Berpantang 28 hari

Salam nk tnya..klau baby kerap nk menyusu je sbb x puas mnum ssu ke? Atau ssu bdan sya x ckup? Sbb nnek saya ckp bby saya lpar..sbb tu bby saya kjp² nk nenen je...nnek sya kata bby klau dh jtuh tali pusat dh boleh bgi mkn nasi atau nestum..tpi sya bntah ckp dia..sbb ank sya bru 28 hari..sya kta 6 bulan bru blh bgi mkn...sya down jga sbernarnya..sya dh berusaha mkn mcm² untk tmbhkn ssu bdan.. milk booster pn sya ada ambil jga..smpai dsuruh pump ssu..saya x nk..sbb takut klau sya pump sya nmpk oz nya sikit..nnti sya tmbh stress..

26 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya pernah melalui situasi macam ni. Baby boy sy kjp kjp nak breastfeed. Masa tu dengan sakit czer sy stress sgt. I hold dia sampai 2 jam letak atas katil je nangis. Baby nak bersama mummy dan manja2 breastfeed mcm tak cukup juga. Kalau sy mix formula dia akan tidur macam dah kenyang. Sy pun tak pandai masa tu nak pump dan store susu dlm peti sejuk . Sbb stress bengkak apa semua sy rela breastfeed direct je. Now anak kedua saya dah prepared mentaly apa nak buat. Sy taknak paksa diri dan stress . Sy dah prepared pump this time awal sikit dan susu formula on standby. Sy akan cuba yg terbaik asalkan baby happyvsy pun tak stress. Sis lagi satu kita akan ada pressure dr keluarga dan kwn2 Satu pihak akan kata u mesti kena breastfeed juga dan lagi satu pula baby tak cukup susu bagi susu formula mix nestum . First 6 months kita tak boleh bagi air atau apa 2 makanan kepada baby. Kalau sesiapa paksa bawa dia sekali jumpa doktor untuk counseling.

Baca lagi

Biasa susukan ank sulung mmg mental down. Tpi sis kena kuat. Dalam kepala memang kena letak mindset susu sy banyak n cukup utk baby. Jgan penah pkir susu xckup sbb blh affect penghasilan susu badan. Sy anak kedua bru brjaya susukan ank fully. Mental kena kuat even pump dpat sikit, tapi keep on pam n direct feed ja. Lekapan puting kena betul, n keep on sua puting utk baby. Dalam pantang jgan guna botol. Nanti baby jdi nipple confuse. N mmg baby sntiasa lapar lagi2 baby boy sbb dia bru nak bljr kenal susu ibu sbb sebelum ni dia dpat direct dri tali pusat ja. 1st month sy mix susu ibu n formula sbb nasihat doc n nurse, susu kurg n berat x naik sgt. Masuk 2nd month alhamdulillah dh boleh fully bf. Tapi mental memang kena kuat sis. Skrg baby dah 4 bulan susu pun memancut2. Sy x ambik apa2 milk booster just pastikan mkan ckup n brkhasiat. Mnum air msak byak2.

Baca lagi

sy nk tnya ibu2 yg mnyusu.sy first mom msih dlm pntng sy dh bg baby guna botol sbb lpas blik hospital tu kena bngkak susu nk bg baby susu sakit yg amat2 ..lpastu susu badan xkluar bnyk baby lapar so dia mngamuk smpai hilang suara trpaksa sy bg susu formula.bila dh elok bngkak susu, sy pam susu dan start tu mmg bg susu bdan pun guna botol.tp tula bila tgk muka anak, rindu nya moment nk df dia🥹 cuma sy nk tnya soalan xlogik skit😅😅 , kan klu kerap brpeluh kt area breast pun brpluh la kan, mcm mna ya ibu² bf baby.stiap nk bf kne mndi ke😂lpastu klu lpas pam susu, nmpk mcm ada daki dr nipple tu kt corong tu🥴 nnti klu baby df pun kena daki tu kat mulut dia ke🥹mcm mana ya nk hilangkan daki kt nipple tu.. sedih rasa sy xboleh bagi yg trbaik untuk baby🥹

Baca lagi
5mo ago

sekarang baby bru 25hri.ok nnti sy try df baby balik.hrap2 dia nak mnyusu df.sayang rasa wlaupun susu xbnyk xlaju kluar tp still ada tkut lama2 susu stop dah sy trlepas moment2 bonding ni🥴

