Pregnant Anak 9 Bulan
Salam mommies, nak tanya, salahkah klu anak dah 9 bulan, dan saya sbgai ibu dah ready nak anak no 2? Klu boleh x nk merancang sbb umur dah lewat, ni saya yg nak anak dekat2, cuma kdg2 family pulak yg suruh jarakkan sbb risau beranak kerap nty rahim x elok. Betol ke?

Tak salah pun. Utk pemulihan bg bersalin normal, jarak 6 bulan ok je nak hamil lg. Jika czer, mcm sy yg dah lanjut umur ni, doktor bercanggah pendapat dpn saya di wad. 😁Sy dengar je lah, dan saya sendiri yg putuskan dlm hati. Kesimpulannya mereka bg tempoh pada saya jarak 1 ½ tahun ke 2 tahun selepas bersalin utk hamil lg. Pengalaman saya, saya boleh melompat, meniarap, briskwalk lebih 30 minit, buat kerja berterusan pada 1 tahun 7 bulan selepas bersalin. Rahim elok ke tak elok utk hamil lg berdasarkan penilaian doktor semasa pemeriksaan ke atas puan . So, jika puan rasa keliru, buatlah pemeriksaan dgn doktor samada puan sesuai hamil lg atau tak. Macam saya, selepas bersalin doktor ada buat nota klip di buku pink saya pasal keadaan rahim saya dan saya boleh VBAC. Saya memang baca laporan di buku pink.
Baca lagi

