kecewa

Hi sebenar i nak luahkan sikit , sebelum ni i pernah tny soalan but tiada siapa pun yg sudi jawab , bukan sekali tp bnyk kali , i bukan saja2 nk tny tp i tny sbb kan i betul2 tktahu , and i rsa kebanyakkan org dlm app ni semua sombong2

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Maaf ya puan. Aplikasi kami masih lagi banyak yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa. Saya admin dan ibu-ibu komuniti TAP setiap hari berusaha sebaik mungkin menjawab segala pertanyaan yang belum terjawab di ruangan 'unanswered questions' . Untuk makluman, sebarang persoalan akan terus di masukkan ke ruangan 'unanswered questions' atau 'belum dijawab' jika tiada yang memberi balas kepada soalan/post tersebut. Kami masih lagi dalam fasa menambah baik aplikasi kami dari masa ke semasa, namun bukan sekelip mata semuanya boleh terhasil puan kerana ianya memakan masa. Buat masa sekarang ni, jika ada pengguna yang inginkan maklum balas yang segera pada pertanyaan/post mereka, bolehlah meninggalkan sebarang Komen di bawah post tersebut ya. Kami mengakui kelemahan aplikasi kami buat masa ini dalam proses menambah baik dari masa ke semasa. Di sini juga saya sebagai admin ingin berterima kasih kepada semua pengguna komuniti lain terutamanya SUPER MOM kerana telah banyak membantu menjawab segala persoalan di bahagian 'unanswered questions' secara harian. Secara kasarnya setiap hari ada lebih kurang 200 pertanyaan daripada pengguna. Dan ini memakan masa untuk kami menjawab satu persatu. Di harap puan/tuan dapat memaafkan kekurangan pihak kami dan terus sokong kami kerana dengan sokongan yang terus daripada pengguna baru kami dapat menyampaikan yang terbaik untuk anda semua. Sekali lagi mewakili team theAsianparent saya meminta maaf akan kekurangan ini dan akan cuba membaik pulih isu ini. Terima kasih atas saranan dan luahan hati puan/tuan. 😊

Baca lagi
4y ago

tolong baiki newsfeed. hari² keluar cerita yg sama even dah tekan "terbaru" pastu cerita yg 2-3tahun lepas pun still naik balik sedangkan new post tak naik pun 😓😓

VIP Member

assalamualaikum maaf jika saya [email protected] saya juga minta maaf jika ada soalan puan yg kami terlepas pandang atau ada yang tidak keluar dari feed..sebab lately ni saya tengok banyak soalan pada bulan 7 yang keluar dekat feed yang belum di jawab tapi kami semua cuba untuk menjawab semua soalan yang di ajukan walaupun dah lm berlalu soalan tersebut....termasuk ada feed yg beritahu tentang telah selamt melahirkan dan etc.... hurm.....blh sy tahu apa soalan yg puan ajukan? berkenaan dgn apa?? maaf bukan smua org di app ni sombong..permasalahan nya skrng byk soalan tidak keluar dekat feed... hari2 puas smua supermom.. admin tAp cuba untuk menjawab semua soalan yang ada di app tAp ni..untuk beri yg terbaik pada semua user.jika kami nampak soalan yang tidak dapat kami jawab pun atau beri jawapan macam di kehendaki oleh yg ajukan soalan..sebab tidak penah ada pengalamn tentang yang di tanya pun kami akan cuba up status tersebut..supaya semua mommy di tap dpt melihat nya dan cuba mmbntu mnjwbnye.....kami smua supermom yang telah di lantik oleh tAp untuk jawab soalan yg di tanya akan cuba sedaya mungkin untuk up semua soalan di ruang soalan yang belum di jawab supaya user lain yang ada pengalaman dapat tlg share pengalaman mereka dgn soalan yg di ajukan..sekali lagi saya mewakili tap ingin memohon maaf jika ada semua soalan puan yang kami tidak jawab sebelum ini hingga buat puan rasa kecewa dan berkata sedemikian.mg Allah pemudahkan segala urusan puan..Allahuma aamiin..

