Menu pantang, mana satu boleh mana satu tak boleh mkn sebenarnya?
Saya nk tnya ramai yg kata skrg ni berpantang mkn je mcm biasa selagi kita xde alergik. Tapi xde efek baby ke? Ke mitos je.. Ok contoh mcm snack amik kekacang mcm badam, macadamia, walnut. Boleh ke? Tgok tgok adr yg snacking mcm tu time pantang. Tak gatal? Ke tgu luka baik? Lps tu cendawan tiram atau enoki bole mkn ke masa awl2 pantang? Baby tak sejuk atau masuk angin? Saya ni confuse nk sediakan menu apa nnti.. Sayur cmpur tumis ltk cndawan ok jgk.. Sbb saya jenis x mkn sayur hijau selain salad dan brokoli. Kenapa tak bole mkn bergoreng mcm ikan atau ayam. Mmg wajib panggang rebus je ke? Igt nk beli kedai je ayam goreng atau ikan goreng time x larat msk. Sbb pantang sndiri. Masak sendiri. Nk kene buat lauk frozen jgk sbb nk mudah kan hsband panas kan.. Maklum la awl2 berpantang agak bz berurut la ke klinik la, dkt klinik da berjam. Smpai rmh da penat.. Apa lg yg perlu elakkan? Mknan pedas yg ada cili kan? Lg apa yg x bole mkn.. ikan kembung ikan cencaru tu sume gatal kan, ke bole je mkn? Ikan merah, siakap mahal sgt.. Udang sotong yg perlu elakkan dlu kan.. Air plak mmg kene amik milo , Horlick ngan susu je ek? Kopi 3in1 x leh? Atau igt nak buat air longan barli milk booster tu.. Jgn kecam eh tnya pendapat je sbb risau pantang sndiri tkut salah mkn efek ke kita sndiri atau baby ..
Bila confinement lady bersalin dengan saya, saya bagi nasihat amalan kesihatan terbaik selepas bersalin: 1) Boleh makan semua jenis sayur-sayuran, semua jenis buah-buahan, seafood, telur, ayam, daging yang biasa dimakan, selagi tiada food allergy. Tak payah pantang-pantang makanan berkhasiat. Telur, ayam dan seafood bukan penyebab nanah atau kegatalan - itu hanya mitos. Janganlah mengharamkan makanan sihat yang halal. 2) Boleh minum air secukupnya, 2-3 litre sehari, boleh minum susu, boleh makan lauk berkuah, boleh minum soup-soup. Minum air bukan penyebab faraj becak - itu Mitos. Faraj becak hanya berlaku di zaman dulu jika ibu terpaksa teran berhari-hari dan bersalin di rumah tanpa bantuan doktor dan ada koyakan yang teruk kepada pundi kencing. Inilah obstetric fistula yang masih lagi berlaku di negara Afrika zaman sekarang di mana 50% ibu masih lagi bersalin tanpa kehadiran bidan bertauliah atau doktor perubatan. 3) Untuk sarapan pagi, boleh makan roti, boleh makan breakfast cereals, boleh makan oat porridge, boleh makan bubur, boleh makan nasi lemak, boleh makan capatti, boleh makan tosei, tiada larangan pun. Makan roti bukan penyebab rahim kembang - itu hanya Mitos. Bila yis dimasak, sel yis akan mati dan berhenti berkembang bila roti sudah siap dimasak. 4) Nak buat susu secukupnya untuk bayi, ibu perlukan 500 kalori tambahan sehari jadi jangan sekat-sekat apa ibu makan supaya ibu boleh berjaya exclusive breastfeeding untuk 6 bulan sebelum bayi boleh mula makan. Susu ibu ialah susu terbaik walaupun bayi ada jaundice, kembung, demam, cirit-birit, selsema, susu ibu tetap terbaik. Selagi ibu boleh membuat cukup susu untuk bayinya, selagi itu tak perlu pun susu formula. Cara terbaik untuk ibu turun berat badan ke saiz sebelum mengandung ialah dengan breastfeeding dan amalkan PEMAKANAN SIHAT. Tak payah menyekat makanan-makanan sihat untuk ibu yang menyusukan bayi. Kalau nak pantang makan, pantanglah junk food, bukan pantang makanan sihat. 5) Bayi hanya perlukan tambahan susu formula atas nasihat doktor jika ada masalah hypoglycaemia (bacaan gula rendah) selepas bersalin, jika ada dehydration, jika ibu ada masalah menyusukan bayi atau jika susu ibu tidak mencukupi. 6) Ibu boleh tidur apa-apa posisi yang selesa untuk ibu, tidak kira bersalin Caesarean Section atau bersalin normal, nak tidur mengiring pun boleh, nak tidur baring pun boleh, tiada halangan selagi ibu selesa. Jangan bimbang rahim senget ke tak senget, itu bukan satu masalah kesihatan dan rahim akan tetap mengecut ke saiz asalnya dalam masa 4 hingga 6 minggu selepas bersalin juga, tidak kira apa posisi tidur ibu, tidak kira bersalin Caesarean Section atau bersalin normal, tidak kira mengurut rahim atau tidak dan tidak kira pakai bengkung atau tidak. Selepas 6 minggu, selagi tiada fibroid, semua rahim mengecut ke saiz yang asal selepas bersalin. 7) Hanya untuk ibu yang ada risiko tinggi venous thromboembolic disease iaitu risiko darah beku di dalam saluran darah, saya akan cadangkan TEDS (thrombo-embolic disease stockings) untuk membantu pengaliran darah jika ibu tidak berjalan-jalan, tetapi untuk ibu-ibu lain ikut suka lah nak pakai setokin atau tidak di dalam rumah sendiri. 8)Ikut suka dan keselesaan ibu nak pakai baju tebal ke nipis, nak pakai seluar ke kain, nak pakai bengkung atau tidak, nak mengurut atau tidak, nak bertunku atau tidak, nak buka kipas ke tidak, nak buka aircond ke tidak, nak minum air sejuk ke panas, nak minum air ais atau tidak, nak ikat rambut tocang ke tidak. Tiada paksaan atau larangan. Minum ais bukan penyebab rahim kembang atau becak - itu Mitos. 9) Jangan tak mandi dan tak basuh rambut sebulan ya....kebersihan diri itu sangat penting untuk kesihatan fizikal dan emosi. 10) Tak perlu paksa ibu-ibu makan jamu yang tidak pernah pun terbukti memberi kesihatan yang lebih baik untuk wanita. Tradisi makan jamu ini datangnya dari Jawa tengah dan bukannya amalan berjuta-juta wanita di seluruh dunia. Berjuta-juta wanita di seluruh dunia tak makan jamu pun sihat juga. Sudah ada kajian di Indonesia yang menunjukkan 23 dari 25 jamu yang dikaji mengandungi bahan kimia dari tumbuhan yang boleh memudaratkan hati jika diambil setiap hari untuk jangkamasa panjang. Hanya ada 7 pantang: A) Pantang semasa darah nifas dari bersolat, berpuasa dan hubungan kelamin sehingga darah nifas kering dan berapakah hari nya berbeza untuk setiap individu (bukan pantang 44 hari). Jika hendak menjarakkan kehamilan, gunakanlah kaedah merancang keluarga yang berkesan. Jika tidak bersedia untuk hubungan kelamin, ajarlah lelaki menjadi suami yang penyayang yang memahami isteri. Hal rumahtangga suami-isteri ialah urusan mereka sendiri, bukan urusan acik bawang nak suruh pantang bersama berapa hari. B)Pantang merokok dan asap rokok (termasuk vaping) C) Pantang minum alkohol D) Pantang makan ikan besar laut dalam yang ada lebih pencemaran mercury yang tinggi seperti ikan ikan jerung, ikan swordfish/todak, ikan marlin, ikan king mackerel, ikan tuna besar. E) Pantang makan Junk food. Apa yang terbaik ialah elakkan makanan segera, makanan berproses, makanan tinggi garam dan pengawet, makanan dan minuman yang tinggi dengan gula tambahan untuk seumur hidup. Sekali-sekala boleh lah merasa tetapi jangan biasakan makan junk food sebagai amalan hari-hari. F) Pantang Stress: Jangan menyusahkan diri sendiri jika tak mahu buat apa yang tak perlu buat. Jangan benarkan diri anda dibuli oleh acik bawang. Tiada makanan atau minuman penyebab bentan - itu hanya Mitos. Jika ibu ada pendarahan banyak, jangkitan bakteria, demam, kemurungan, meroyan, buasir yang teruk, sembelit, bengkak susu sehingga demam, varicose veins, tekanan darah tinggi, diabetes, masalah darah beku di dalam saluran darah atau apa-apa masalah perubatan, doktor akan beri nasihat rawatan. Tak payah percaya kepada penjual jamu yang ambil gelaran bidan tanpa tauliah perbidanan, tanpa pendaftaran perbidanan dan tak pernah pun memberi perkhidmatan menyambut kelahiran bayi tetapi mereka kata mereka ada lebih pengalaman menjaga ibu selepas bersalin dari doktor pakar O&G. Jika ibu-ibu selepas bersalin ada masalah seperti di atas, yang merawat mereka ialah doktor O&G, bukannya penjual jamu yang menyalahgunakan gelaran bidan. Kami doktor-doktor tidak akan membenarkan ibu yang bersalin yang ada masalah kesihatan pulang ke rumah sehingga sembuh. Bila pulang ke rumah, ada lawatan dari jururawat masyarakat untuk memantau kesihatan ibu dan bayi, sebab ini bukannya tugas penjual jamu yang ambil gelaran bidan yang bukan pun pengamal kesihatan bertauliah. Jika didapati ibu atau bayi tidak sihat, jururawat masyarakat akan membawa ibu dan bayi kembali ke hospital untuk rawatan dengan doktor juga, bukan bawa ke penjual jamu yang membuat tuduhan palsu bahawa doktor pakar gynae tiada pengalaman menjaga ibu selepas bersalin. Patient confinement lady saya kata kat saya OK, memang dia memilih nak ikut nasihat saya. Dia kata sebenarnya dia tak amalkan adat berpantang pun untuk diri sendiri, hanya kalau client memilih untuk berpantang cara tradisional dia akan memberi perkhidmatannya. Ooooo saya jawab serupalah macam saya, kalau patient nak beranak 10 kali, ikut suka dia lah, saya akan memberi perkhidmatan menjaga kesihatan ibu-ibu ini, tetapi saya sendiri tak mau lah bersalin sampai 10 kali. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua.
Baca lagiboleh baca penerangan dr doctor imelda balchin. pakat o&g Selepas ibu bersalin, bila saya kata tak payah pun ikut amalan adat berpantang, ada yang tak percaya, nak juga tanya nak pantang apa. Jadi, Dr Imelda boleh bagi nasihat cara berpantang yang terbaik selepas bersalin: 1) Pantang merokok selama-lamanya. Bukan hanya ibu yang baru bersalin, suami dan semua ahli keluarga mesti ikut pantang ini. 2) Pantang minum alcohol. 3) Pantang makan makanan yang memang pun ibu ada alahan atau allergy. Kalau tak ada food allergy, tak payah pantang makanan yang berkhasiat. 4) Pantang menghadkan ibu minum air - Boleh minum 2-3 litre sehari, tidak kira air sejuk ke, air suam ke, air panas ke atau air berais. Ikut suka ibu lah suhu minuman yang ibu suka. 5) Pantang makan ikan besar laut dalam yang tinggi kandungan pencemaran mercury, seperti ikan jerung, ikan cod, swordfish, tuna, marlin, king mackerel. Pilihlah ikan laut kecil-kecil yang kaya minyak ikan omega 3 dan lebih selamat dari pencemaran mercury, seperti ikan selayang, sardine, kembung, mabong, pelaling, bilis, sotong, udang atau ikan ternak seperti salmon. 6) Pantang makan berlebihan, Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum terlalu banyak gula, Pantang makan makanan berproses, Pantang makan junk food. Untuk selama-lamanya. 7) Pantang makan ubat kurus atau mengurangkan kalori keperluan ibu yang menyusukan bayi. 8)Pantang membuat hubungan kelamin, sehingga darah nifas kering. 9) Pantang mencuci di dalam vagina. Pantang menggunakan tampon untuk darah nifas. Pantang meruang atau meletak apa-apa produk dalam vagina. Cuci di bahagian luar vagina saja. 10) Untuk wanita Islam, pantang bersolat dan berpuasa sehingga darah nifas kering. 11) Pantang mengangkat berat-berat melainkan mengangkat bayi anda sendiri. 12)Pantang memandu kereta sehingga ibu boleh tekan brek kecemasan dengan serta-merta tanpa rasa sakit dan sehingga ibu dapat cukup tidur. Elakkan kemalangan jalanraya. 13)Pantang memandu kereta dengan baby jika tak letak baby di dalam carseat untuk keselamatan baby. 14)Pantang menyentuh luka jahitan Caesarean Section atau luka jahitan vagina tanpa membasuh tangan dan tanpa menjaga kebersihan tangan. Tak payah pantang makan untuk tujuan menjaga luka. Boleh makan semua jenis makanan yang berkhasiat. 15)Pantang tidak menjaga kebersihan diri. Pantang tak mandi. Kebersihan diri itu penting untuk kesihatan. 16) Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Tak kisah lah ibu nak pakai seluar atau kain selagi ibu selesa. 17)Pantang bully ibu apa nak pakai. Berikan ibu layanan sebagai orang yang dewasa dan kebebasan untuk memilih. 18) Pantang merawat diri sendiri jika ada komplikasi bersalin: seperti pendarahan banyak, rasa nak pitam, muntah-muntah atau sakit kepala, demam, sakit perut, lendir dari vagina yang berbau, masalah pernafasan, kaki menjadi bengkak merah atau sakit, masalah kemurungan - Sila berjumpa dengan doktor di klinik. 19) Pantang meminta pendapat perubatan untuk ibu atau bayi di media sosial. Sila berjumpa dengan doktor di klinik. 20) Pantang meminta pendapat perubatan dari penjual produk, tukang urut, confinement ladies, makcik-makcik, pakcik-pakcik, jiran-jiran, ustaz, ustazah yang tiada tauliah perubatan. Sila jumpa doktor di klinik. 21) Pantang memberi tukang urut dan confinement ladies gelaran bidan. Jika tukang urut dan confinement ladies tu bukan bidan bertauliah yang berdaftar dengan Lembaga Bidan Negara dan tidak dibenarkan memberi perkhidmatan menyambut kelahiran bayi maka dia tak memberi perkhidmatan perbidanan dan tak boleh menggunakan gelaran bidan. 22) Pantang tidak berjalan dan baring saja sebab ini mengurangkan pengaliran darah di saluran darah dalam kaki. 23) Pantang stress tentang apa kata orang. Pantang mendengar pendapat perubatan dari mereka yang bukan ahli dalam bidang perubatan. 24) Pantang ramai-ramai orang datang melawat. Siapa nak datang tunggu lah selepas masa berpantang. Ibu perlukan masa untuk menyusukan bayi dan masa untuk berehat, bukan melayan tetamu. 25)Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. Tak perlu makan jamu. 26) Pantang beli ubat-ubat sendiri semasa menyusukan bayi tanpa nasihat doktor. 27) Pantang penerbangan jarak jauh (4 jam atau lebih) pada 6 minggu pertama selepas bersalin sebab ini boleh meningkatkan risiko darah beku dalam saluran darah. 28) Pantang bagi bayi makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula khas untuk bayi atau ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Bila usia bayi 6 bulan ke atas boleh mula bagi bayi makan perlahan-lahan secara beransur-ansur. 29) Pantang menyuruh ibu pantang makanan berkhasiat jika bayi ada kuning jaundice, kecuali untuk bayi yang ada G6PD (doktor akan memberi nasihat). 30) Pantang tertidur bersama bayi. Sudah banyak kes kematian bayi akibat ibu tertidur di atas bayi. 31) Pantang menidurkan bayi dalam kedudukan meniarap melainkan di dalam unit rawatan bayi dimana pernafasannya sentiasa dipantau. 32) Pantang memberi ibu stress dengan memaksa ibu pantang makanan-makanan berkhasiat seperti pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan, telur, ayam. 33) Pantang memaksa ibu duduk dalam kepanasan. Berikan ibu keselesaan. 34) Pantang membuli, mengecam dan memaksa ibu-ibu yang baru bersalin mengikut cara pantang anda. Jika ibu memilih mengikut nasihat perubatan dan nasihat kesihatan dari doktor-doktor perubatan, itu hak ibu. 35) Pantang percaya kepada khurafat. 36) Pantang ikat kaki ibu, pantang paksa ibu mengesot, pantang paksa ibu tidur duduk, pantang melarang ibu tidur mengiring, pantang memaksa ibu ikat tocang. 37) Pantang tuduh susu ibu tak elok. Pantang tuduh susu ibu atau apa ibu makan sebagai penyebab bayi tak sihat. 38) Pantang ugut ibu dengan membuat ramalan, “Nanti suami lari.” 39) Pantang ugut ibu dengan membuat ramalan, “Bila umur 40 tahun nanti sakit.” 40) Pantang jadi pembuli. Pantang mengguris perasaan hati Ibu yang baru bersalin. Berikan galakan dengan kata-kata yang positif. Women Empowerment Semoga bermanfaat, Dr Imelda Balchin Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal and Fetal Medicine
Baca lagiBerpantang blh makan apa apa selagi man awak takda allergik terhadap makanan tu.. 1st bby sy czer.. itu tak blh makan, ini tak blh makan, ini gatal ini miang lah bagainya..susu sy drop sgt teruk... sy stress sgt sgt.. mcm nk dicubit cubit je bby waktu tu... rasa stress rasa nk meroyan.. bila husb take over jga sy dalam pantang, sy more relax.. 2nd bby czer,mmg fully husb jga dri awal, makan lah makanan selagi mana benda tu tak allergik, & berkhasiat.. susu mmg byk ya, melimpah limpah.. sy happy, sy tak stress.. makan lah goreng2 kalau nk makan, makan lah pedas kalau nak makan, bykkan minum air, sayur hijau utk lawas.. CL yg dtg berurut pun, pesan jgn stress, mkn maknan berkhasiat.. Certain org tak mnum kopi sbb kdg susu blh drop.. ada jgk bg org lain, kopi ni jd milk booster.. sy mnum kopi&nescafe.. susu lg byk.. mgkin sbb mood happy, so produce lg byk.. Pantang lah cara awak, selagi mana bnda tu tak susahkan dri awak & husb awak
Baca lagiWaktu i berpantang dulu, i tak follow strict sangat. Tapi i makan mknana semua berkhasiat and sayur2 hijau buah dll. Mmg dari dulu jaga makan and amalkan suku2 separuh. Alhamdulillah susu badan pun meriah. Sebelum pregnant pun, i memang jenis tak minat kari/ gulai/ goreng2/ process/ junkfood. I pun memang jenis yg suka makan grill/ soup2 je. So masa berpantang pun menu sama 😆. So tak rasa bosan la. Tapi terpulang la dear, mungkin lain badan lain penerimaan. Wallahua’lam. Tapi, yang pasti, memang kebanyakan dr2 pun advise mkn mkanan yg berkhasiat sebab time berpantang tu lah kita nak replenish balik nutrient dalam badan kita & at the same time kita nak breastfeed baby kita. Sebab breatfeeding ni penat tau. Lepas bf je kebulur haha. Apapun, enjoy your pregnancy and pantang time ya. Takmo stress2 💕
Baca lagisaya ftm dan berpantang berdua je dgn suami. dari segi pemakanan saya makan je everything yg suami masak. suami x suka goreng ayam ikan so menu tu takde lah. benda2 lain mcm pasta, sup, sambal, kari semua saya makan je. tbh saya pon tak google apa mknn yg kononnya x boleh makan masa berpantang. masa baby kuning pon saya makan je mknn yg ada blackpepper, halia, kunyit etc. alhamdulillah baby saya ok. jaundice seminggu je. air sejuk pon saya minum. takde efek pon badan berangin ke apa. kopi mmg everyday minum sebab yelah sleep deprived kan dengan newborn yg setiap 1-2 jam bangun minum susu + nangis tgh malam. kalau saya x minum kopi mungkin boleh meroyan haha. saya berpegang kepada pendapat dr imelda. makan je apa2 asalkan x alergik dan mknn tu sihat. all the best sis.
Baca lagihai, 1st bby sy czer. Pantang sy lebih strict lagi membosankan.. 1. Tak mkn pedas 2. Tak mkn mknn berangin 3. Tak mkn mknn yg keras. Utk mudah membuang, xnk sembelit sbb sakit nk yak 4. Tak minum yg sejuk. 5. Tak mkn sesuatu yg berminyak. Mmg rebus2 dan sup2 je sepanjang pantang. 6. Tak ambil suplemen sebarangan. Sy x amalkan jamu. Bergantung pd individu sbb sy x percayakan jamu. Alhamdulillah badan sy kembali slim hanya dgn pantang strict ini. Sy sendiri pun kurang pasti actually pasal exactly mknn pantang. Mungkin apapun semuanya bergantung atas badan memasing. Pada sy, sy sanggup mkn benda yg "hambar lg mrmbosankan" ini sepanjang pantang demi kesihatan dan kembalikan kelangsingan badan. It's still up to you mom ☺️
Baca lagipantang 100 hari sis. sbb czer jd sy amik extra day.
hai, 1st bby sy czer. Pantang sy lebih strict lagi membosankan.. 1. Tak mkn pedas 2. Tak mkn mknn berangin 3. Tak mkn mknn yg keras. Utk mudah membuang, xnk sembelit sbb sakit nk yak 4. Tak minum yg sejuk. 5. Tak mkn sesuatu yg berminyak. Mmg rebus2 dan sup2 je sepanjang pantang. 6. Tak ambil suplemen sebarangan. Sy x amalkan jamu. Bergantung pd individu sbb sy x percayakan jamu. Alhamdulillah badan sy kembali slim hanya dgn pantang strict ini. Sy sendiri pun kurang pasti actually pasal exactly mknn pantang. Mungkin apapun semuanya bergantung atas badan memasing. Pada sy, sy sanggup mkn benda yg "hambar lg mrmbosankan" ini sepanjang pantang demi kesihatan dan kembalikan kelangsingan badan. It's still up to you mom ☺️
Baca lagimenu sy sepanjang pantang sendiri (czer). sarapan: lempeng, bihun grg, nasi grg. (buat less oily), bihun sup, air kopi o, milo o, horlick o. lunch: nasi + ayam perap - buat 3-4 jenis perapan supaya xbosan (bakar dlm air fryer), sup ayam/daging, ikan steam (jarang buat). sayur sawi, kailan, sayur campur (ikut mood). snacking: kekacang yg x allergic dan buah2 high vitamin c sbb nk bg luka operate cpt sembuh. dinner: repeat lunch, klu xde idea buat menu simple2 sahaja. roti sandwich pun boleh.
Baca lagikena tahu milo&tea juga mengandungi kafien. ibu menyusu boleh minum kafien cumanya berlimit. boleh minum 150mg-300mg sehari. bersamaan 3cawan kecik expresso. real milk booster ni awak kena try n error. contoh mcm sy minum any coffee akan buat susu jadi meriah. tp ada mommy tak boleh minum coffee susu jadi drop. itu bermaksod milk killer mommy tersebut
Baca lagi1st mom czer with baby 4.2kg Harini dh hari ke 27 , saya berpantang secara kg jdi mmg straight, mkn ikan kembung rebus dngn sup ayam shaja plus buah oren Sunkist untuk cepatkn penyembuhan luka didalam.Untuk menu petang , saya akn tukar milo atau kopi bersama roti kosong . Alhamdulillah, dh loss 16kg . ☺️🤲
Baca lagi
Be kind❤️