kecewa
Hi sebenar i nak luahkan sikit , sebelum ni i pernah tny soalan but tiada siapa pun yg sudi jawab , bukan sekali tp bnyk kali , i bukan saja2 nk tny tp i tny sbb kan i betul2 tktahu , and i rsa kebanyakkan org dlm app ni semua sombong2

Maaf ya puan. Aplikasi kami masih lagi banyak yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa. Saya admin dan ibu-ibu komuniti TAP setiap hari berusaha sebaik mungkin menjawab segala pertanyaan yang belum terjawab di ruangan 'unanswered questions' . Untuk makluman, sebarang persoalan akan terus di masukkan ke ruangan 'unanswered questions' atau 'belum dijawab' jika tiada yang memberi balas kepada soalan/post tersebut. Kami masih lagi dalam fasa menambah baik aplikasi kami dari masa ke semasa, namun bukan sekelip mata semuanya boleh terhasil puan kerana ianya memakan masa. Buat masa sekarang ni, jika ada pengguna yang inginkan maklum balas yang segera pada pertanyaan/post mereka, bolehlah meninggalkan sebarang Komen di bawah post tersebut ya. Kami mengakui kelemahan aplikasi kami buat masa ini dalam proses menambah baik dari masa ke semasa. Di sini juga saya sebagai admin ingin berterima kasih kepada semua pengguna komuniti lain terutamanya SUPER MOM kerana telah banyak membantu menjawab segala persoalan di bahagian 'unanswered questions' secara harian. Secara kasarnya setiap hari ada lebih kurang 200 pertanyaan daripada pengguna. Dan ini memakan masa untuk kami menjawab satu persatu. Di harap puan/tuan dapat memaafkan kekurangan pihak kami dan terus sokong kami kerana dengan sokongan yang terus daripada pengguna baru kami dapat menyampaikan yang terbaik untuk anda semua. Sekali lagi mewakili team theAsianparent saya meminta maaf akan kekurangan ini dan akan cuba membaik pulih isu ini. Terima kasih atas saranan dan luahan hati puan/tuan. 😊
Baca lagi
Got a bun in the oven