dgn mertua. Sebelum ni mertua okay je dgn sy and suami. Dia happy je tengok kami suami isteri bahagia. Keluar jalan jalan, masak sama sama, tengok tv semua tu. Tapi lately dia mcm tak suka sy. Dia langsung tak bercakap dgn sy. Dgn cucu pun dia tak ambik kesah. Haritu sy balik tidur rumah mak sy selama 4 hari. Masa sy berjauhan, dia cakap dia rindu nak main dgn cucu, dia ada tanya bila nak balik rumah dia. Bila sy balik rumah dia, dia tak pedulikan pulak anak sy. Tak tegur, tak main langsung dgn anak sy. Sebelum ni beria suruh balik 😅😅 So sy ada la cakap dgn husband "masa kita ada tak layan pun. Bila takde tercari cari pulak" lebih kurang mcm tu la. Mungkin dia dengar kot. Lepas kejadian tu dia langsung tak bercakap dgn sy. Tegur pun tak. Dia selalu mengelak kalau sy keluar bilik. Mungkin salah sy jugak sbb cakap mcm tu. tak jaga hati dia Husband dah perasan sy kurang senang dgn perangai mak dia. Dia dah mula ajak pindah once business kitaorg grow and yakin kitaorg boleh survive kalau tinggal asing. Berdosakah sy pisahkan suami sy dgn mak dia? Berdosakah sy sebagai menantu tak duduk sebumbung dgn mertua? 😭😭😭 btw suami sy ada dua beradik je. Abang dia captain kapal so jarang ada kat rumah. Suami sy la yg bawak mak dia pegi situ sana. Please bagi pendapat mommies semua

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

tinggal asing lah kak. tp berhampiran. rumah saya dengan mertua pun dekat. jalan kaki je tak sampai 5 min. sebelom kawin lagi saya dah ckp awal awal. sediakan rumah untuk saya. sbb saya tak nk duduk sekali dengan mertua atau pun mak saya tak kesah lah rumah tu kecik ke. gaduh dengan mak sendiri dengn mak mertua lain kak. walaupun baik macam mane sekalipun mak martua. dia tetap lain dr mak sendiri. org org ada cakp. menantu dekat busuk menantu jauh wangi. sebb tu time akak duduk rumah mak akak. mak mertua rindu sbb dah wangi. hahahha sebelom jadi lebih teruk baik akak pindah.

Baca lagi

x bdosa pn..mak mntua dulu2 mse muda pn dok asing ke dok fmly smpi tua?😅... so dia mesti faham ank dh kwen nk dh ad ank kcik..tiba masa pindah rumah..cri jela rumah kecik pn xpe asal kn asing.. klau duduk skli mmg jd cmtu..bila asing nanti msti okay.. cri umh dkt2 senang nk p ziarah.. sy dr awal kwen mmg xnk duduk umh fmly sndiri o mertua.. ssh cmna pn pndai2 hidup smpi bila nk duduk sebumbung..nk blri bogel dgn lki pn xde prvcy🤣🤣 duduk asing nk buat ap pn senang.. gaduh baling periuk ke kuali ke xde sp thu

Baca lagi
TapFluencer

pindah rumah bukan maksud pisahkan. kalau pesan dlm agama pun digalakkan tinggal berasing. byk hikmahnya. apa aja, hubungan mak & anak takkan terpisah. yg penting saling bincang dgn somi apa jalan penyelesaian nak ambil bersama. jgn pendam. komunikasi tu penting dlm hal ni & lain2. moga lancar iya apa saja yg nak diputuskan, insyaAllah

Baca lagi

Sebaiknya sudah tiba masanya untuk tinggal berasingan. Tak bermakna tinggal berasingan tak boleh melawat mertua kan. Semua ini lumrah, mak mertua puan pun mesti akan suka duduk asing time dia muda dulu kan. Semua keluarga perlu ada privacy masing-masing. Biar susah senang sama-sama suami isteri.

sbb tu dlm islam seeloknya duk asing dari umah mak sendiri dan mentua.. kdg bkn sbb kita nk jauhkan diri tp demi privasi kaluarga kecik kita.. biar susah senang dgn suami ja tanpa ada masuk campur dr parent n family..

TapFluencer

Better tinggal asing . Mana ada king/ queen dlm satu rumah. Tak berdosa pun. Itu yg terbaik. boleh cadang suami awk Cari rumah berdekatan dgn rumah ibu mertua, senang nak ziarah nak bantu apa yg patut.

Baca lagi

Mungkin mertua rasa letih, maybe both of you boleh bagi gift atau belanja mertua untuk tarik balik prasangka yang mungkin ada pada mertua. Kadang2, manusia nak rasa dihargai. As simple as say terima kasih ☺️

Lepas kwin better dudk asing...xdk dosanya sis, klau isteri x sebulu dgn ipar, biras or dgn mertua, wjib suami cari tempt asing utk isteri... Cari rumah dkt2 pn xpe, senang nk jenguk org tua kn...

Xda istilah berdosa la sis,,mmn patut tinggal asing.bkn xblik langsung kan???

kalau saya baik dduk asing. mak mntua awak tu duk sorg2 ke? ayah mntua?