Sembunyikan dari orang ramai

Saya dah 6 bulan pregnant. Tapi hanya family, family mertua dan kawan rapat sahaja yg tahu saya pregnant. Ada orang ckp "kenapa tak bagitahu org lain, kenapa nak diam je" hm. Saya berdiam je sbb ni baby first saya. Lagipun ramai lagi kawan kawan yg tak pregnant lagi. Takut org kata kite show off pulak. Hm. Apa pandangan kalian ?

93 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy ttc 3 tahun..sepanjang ttc sy happy je bila tgk org share berita kehamilan..kdg2 excited bila tau org pregnant.. sy Ada endometriosis stage 3.. Masa buat operation sy share dgn kawan2 fb berkenaan penyakit saya..sekadar berkongsi pengalaman Dan info.. ramai yg xtahu tentang penyakit tu.. Dan sy juga minta mereka doakan sy supaya cepat2 conceive..ramai yg mendoakan Dan bg kata2 semangat.. Alhamdulillah sy berjaya conceive.. dan sy jgk share di fb sy dh berjaya conceive.. niat sy bukan nak show off .tp lebih kepada ucapan terima kasih kepada semua yg dah mendoakan.. Dan sy jg minta mereka semua terus mendoakan saya sehingga melahirkan.. lepas tu xde share apa2 dah tentang pregnancy.. pada sy terpulang pada individu nak berkongsi atau tak.. Dan tgk jgk anda berada dlm lingkungan yg positive atau x.. jika anda rasa bnyk yg negative Tak perlu la kongsi..😊😊

Baca lagi

Saya rahsiakan kandungan daripada keluarga besar dan kawan2 smpi kandungan saya 5 bulan+, walaupun saya ttc hampir 3 tahun, tetap rasa terlalu awal untuk dikongsi di sosmed walaupun should be 1 berita gembira yg ditunggu2 semua orang. Lebih selesa simpan sendiri dulu bersama suami, ibu bapa dan adik beradik shaja. Selepas 5 bulan+, bila confirm kandungan pun dah kuat di trimester kedua, kandungan sihat normal baik, baru diberitahu di sosial media. Bukan apa, kdg kita juga memerlukan doa doa yg baik2 drpd kawan2 dan saudara mara untuk kebaikan dan kesihatan kita dan baby. Alhamdulillah sgt ramai yg sambut berita dgn gembira dan terus mendoakan ibu dan baby sihat dan selamat, mudah melahirkan dan lain lain. In shaa Allah.. dengan doa doa mereka ni lah juga bantu kita sihat dan gembira sepanjang kehamilan.

Baca lagi

First pregnancy awal tahun haritu saya hebahkan , up status , upload gambar nak show off saya ni pregnant sebab excited sangat then Allah sebaik baik Perancang , saya miscarriage . Bila lama senyap , orang bertanya dah berapa bulan kandungan . Kenapa dah takde status baby apa semua . Tetiba saya jadi malu sebab masa pregnant sibuk duk hebahkan then bila gugur senyap aje . Dekat situ lah saya jadikan benda ni pengajaran so pregnant kali kedua ni saya senyapkan je . Family dan certain people je tahu sebab saya kerja cikgu so saya kena remind orang yang saya tak boleh buat kerja berat . Betul betul nak jaga kandungan kedua ni . InsyaAllah 💕

Baca lagi
3y ago

Sama mcm kes saya heboh2 sekali gugur emmm 😅 Skarang silent is better. Orang yg penting je tahu🥰

