Luah perasaan

Hi mommies☺️ Wajar ke saya, pertama kali menjadi seorang ibu dan usia bayi baru masuk 4bulan merasa penat? Bukan pada fizikal saja tapi pada mental juga. Baru2 ini saya kerap menangis, berfikir macam2. Penat lelah saya menjaga anak, mengurus rumah, saya surirumah. Anak pula fully bf. Penat sangat penat. Semalam hari ibu, saya ada baca di fb apa yg ibu mahukan untuk hari ibu. Mereka mahukan “me time”. Saya juga mahukan “me time” tapi saya tahu saya takkan dapat merasa “me time” kerana anak fully bf dan suami bekerja. Dalam pada masa yg sama, saya rasa tak layak untuk “me time” kerana anak baru seorang dan baru 4bulan. Malam tadi baru saya betul2 rasa letih. Badan saya sakit, rasa lelah. Tidak dapat nap pada siang kerana uruskan kerja rumah. Dari segi fizikal mungkin saya kuat lagi, tapi dari segi mental Allah saja yang tahu. Setiap malam anak kerap bangun pagi untuk susu. Lihat suami disebelah tidur nyenyak, kan best dapat tidur nyenyak macam tu☺️ Saya kerap nangis seorang diri, ketika susukan anak dialah yang nampak saya menangis berjurai jurai air mata. Saya pandang mata dia, walaupon dia tak faham kenapa mummy dia menangis🤣 Suami takkan faham, saya taknak luah kat suami sbb saya takut. Takut dibandingkan dengan dia yang bekerja di luar dengan saya yang duduk dirumah menjaga anak. Saya taknak dibandingkan penat lelah suami bekerja dengan penat lelah saya yang hanya duduk di rumah menguruskan anak dan perihal rumah. Saya tiada kawan, anak & suami lah kawan saya. Cuma disini saya mampu luahkan perasaan apa yg terbuku si hati saya. Maafkan saya kalau rasa penulisan saya ni “mengada” bagi anda. Tentu akan ada yang kata “eleh kan first mom tu pon nak penat” hehehe😅 Cuma ini saja luahan saya. Maafkan saya & terima kasih🥰

44 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

cakap dgn suami..nak anak sama2...jaga pun kena la sama2..jgn sebab dia kerja cari duit dah terpaling penat lah tu..suh dia jaga anak kejap

Awak lene bincamg dgn suami. Komunikasi tu penting dlm rumah tga. Nti anak dah ramai xkan awk nk terus mcm ni nti boleh depression awk

klau baby tidur ibu tidur jgak , jgn pikir pasal rumah bersepah . Masa tu peluang kita utk rehat

normal rasa penat tu