Baby 5 bulan jatuh katil

Baby saya 5 months 20 days , harini baru first time jatuh katil 😭 saya rasa macam jadi ibu yang tak berguna 😭 ada sesiapa ada experience benda yang sama tak 😭 saya takut first ada merah sikit kat belakang kepala dia then saya tuam , sekarang merah tu hilang Alhamdulillah , patut ke pergi Clinic untuk check ? 😭 tangan Shaking Allahuakhbar , sekarang Alhamdulillah baby tidur tapi agak was was sebab belum 24 jam 😭 ada tips apa apa tak momies out there 🥺

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

tak berguna tu kalau dpn mata anak nak jatuh tp mommy duduk je tengok tak buat apa. jangan la mcm ni mommy.. eksiden kan namanya tu. pantau mcm kawan2 lain bagitahu tu tau.. nanti bangun tido kalau dia aktif je tu insyallah ok je. nak pergi klinik pun ok je, esok siang pergi je la cek. lepas ni, if anak tido atas katil, pastikan katil berpagar, lantai lapik la apa2 supaya lembut. anak membesar lagi banyak perkara yg melajukan jantung mommy, kena belajar jd chill supaya otak kita boleh proses elok & bdn boleh react laju

Baca lagi

Rumah saya 1 katil pun tak ada sebab takut anak jatuh katil. Sekarang anak umur 9 tahun dan 1 tahun 7 bulan dan anak ketiga masih dalam perut. Kami semua guna tilam sahaja. Tapi, betapa kita cuba untuk elak anak dari jatuh sekali pun, benda nak jadi tetap jadi sis. Anak sy pernah jatuh sofa pula masa umur 6 bulan. Sy tak bawak pergi klinik. Tuam kepalanya dengan ais sahaja. Kalau dia muntah2, lembik baru bawak jumpa doktor. Please jangan down teruk.

Baca lagi
16h ago

Alhamdulillah. Dah jangan fikir sangat tau. Boleh anxiety nanti. Tenang-tenang je ya. Kita semua tak smepurna… maafkan diri sendiri.. semoga kta semua jadi ibu ayah yang terbaik untuk anak-anak. ☺️

sy ank sulung dlu 3kali penah jatuh katil.. memg kne beli penghadang katil.. dkt bawah pon ktrg letak tilam.. sy memg jns xbole tdo bawah nt kne vertigo.. jd kne jaga lebih kne jgk baring ats katil.. dlm berjaga pon 3kali jatuh.. memg pantau 24jam..klau xde muntah insyaAllah ok je

1d ago

sy pon panik sis..memg rasa nk ngs.. rasa mcm useless sgt.. slalu jd bila kita tinggal dia kejp je..klau tgk x jd pon😂 xfhm jgk la mayb dia tau kita xde kt sebelah..jd dia golek2.. sb tu sy letak tilam kt bwh klau jatuh pon xkena lantai..tp bahaya jgk klau jatuh telangkup ngs x dgr.. kne slalu cek jela

bukan ibu tak guna..kita just manusia yang tak boleh nak kawal semua keadaan. monitor keadaan anak,kalau anak tak nak susu, ada muntah, cirit birit dan tak active.segera ke hospital.. moga baik² sahaja hendaknya.

Baca lagi
2d ago

Aamiin sis , terima kasih sis , Ni selepas baby bangun tidur saya nak bawa dia pergi Clinic untuk double check , sebelum kejadian saya kat dapur masak then dia tidur tepi ayah dia , ayah dia pun penat sangat still tertidur , lepastu dia merangkak pegi tepi katil allahuakhbar luruh hati Ni , rasa bersalah sangat 🥺 …

pernah anak 3 bulan jtuh katil pergi hospital nk scan kpla kot ade pape² first doc tanya mse anak jtuh katil menangis tak? ade bengkak ? lepastu doc bg sy kertas ni je. skrg anak alhamdulillah.

Post reply image
2d ago

welcome inshallah tak ade apa² tu sy pn first mom wak masih belajar lg. don't worry ok 🙂Klau ank aktif tak ade muntah ok je tu pape pntau je k 🤗

monitor ank, dlm masa 24jam klau ade muntah, cirit birit, xaktif mcm biasa blh ke emergency terus. klau ank aktif xdek tanda lain, in shaa Allah ok. ank sye pun pernah jatuh katil bnyk kali 😅

2d ago

Thank you sis , saya risau Ni sekejap lagi baby bangun nak bawa pergi Clinic untuk double check , harap tak ada apa apa … terima kasih sis 🙏🏻🥺

Kalau masih risau, tak apa pergi je clinic untuk check, Dr tak kan marah. Explain je kat Dr tadi ada merah sikit kat kepala. Nanti Dr check. InsyaAllah, semoga tak ada apa2.

2d ago

Thank you sis reply ya , saya nak pergi check kat Clinic sekejap lagi tunggu baby bangun , sebab selepas jatuh tu dia ada berak tapi tak tau lah cirit birit ke tak , sebab sekarang baby tidur Alhamdulillah nangis sekejap je tadi maybe sebab terkejut saya pun jenis yg cepat panic 🥺

Tunggu dalam masa 24 jam kalau xd demam muntah … selera mkn oky … main ok apa smua InsyaAllah Oky je semua … but kalau risau sgt boleh pergi klinik Swasta Nk check Kepala baby

2d ago

Ya sis thank you sis reply , saya risau sebab first time mom sis .. first dia jatuh tu saya yg panic , sebab saya cepat panic … rasa bersalah , alhamdulillah baby nangis sekejap je mungkin sebab terkejut .. saya terus angkat urut sikit kepala dia and tuam, lepastu bagi dia mandi air suam and bagi susu alhamdulillah lepastu dia tidur

Sy pun prnh kejadian mcm ni.. Mngntuk sgt, ikut la baby tdo.. entah mcm mna bole golek smpai jatuh. Trus smpai skg anak 2thun ni x pkai katil.. lg selesa . x risau apa..

19h ago

panic sis , alhamdulillah nasib pergi Clinic nothing serious , just kita risau sebab bunyi kuat sangat 🥺 saya jenis cepat panic , terus rasa Down , rasa bersalah sangat 🥹

TapFluencer

Pernah juga anak jatuh katil. Tiada simptom bahaya. Lepas tu kami tidur bawah je dgn toto

19h ago

Memang panic sis , alhamdulillah nasib pergi Clinic nothing serious , just kita risau sebab bunyi kuat sangat 🥺 saya jenis cepat panic , terus rasa Down , rasa bersalah sangat 🥹