hai nak tanya boleh?

nnti bersalin kena pakai baju bersalin yang lengan 3 suku tu?? so boleh tak saya nak pakai sarung tangan?(aurat) ad tak ibu ii yang pakai sarung tangan?? ada problem tak? ke susah nak cucuk ii semua tu??

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bagi saya, mesti ada sebab kenapa lengan baju tu dibuat 3 suku, mungkin untuk memudahkan urusan waktu proses bersalin nanti. Untuk memudahkan kerja Dr & nurses check atau cucuk apa2 ke kan. Setakat ni, saya tak pernah lagi nampak ada ibu2 yang guna handsocks, tapi boleh rasanya kalau nak pakai juga, nanti minta nasihat nurses kat situ. Kalau betul2 nak aurat terjaga, boleh pilih untuk bersalin di hospital swasta yang Dr & nurses bertugas bahagian O&G semuanya perempuan. Kalau nak kata aurat, kadang kat hosp gov, yang cucuk epidural boleh jadi Dr lelaki, yang check bukaan pun boleh jadi Dr lelaki, yang bius pun boleh jadi Dr lelaki, apalagi yang sambut baby pun boleh jadi Dr lelaki juga. Bersalin ni keadaan darurat sebab main dengan nyawa. Jadi rasanya takda masalah kalau aurat tangan tu. Wallahualam. Simplenya macam ni, waktu saya bersalin pun, Dr & nurses suruh saya buka je tudung, untuk keselesaan kita juga waktu bersalin tu. Kalau tudung pun tak pakai, apatah lagi cuma handsocks. Biasanya mommies yang pakai tudung tu pun, sebab nak record the moment ataupun ambil gambar. **Yang saya jelaskan di atas ni waktu dalam LR ya, waktu proses bersalin, dimana cuma ada isteri, suami, Dr & nurses je dalam ruangan tu. Lepas bersalin, di luar LR, nak menutup aurat sempurna pun tak ada masalah, sebab proses bersalin dah selesai. Mommy pun akan dipindahkan ke wad biasa, ada pelawat lelaki boleh masuk.

Baca lagi
4mo ago

Betul, yang paling penting baby sihat. Suami pun kena faham juga, kalau dapat suami yang tak nak Dr lelaki, memang ke hospital swasta je la pilihannya. Tak boleh ke hospital gov.