ikhtiar hamil

hi mommy2 semua boleh mommy2 share tips utk ikhtiar hamil? terasa sayu hati bila period selalu dtg ontime. suami selalu pegang2 perut sbb nmpk simptom2 pregnant. tapi bila test negative & period.. boleh mommy2 bantu. terima kasih yaa. jgn kecam yaa.

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya pernah keguguran dulu. Orang kata selepas gugur akan mudah lekat. Tapi tengok orang jugak. Dan Alhamdulillah hampir setahun lepas tu saya pregnant. Saya tak ada tips sangat sebab tak pasti mana satu yang menjadi. Yang paling penting sekali kena redha & jangan fikir negative. Ingat Allah akan bagi kita rezeki anak bila kita betul2 dah bersedia. Dan yang saya ingat sebelum saya pregnant, saya memang amalkan folic asid setiap hari tak pernah miss. Saya ada pergi mengurut satu badan dan urut naikkan rahim. Ada satu lagi tips saya baca, cuba bersama suami pada waktu pagi sebab waktu tu sperma tengah aktif. Tapi semuanya rezeki sis. Inshaallah. Banyakkan bersabar dan jaga hati yea sis. Semoga tahun ni sis dikurniakan zuriat. ❤️🌹

Baca lagi