Tips Ibu hamil mudah membuang

Hi mommies² semua...ada tips tak macam mana nak membuang...saya dah pregnant 5 week...dah berapa hari tak membuang..rasa tak selesa sangat...kalau makan pisang, betik, pun still tak jalan...perut kadang rasa memulas tapi tak boleh membuang...ni pun rasa berangin jer perut, kembung buncit lagi...huhuhu help me ??

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman puan, terdapat banyak faktor yang menyebabkan sembelit ketika hamil. Hormon kehamilan dan kehamilan itu sendiri menyebabkan pergerakan usus menjadi perlahan sekaligus menyebabkan sembelit. Selain itu, pengambilan sesetengah vitamin kehamilan seperti tablet zat besi memburukkan keadaan ini. Untuk menangani masalah sembelit ketika hamil, anda disarankan untuk makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, anda haruslah minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi. Anda juga disarankan untuk bergerak aktif kerana ia boleh membantu mengurangkan gejala sembelit. Pengambilan probiotik juga adalah digalakkan. Sekiranya masalah ini masih berpanjangan, rujuk kepada doktor bagi mendapatkan rawatan dan mengelakkan komplikasi seperti masalah buasir. Terima kasih.

Baca lagi