Ada tips tak dari ibu² yg pernah berpantang sendiri tanpa bantuan sesiapa?

Saya akan berpantang sendiri x lama lg. Adik beradik jauh, mak dkt kampung dgn ayah.. Mak sy stroke.. Mak mertua dah tua dah x larat.. Husband ada teman masa berpantang dlm 10 lps bersalin. Lps dr tu husband balik ke tmpt dia. Kerja jauh, kami mmg pjj sebelum ni.. Jadi lps 10 hari tu saya kene buat sendiri, klu anak kuning kene ke klinik sendiri, masak basuh semua sendiri.. Serta perlu jaga anak drjah 1, hantar ke sekolah dan sebagainya.. Husband cuma dpt balik 2 minggu sekali saja.. Nak upah CL mmg x mampu.. Mcm mana ye nak masak supaya x penat sgt.. Bila masak kan bnyak berjaln, berdiri.. Saya ingt nk standby lauk frozen mcm sup ikan tu. Lps tu ayam ikan perap siap² nak mkn tgal defrost & panggang.. Lps tu bwg² apa semua da siap blend/buat pes.. Sayur je la kene msk fresh.. Ke ada cara lain yg lg mudah.. Saya xnak penat sgt takut stress.. Oh ye foodpanda & grab x smpai area rmh saya.. Ada x tips lain yg nak di kongsi? Saya perlu bersedia mental & fizikal dr sekarang..

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya berpantang dengan suami je dulu anak pertama. Alhamdulillah semuanya okay. Paling penting jaga makan. Makanan tu ada yang buat servis makanan pantang hantar rumah in case kalau sis nak pantang makan lah. Saya makan apa saja suami masak. 😬 ataupun ready frozen food untuk mudah panaskan je nanti. minum air tak kisah air suam ke sejuk ke. Ikut atas badan. Setiap kali ke tandas, wajib tukar pad. Tak perlu tunggu penuh. Rajinkan cuci guna air garam & ubat kuning je. Alhamdulillah saya minggu pertama tu dah boleh jalan elok setiap hari naik turun tangga rumah. Jangan terbaring sahaja. Kena bergerak juga untuk elak salur darah tersumbat. Happy happy je & pastikan tidur cukup. Kalau boleh bergilir jaga baby dengan suami waktu malam tu. At least sis dapat rehat kejap. Semoga dipermudahkan semuanya. Doa banyak2 supaya bersalin dengan mudah & dikurniakan kekuatan. In sha Allah semuanya baik.

Baca lagi