Baca lagi

aiya kesian sis.. jgn sedih sis.. sy rasa knpa xda jwb sbb notification bukan suma kluar. lepas tu bila dh byk komen baru notification bagitau. sblm2 ni sy pun pernah dlm keadaan sis. smpai tahap kecewa. kita rasa sblm2 tu punya soalan lebih dipeduli,sekali yg btl2 ingin brtnya terus mcm xda yg sudi jwb. 2 3x cuba tnya masih begitu. sekali yg post mcmni baru ramai g komen. n jgn nangis sis kalau ada yg komen mcm marah sis balik. kesian sis. 😭😭😭 sy tau sis bukan nak buat orang lain marah balik. sis cuma meluah apa yg sis rasa. korang jgn lah naik angin dgn dia. dia xda niat bawa gaduh. kesian dia..

Baca lagi
4y ago

Maaf ya puan. Kerana kekurangan aplikasi kami pernah membuatkan puan kecewa juga. Kami dalam proses menambah baik aplikasi Kami. Diminta sokongan daripada semua pengguna untuk terus setia dan berikan maklum balas untuk kami perbaiki demi keselesaan pengguna semua😊

soalan tu releven ke tidak? ada buat search sendiri tak sebelum tanya? ada tanya family,kwn2 yg berpengalaman? ke da jumpa doctor tapi kat doctor tak nak tanya..pastu tanya kat sini? so far sy perati soalan positif ke tak sambil tunjuk upt double line pon org jwb je.

Bukan sombong sis. Sbb function app ni yg tak brp bagus. Soalan yg kita baru post akan lambat lalu kat timeline org lain. Saya selalu perasan klu dah few months baru ada org jawab. So tips dia lepas post soalan sis kena comment juga under soalan yg dipost tu.

4y ago

ye btl tu puan..sebaiknya buat mcm tu.. bru kita smua dpt melihat apa status yg latest dh di hantar...tu je cara yg ada skrng ni..utk.tahu da latest post yg appear and need asap respond for another user also admin tAp..

Sy pn mcm tu jgk. Sbbnya post kita xnaik di feed org lain. Jd org xnmpk soalan kita..mcm mna nk jwb klu xnmpk kan..sy pn dh byk kli mcm tu. Kdg2 soalan yg dh lama sy tnya skrg baru ada yg jwb. Tips dia klu soalan tu xde org jwb, kita up kan sdri kt komen.

hahaha sama jak, post minta pendapat masa trimester pertama, kena jawab time dah selamat bersalin... faham jak lah, kan byk user, tiap saat ad jak yg meluah... tu lah kali lambat kluar post kita... santai kali, biasa lah tu

4y ago

Maaf ya puan. Terima kasih sangat-sangat walaupun kami mengambil masa yang lama untuk menjawab persoalan puan, tetapi puan tetap masih setia bersama kami. Sokongan daripada puan amatlah dihargai🥰

Klau sis nk org nmpk komen sis.. Sis bleh komen ap2 dkt sis pnya soaln contoh emoji ke ap.. Kdg2 xnaik pun dkt kmi..sy pnya pun nk dkt sthun org xjwab..last sy try ltak emoji dkt komen sy.. Bru org komen

4y ago

ooooo baru tau ...

kdg2 soalan lambat keluar.. ada tu pulak ada yg suka reply soalan yg dah berbulan2 dan bertahun lamanya, jadi keluar soalan lama balik. sebab tu soalan yg baru tak keluar di news feed.

4y ago

ya..tu la sy maksudkan. lambat keluar sebab tak berjawab @ baru ada org jawab. lagipun, saya pasti ramai parents masuk apps ni sekejap2 je nak baca artikel dan news feed saja. jadi, mana soalan yg muncul, dan boleh bantu, akan jawab. unless yg memang ada banyak masa lapang nak klik pd unanswered questions untuk bantu & kumpul points dlm masa sama kan. jadi, part soalan lama tu boleh muncul kembali (sebab ada yg baru komen sedangkan komen di bawahnya boleh nampak jawapan latest dah setahun lepas; owner soalan pun mungkin dah tak kisah dan selesai dah pun masalah dia ), maka menjadi kerugian pd org yg betul2 tanya soalan yg dia mahu pandangan & jawapan. harapnya lepas ni apps tap minta org someone yg arif @ programmer @ org IT utk tambah function tarikh pd soalan yg ditanya.

dn mgkin ade jgk org betul2 xtahu nak jawab ape soalan sis. Bukan makna org tu sombong. it's okay. Smile. (: