Ada tips tak dari ibu² yg pernah berpantang sendiri tanpa bantuan sesiapa?

Saya akan berpantang sendiri x lama lg. Adik beradik jauh, mak dkt kampung dgn ayah.. Mak sy stroke.. Mak mertua dah tua dah x larat.. Husband ada teman masa berpantang dlm 10 lps bersalin. Lps dr tu husband balik ke tmpt dia. Kerja jauh, kami mmg pjj sebelum ni.. Jadi lps 10 hari tu saya kene buat sendiri, klu anak kuning kene ke klinik sendiri, masak basuh semua sendiri.. Serta perlu jaga anak drjah 1, hantar ke sekolah dan sebagainya.. Husband cuma dpt balik 2 minggu sekali saja.. Nak upah CL mmg x mampu.. Mcm mana ye nak masak supaya x penat sgt.. Bila masak kan bnyak berjaln, berdiri.. Saya ingt nk standby lauk frozen mcm sup ikan tu. Lps tu ayam ikan perap siap² nak mkn tgal defrost & panggang.. Lps tu bwg² apa semua da siap blend/buat pes.. Sayur je la kene msk fresh.. Ke ada cara lain yg lg mudah.. Saya xnak penat sgt takut stress.. Oh ye foodpanda & grab x smpai area rmh saya.. Ada x tips lain yg nak di kongsi? Saya perlu bersedia mental & fizikal dr sekarang..

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya pun pantang sendiri hari tu cuma tak la macam puan buat sepenuhnya. saya suami tinggal sama cuma baby ja upahkan jiran mandi. yang lain saya & suami buat. bagi saya bab makan puan minta suami prepare sesiap & bekukan untuk semasa dia takda kat rumah nanti. so puan just panaskan lauk & masak nasi ja. tak la teruk bergerak sana sini. kalau mampu & ada jiran yang sudi masak puan boleh upahkan dorang dulu. saya awal bersalin pun upah juga kejap jiran masak sebab suami taknak saya stress sebab dia dah kena kerja. anak sekolah pulak sama kalau taknak cutikan dia cuba minta tolong jiran hantar & ambil dia. kalau dia taknak terpaksa la cutikan sekejap awal tu supaya puan tak penat & banyak bergerak. bukan senang juga tu dengan baby nak ulang alik ke sekolah. nanti puan dah kuat sikit okla nak hantar anak sendiri. risau pula dalam pantang lagi tu nak ke sana sini. pengorbanan yang besar tu. dah la pjj nak kena pantang & uruskan bermacam hal sendiri. yang mampu buat kita buat sendiri. yang tak mampu minta tolong pada keluarga atau jiran. jangan paksa diri itu boleh jadi punca stress. apapun semoga dipermudahkan segala urusan puan & suami ya.

Baca lagi