Tertekan dengan TTC

Saya dan suami dah 1 tahun 8 bulan mencuba untuk hamil. Pernah 2 kali gugur. Yang pertama 5 minggu, yang kedua nak masuk 12 minggu. Keadaan mental dan emosi saya ada masa saya redha tapi ada masa saya rasa down sangat. Suami pula jenis yang letak harapan tinggi. Dah check doctor dua2 tiada masalah. Alhamdulillah. Suami saya suruh saya apply untuk buat iui di hospital kerajaan. Kerana dia cakap sekarang dah banyak buang masa mencuba. Saya rasa sangat tertekan, emosi tak stabil. Macam mana kalau buat iui masih tak menjadi? Bukan ke rezeki anak ni rezeki dari Allah. Saya tak tahu nak luahkan dekat siapa. Hanya mampu menangis selepas solat sahaja.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Klu tgh stress better rehat kjp sis sbb stress pn blh jd punca juga..bila stress, hormone mmg ganggu.. ajak husbnd tu rehat dlu g bercuti xyah fikir dlu buat sementara.. btl dah tu yg anak tu rezeki.. semoga sentiasa kuat ye & insyaallah ada rezeki anak nti cuma paling penting jgn stress