Baby yg kuat susu memang macam tu sis. Anak sy dulu pun bawah 3 bulan kuat susu.. setiap setengah jam, kadang setiap 10 min menyusu. Susu badan cepat cerna. Kalau sy pump susu pun, keluar sikit sahaja. Last2 sy direct feed sahaja. Kena bagi susu (setiap breast) lama sikit sebab awal2 tu susu cair sikit.. Susu yg Last2 (bila breast mula lembik2) tu yang banyak lemak. Lepas tu, baru susu kan breast sebelah lagi. Banyak minum air dan makanan berkhasiat. Stress dan emosi tu kadang boleh effect susu badan. Baik sis tumpukan ikut demand anak saja dulu buat masa ni. Try susu kan anak susu terakhir tu (yang berlemak2).. Yang tu buat anak Kenyang sikit. Semoga sis dapat harungi semuanya. Tetap semangat💪

Baca lagi

Orang dulu-dulu memang macam tu 😂 saya pun dah terkena Baby kuat menyusu la awal2 tu kan pastu mak mentua saya suruh bagi air kosong,. Dia kata baby dahaga air sebab tu dia merengek je 😂 saya tergelak lepas tu saya cakap saya taknak bagi Dia bebel2 la cakap susah la mak mak zaman sekarang ni payah nak ajar Saya pun bidas semula "saya ni educated kot mak 🤣🤣🤣" sambil gelak hahaha pastu dia tak cakap apa dah 😛😛 Susu saya pun tak banyak awal2 tu so saya minum air masak banyak2 walaupun mak mentua larang takut urat kembang katanya 😂😂 peduli apa hahha

Baca lagi

baby awak lelaki ye. baby saya dulu pun macam tu. kejap2 nak susu. baru setengah jam bagi susu dah nangis nak susu lagi. sampai suami saya persoalkan susu saya tak cukup. suruh picit dulu baru bagi baby. jangan main bagi je tapi takde susu pun. macam tu la laki saya cakap. time tu dalam pantang lagi. emosi sangat masa tu. rasa sedih campur benci bila tiap kali laki tengok kita bagi susu kat anak. saya pun percaya je yang susu saya sikit masa tu. bila baca soalan puan Dan jawapan ibu2 baru saya paham keadaan masa tu

Baca lagi

newborn sampai 6m minum air putih pun xperlu sis ni kan lagi makan. teruskan susu badan. abaikan ja nenek tu. sy dulu 1st baby,czer juga,pantang tahan 3hari ja dgn my mom. sebab bby nonstop nangis.dah df pun nangis.mymom ckp xda susu badan bg susu formula.last2 pulang rumah berpantang sendiri.menyusu badan ni jgn stress2 sis. akan ganggu production susu. milk booster ni kena try n error,sampai jumpa yg ngam dgn kita sendiri.tapi tips utk pekatkan susu tu,sis try minum susu+oat+nestum.susu jenis apa pun xkisah.

Baca lagi

Makk aii, jatuh tali pusat nenek awak ckp blh bagi makan nasi/ nestum? Baby baru usia seminggu nak bagi nasi dah. Mau tercekik anak awak sis. Jgn layankan org dulu2. Buat tak tau je. Lagi satu, kdg baby ni bukan lapar pun kena tengok dia betul2 hisap dan telan ke just hisap2 pastu layan je tido. Sis kena banyak observe baby baru boleh tau benda ni. Jangan stress2 tau masa breastfeeding ni. Boleh jadi punca susu takkeluar.

Baca lagi

bagi nestum atau nasi boleh mati anak. walaupun buat nestum cair2 kalau dia boleh telan sekali pun. usus dia kecik sgt. usus boleh tersumbat. harap awak jgn ikut ckp nenek awak tu. kesudahanya apa akan jadi kat ank awak awak yang akan sengsara. saya masa anak 5 bulan bagi ank nestum cair2 gara2 mentua asyik suruh, anak saya cirit birit terus

Baca lagi

Kalau payudara tidak lagi tegang slpas bayi menyusu, mksd nye bayi awak dh dpt susu. Bayi kerap buang air besar & kecil, ada bunyi hisapan, pipi kembang kempis ketika menyusu dan sebagainya. Ilmu penyusuan sgt luas. Bykkan membaca. Kalau msih menangis lpas menyusu tak smstinya die masih lapar. Mgkin nak di buang angin, di buai & sbgainya.

Baca lagi