5bulan kawen saya dsahkan mengandung,awal nya nak sorok tapi x jadi pasal dekat ngn rumah mak,boleh dikatakan 2minggu sekali balik rumah mak..sebolehnya nak sorok sebab kesian kat kak ipar dah 3tahun kawen x de rezeki anak lagi..abg ada cita bila dia tau saya ngandung dia menangis tiap2 malam..dari mula mengandung sampai skang ni anak dah 1thun4bulan..bila kak ipar balik nak berkumpul ramai2 saya rasa berat hati nak balik..sebab kesian kat dia..ni saya ckap kat suami saya x nak mengandung lagi..nak tunggu kak ipar ngandung dulu..tapi tu la..dapat suami x reti nak paham istri,kalo boleh lepas bersalin tu nak suruh kita mengandung lagi..eh stress la

Baca lagi

Ustaz kata, sembunyikan perkara yg blm pasti, hebahkan perkara yg dh terjadi. Sembunyikan pertunangan, hebahkan perkahwinan. Sembunyikan kehamilan, hebahkan kelahiran. Kerana itu adalah lebih baik, elak segala hasad. Sy pun dh nak masuk 3bln, hanya ipar duai, adik bradik dan 2org sahabat yg tau. ☺️

3y ago

Setuju sis. Benarlah apa yg sis katakan tu... semoga kita semua dilindungi.

sy pun hnya adik ,suami dan mertua.je tahu setakat ni,, sy xnk ambil risiko mcm dlu, awl2 gtau lpas tue bila dh gugur ,admit dan dnc, mostly bgi kata2 smangat tetapi xkurang yg mcari dan menuduh kesalahan saya tak pndai jaga kandungan sdangkn msa tue dh 14w😓,, stress sgt msa tue mmg rahim sy lemah smua ank2 alami bleeding, bleeding teruk ,admit berkali² pun ada... so kali ni nk smpan je, sy xsehat ,perit alahan sy xshare, sy diam je lagipun skrg musim covid so duk rumah je deactivated fb smntara ni.

Baca lagi

Saya pun sama sis. Kawan2 tempat kerja tau pun sbb saya warded alahan teruk. Selain family, memang kawan yg bebetul rapat je tau. Kat socmed pun sy tak update. Kalau update gambar dgn husband, ada yg tegur pregnant ke apa, saya delete komen tu huhu. Biarlah semua orang tau bila dah selamat melahirkan nanti. Saya lebih suka macam tu. Sepanjang bercinta dan bertunang pun saya tak pernah update apa2. Tup2 update gambar kahwin je hihi

Baca lagi
5y ago

Saya pon sama.

sy pun yg tau family, saudara terdekat, geng kerja dgn kawan rapat je.. yg lain lambat laun akan tahu jugak.. sebab sy tau ramai lgi yg berharap nak pregnant dan sy pernah rasa perasaan tu.. bila tgok org lain duk post psal pregnant and kita still kosong, rasa kecewa tu timbul..so lebih baik diam utk menjaga hati mereka.. lagi pun Islam sendiri galakkan sembunyikan kehamilan, hebahkan kelahiran utk elakkan sebarang keberangkalian..

Baca lagi

saya takboleh sorok sebab nanti company tak tau 😂 diorang tau pun sebab masa wfh haritu diwajibkan datang kerja untuk yang dah vaksin. saya masa tu tak disarankan ambil sebab kandungan baru lagi. masa datang appointment vaksin pun diorang suruh balik.. last last dalam video call company, semua tau time tu. baru ingat nak senyap senyap 😂 takpe la at least dapat banyak excuse untuk tak buat kerja berat dan sertai event company..

Baca lagi

Saya pun tak bagitahu orang sis. Mana yang tahu tu tahu je. Rasa macam kesian sebab ade lagi kawan yang belum pregnant walaupun kawin bulan yang sama. Lagipun saya memang jenis tak suka nak share dengan orang luar sangat. Hihi cara masing masing kot. Ade je sorang tu tahu, lepastu dia sebarkan. Jadi macam tak seronok dah nak bagitahu orang. Bila orang tanya pun betul ke tak pregnant, macam taksudi pun nak cerita apa apa. Haha

Baca lagi
5y ago

Hahah yeah faham. Sama lah kitee