Sembunyikan dari orang ramai

Saya dah 6 bulan pregnant. Tapi hanya family, family mertua dan kawan rapat sahaja yg tahu saya pregnant. Ada orang ckp "kenapa tak bagitahu org lain, kenapa nak diam je" hm. Saya berdiam je sbb ni baby first saya. Lagipun ramai lagi kawan kawan yg tak pregnant lagi. Takut org kata kite show off pulak. Hm. Apa pandangan kalian ?

93 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya rahsiakan kandungan daripada keluarga besar dan kawan2 smpi kandungan saya 5 bulan+, walaupun saya ttc hampir 3 tahun, tetap rasa terlalu awal untuk dikongsi di sosmed walaupun should be 1 berita gembira yg ditunggu2 semua orang. Lebih selesa simpan sendiri dulu bersama suami, ibu bapa dan adik beradik shaja. Selepas 5 bulan+, bila confirm kandungan pun dah kuat di trimester kedua, kandungan sihat normal baik, baru diberitahu di sosial media. Bukan apa, kdg kita juga memerlukan doa doa yg baik2 drpd kawan2 dan saudara mara untuk kebaikan dan kesihatan kita dan baby. Alhamdulillah sgt ramai yg sambut berita dgn gembira dan terus mendoakan ibu dan baby sihat dan selamat, mudah melahirkan dan lain lain. In shaa Allah.. dengan doa doa mereka ni lah juga bantu kita sihat dan gembira sepanjang kehamilan.

Baca lagi