Sembunyikan dari orang ramai

Saya dah 6 bulan pregnant. Tapi hanya family, family mertua dan kawan rapat sahaja yg tahu saya pregnant. Ada orang ckp "kenapa tak bagitahu org lain, kenapa nak diam je" hm. Saya berdiam je sbb ni baby first saya. Lagipun ramai lagi kawan kawan yg tak pregnant lagi. Takut org kata kite show off pulak. Hm. Apa pandangan kalian ?

93 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

macam sy, sy hanya bagitau ketua dan rakan2 sekerja..sebab takut dorang tak faham kenapa sy tak boleh buat sesetengah kerja2 berat..family dan kawan rapat pun sy bagitau..tapi untuk orang yang tak rapat, sy tak umumkan pun..biarla umum bila sy dah bersalin esok..rahsiakan kehamilan ,hebohkan kelahiran..bak kata ustaz...sebab kita taktau kan, orang kiri kanan berniat jahat dekat kita..rambut sama hitam, hati lain2..

Baca lagi

Bagi sy seronok masa pregnant x bagi tau org selain family. Tau2 beranak je. Org pun tekejut bila la dye nih pregnant. Anak 1st dlu, sy x nak org tau sebab mak ada ckp ada jiran sy buat benda x baik dekat org baru pregnant. Sy jadi takut. Bila gtau family mertua, sy pesan siap2 x nak org tau then bgtau kisah jiran sy. Mertua fhm, lbh2 lg yg d kandung cucu pertama belah mertua. So, dyorg hormat kehendak sy.

Baca lagi

1st baby dulu memang sy update di fb. Masa tu pula musim ramai kawan dan kenalan terdekat mengandung. Rasa seronok la nak share sama-sama. Tapi skrg 2nd baby, sengaja tak update sgt di fb. Ada rasa teringin nak update tu, sy buat kat story whatsapp sahaja sbb kat situ hanya keluarga dan kawan terdekat sahaja yg baca. Sengaja tak nak heboh sbb sy nak lahirkan baby dan berpantang dlm keadaan aman 😁

Baca lagi

sy pn same sis.. lagi2 sy masih di awal first trimester..hanya family sy, ayh mertua dan kwn rapat je yg tahu.adik beradik ipar pon xtahu, sebab sy risau kalau ipar sy rase down sbb dia kawen pn da 6 thn. betul yg sis bgtau tu, kite bgtahu yg terdekat saje, atleast bila emergency case dorg tahu dulu. biarlah kite rahsiakn kehamilan, hebahkan kelahiran nnti. moga Allah lindungi kite semua😊

Baca lagi

saya tiga anak saya ni xada nak hebahkan kat media sosial hanya family&rakan sekerja sahaja yg tahu..sebab pesan arwah mak saya apa pun rezeki yg kita ada termasuklah rezeki anak ni eloklah kita jgn tunjukkan sangat sbb takut ada org yg sedih,cemburu dan xsuka..lagi satu nak jaga dari terkena penyakit Ain..manusia ni unik dan pelbagai..kita up benda baik pun kdg disalah sangka..

Baca lagi

Sy pun family je tau,dah 6 bulan now. Kawan² pun tak tau,mana yang terserempak atau perasaan je dorang akan tanye. Bagi sy family je penting yang tau,cz sy tunggu 9 tahun nak pregnant. Tak nak terlalu excited sangat,risau juga klu terlalu excited ni. Hehehe. Lagipun nak jaga hati orang lain juga yang dah lama menunggu nak pregnant & anak sendiri. ☺

Baca lagi
5y ago

Sama la kite... 9thn tunggu anak 1st. Skrg 25w... perut x bape nampak.. buncit sikit je. X bgtau pun pregnant, diorg tau seniri... nak2 sy keje gov 5bln leh balik awal sejam, aktiviti lasak x join dah, mcm tu diorg tau 😊 bkn x nak heboh tp risau kan.. kalau ade yg tye sy mmg x kan menidakkan.

samala sy sis, sy first pregant sekarang ni nak masuk 3 bulan hanya family and kawan rapat sahaja yg tahu. Tak nak publish kt social media sebab ramai kawan yg da kawin lama masih menunggu zuriat so sy takut kawan2 yg menunggu zuriat ada perasaan cemburu dengan sy. Kalau my husband or family post gambar and story dekat social media then dorang tanya baru sy iyakan.

Baca lagi

Saya mengandung anak luar nikah tapi bila tanya saya kata dah kahwin.bila org tanya kenapa tak bagitau saya kata je,"i want my life to be private".but seriously...kalau kita bagitau pun married or not,having kidd or not,graduate or not,or whatever we going thru, oranf tetap akan mengata kita..so better keep certain things to ourselves.. this is my 2cents😊

Baca lagi

Saya tak nak bagi tahu kwn2 cuma family n saudara terdekat aje tahu..nak sembunyi pregnancy tp perut dah membuncit..pegi office semua asyik tegur..kenapa perut membuncit😅..selalu tak sihat..muntah2 di office ..bagitahu ajelah dah tahu semua mendoakan saya n baby sihat walafiat dan dipermudahkan urusan..syukur alhamdulillah saya dah bersalin..baby dah 3 bln😍

Baca lagi

Sy baby first selepas 4 tahun tunggu. Jadi xramai kwn tahu. Cuma kwn rpt dgn fmily n fmily in low je. Ada sbb xnk heboh. Sy dah lama tunggu jd nk jaga betul2 kndungan ni. Klau ada yg tegur sbb dah nmpk baru kita cter. Ada je terserempak dgn kwn dia xtegur pun sbb xnmpk. Jd buat biasa2 jelah 😊 skrg dah 5 bulan. Semoga dia mmbesar dgn baik.

Baca lagi