Terasa Hati...

Saya tgh pregnant 13w skrg, anak first. Lately ni hubby kurang beri perhatian pada saya. Balik kerja je terus tidur sbb terlalu penat sampai saya rasa terabai. Saya juga bekerja, harapannya hari minggu dpt luang byk masa bersama. Saya cuba nak bermanja bila ada peluang. Tapi hubby lebih fokus pada fon, katanya seharian tak tgk fon lagi. Dia rajin layan video motor² di fb & YouTube sampai terlelap. Saya ada juga ajak bersama sbb rindukan dia tapi ditolak dgn alasan tak larat & esok kerja. Saya sangat terasa hati dgn sikap dia walaupun saya faham dia sudah penat bekerja seharian. Saya juga bekerja & melakukan kerja² rumah sepenuhnya & memasak seperti biasa. Saya juga penat urus rumahtangga tapi masih boleh melayan suami itu & ini bila balik kerja. Adakah saya terlalu sensitif sbb pembawaan baby?

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya harap awak banyak2 bersabar. Pada awal pregnancy saya pun begitu. Tapi suami kurang beri perhatian sebab kebetulan dia diuji dalam rezeki kerja nya. Selepas saya berterus terang, dan katakan bahawa rezeki kerja mungkin diuji sebab tuhan dah beri rezeki lain iaitu dikurniakan anak. Alhamdulillah dia selalu bagi perhatian pada saya selepas itu. Bertabah ya.

Baca lagi