Hebahan pregnant pada bos

Hi mommies! Saya nak tanya bila waktu sesuai bagitahu bos yg kita ni pregnant? Saya baru 6weeks anak second kalini. Masa anak first saya kt company lain. Dulu masa bagitahu bos, terus dikriminasi sbb bos mcm reaksi tak suka. Padahal saya okay je boleh buat kerja macam biasa sebab takda alahan langsung. Cuma bos saya dulu tak suka org yg banyak “komitmen” nak checkup apa bagai tu semua sbb dia single mom. Workplace tmpt baru ni Alhamdulillah bos family person even dia pun nanti bulan 10 confinement. Tapi ada sorang kawan kerja kt company baru saya ni kan dia ttc dah 1 year kawin. Takut bila bagitahu bos skrg , bos akn hebah dalam meeting and kawan saya tu nanti mesti sedih. Ke takpe? Dah hampir 2 tahun saya kerja situ, saya kenal dah perangai dia jenis tak meraikan kejayaan org. Sebab pernah share good news kat dia. Reaksi dia terpaksa senyum je. And kekawan lain pun feedback dia tu macam 2 faces. Macam mana yeee… kalini pregnant pun perut mcm cepat besar. Sebab saya kuat makan😂 takda alahan pape. Ngidam je lebih hahaha #dalamdilema

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sya dulu situasi macam sis, bukan sorang tapi bnyk yg TTC . Tak smpai hati nk bgtau, sbb TTC dorang bukan setahun dua tapi ada yg dah 5 tahun . Jadi tfikir2 nak bgtau ke tak, dh la msa tu baru khwin. and sbb dah lma TTC ada lah dua org staff tu jenis yg 2 faces jugak. Mungkin stress ke ape entah lah. Seram. Dia pernah tuduh ckap dorang kena buatan org lah. korang bygkan tuduhan tu mcm kat sya tau. Dh la sya je yg belum kwen. Ya Allah, sya diam je Jadi masa sy baru kwen, sya jdi takut. Nak bgtau ke tak? Dorang mcm dpt teka, bila sy kurang ikut angkat berat. Pastu sya ada ambk mc dgn AL. Mula la, tiba2 kawan lain yg rpat dgn sy pun tiba2 tak rapat dah. Semua buat perangai, sikit2 marah kalau sy btnya. Saya tak tahu kenapa? Last2 tba2 masa meeting sya ada kena tegur boss, kalau boleh jangan selalu cuti lah, kena ikut angkat barang lah. Rupanya ada org complain Bygkan dlm meeting saya sorang je kena tgur, malu tau. masa tu nak nanges. dgn emosi preggy tgh sensitif lagi. Tangan sya dh bgegar2 macam org nak kena panic attack. Lepas meeting sy pergi toilet cepat2, nangis macm org gila. Tepuk2 dada. Sbb tak pernah lagi sya kena tegur macam tu tau, sedangkan elok je org lain boleh je MC boleh cuti pergi travelling la apa. Saya tahan je, dgn smua org mula dah tak ok dgn sya. Saya tak tahu kenapa. Smpai last2 , sya ada bleeding color brown 2 hari, masa tu dh nak 3 bulan. sya beranikan diri je lah hntar surat resign. Sya ckap sy pindah ikut suami, kebtulan suami dpat offer kerja di tmpat lain. Masa tu mmg dh tak fikir dah, ada income atau tak, yg penting sya bhenti. Suami pun faham. Syukur tempat kerja baru suami offer gaji besar sikit. Jadi , kalau dpat rahsiakan, rahsiakn dulu la. Kalau boss jenis yg faham, boleh je bgtau dia dulu tp mintak dia rhsiakan.

Baca lagi

I told my boss bout my pregnancy as soon as I got the news. But my big boss, I tunggu 4 bulan baru bgtau. Colleagues pun sama. I tak hebah awal2 dan I also told my boss to not to inform anyone until I am ready. Most people only get to know bout my pregnancy masa I 6 months . Reason I don’t want too many people to know is because not everyone will be happy for you. Ada yg masih mengharap so taknak mereka terasa also. So I decided to keep it lowkey je. Alhamdulillah things get so natural and people know it by themselves, takde kita terhegeh2 hebahkan and semua org seems so happy and supportive bout my pregnancy ☺️🤲🏻 Utk check up pula, I mmg tak buat buku pink di KK. Semuanya direct with KPJ. So takde isu I nak ambil cuti ke apa ke. No such things. I pun tak suka. I manage my pregnancy sebaik mungkin la. Check ups semuanya I select on weekend je. Bila kita tak create isu, org pun takde isu nak cari pasal dgn kita 😊

Baca lagi

Kalau kerja awak banyak bergerak, ada angkat barang berat, selalu outstation, naik flight.. awak kena bagitahu boss awak. Supaya semua akan aware dan takde la rasa awak mengelat. Kalau selain daripada tu saya rasa awak boleh je bagitahu bila dah besar sikit. Mcm saya dah 4w kebetulan dalam masa terdekat kena oustation & naik flight saya bagitahu awal dekat boss. Boss pun inform pada yang lain. So till now saya dah 12w saya jarang buat kerja yang kena angkat berat tapi saya banyak bergerak tak suka static sebab since pregnant ni bila duduk lama lama jadi kebas sampai terpaksa beli ergonomic cushion huhu. So bergantung kepada keadaan dan situasi awak di tempat kerja.

Baca lagi

sya mmg bgitau bos awal sis . once dh tau sebab kerja sya byk kena outstation dan handle training dan event. kbetulan pula sya spotting dan bleeding awal pregnancy yg perlukn sya rest . jadi perlu bgitau. colleague unit sya pun sya inform awal sebab perlu pergi kk smua . cuma kawan2 lain tu kdg diaorg dah blh agak jadi x blh buat apa la klau diaorg tau awal. utk sis trpulang la klau kerja sis perlukan sis lasak2 dan buat heavywork mgkin blh inform bos awal. klau kerja sia byk duduk dan sis pun takde complication awal pregnancy ni blh je klau sis x nk bgitau or tggu smpai hbis 1st tri btu bgitau

Baca lagi

Kalau mcm saya direct manager saya bgtahu right after buka buku pink so that if kita banyak cuti ke apa dia faham and aware. Yg lain tu dah second trimester baru bagitahu. Tu pun yg mana yg tak rapat tu tak bgtahu pun. Masa first bgtahu boss tu saya dah pesan dgn dia jgn bgtahu anyone. Yela baru je lagi kandungan, risau. And dia pun faham and professional je. For kawan awak yg ttc tu, tunggu dah 5 bulan masa perut dah obvious baru bagitahu. Bukan apa skrg ni tgh fragile lagi, penyakit ain pun banyak skrg. So better awak hati hati. Take careeee!

Baca lagi

tggu dah 16w above baru bgtahu boss. awal sgt lg tu appt pun sebln skli blum kena pergi pun lg. sbb mggu mcm ni baru fasa kandungan dh stabil sikit. ckp jela direct ngan boss jgn heboh2. bgtahu kt workmate yg awak sllu deal kerja jela or bila awak cuti, dia yg akan cover kerja awak. dia rasa sedih sbb dgr good news org lain bkn salah awak. patut lg dia mendoakan biar terkenan kt dia. knp awak yg nk kena jaga hati pdhl org lain yg beriya heboh? ckp straight je dgn boss. nnt org nmpk perut tahulah nnt tu

Baca lagi

Mcm saya once tau pregnant terus bagitau pada colleagues dan bos. Sebab kerja saya perlukan pergerakan banyak dan agak lasak. Lagipun company kena tau jgk sis sbb nanti nak kena apply cuti bersalin tu. Pasal ttc, antara colleague saya pun ada yg ttc, kita pun mula2 takut sgt nak bgtau sbb takut kacau atau buat dia insecure, tapi just bgtau untuk pengetahuan dia saja. Tak perlu over excited share pasal pregnancy kita, just share if diaorg tanya. Tu je. All the best ok ❤️

Baca lagi

Jgn terlalu awal & jgn terlalu lambat. Tp since boss jenis memahami, boleh kot jumpa dia inform & kalau boleh minta dia jgn hebahkan dulu sebab dia pun faham si officemate yg ttc tu. Bukan apa bila dah bgtau boss ni mudah sikit nk cuti sebab check up ke tak sihat ke & job task akan lebih ringan. Kalau dia truly “memahami” la. And boss pun akan take note your job yg perlu disandang org lain bila you maternity leave

Baca lagi

saya selepas dapat tahu pregnant terus bagitahu bos sebab saya dah pernah baby meninggal dalam perut masa 16weeks. jadi, bos pun tak push kerja sangat. jadual pun light² je, kalau sakit or xdpt dtg dia akan faham. pasal rakan sekerja tu, abaikan jela. kita xkkn mampu nak puaskan hati org. fikir diri sendiri sahaja lebih baik. semua ni dari Allah, dia pun kena terima la.

Baca lagi

aku 20 weeks baru bgitau boss. mmg kwn ofis sorang pun tk tau aku pregnant sbb perut kecik. bila dh bgitau bos tu rasa lega sebab partner ku boleh cover keje if aku pergi checkup . bos lelaki, mula2 dia pishang gak sbb aku ibarat org kuat dia. then lama2 dia boleh terima tgok aku slalu gi kk. lagi2 ada gdm byk kali gi kk. doakan ku mudah bersalin bulan 9 ni. amin

Baca lagi