Penat tu valid. Sedih pun perasaan yang valid. Jadi menangislah jika itu boleh kurangkan bebanan dalam dada. Nangis depan suami. Saya biasa nangis masa salam dengan suami lepas solat maghrib atau subuh. Suami ni kadang² dia nampak kita urus anak baik and almost perfect, dia akan lepas tangan. Saya selalu jugak cakap dekat suami, boleh tak saya yang kerja dan dia duduk rumah jaga anak je 24/7. Suami gelak² je tapi saya memang serius. Saya cakap bila lagi nak rasa kena tahan kencing berak sebab anak high demand taknak orang tinggal dia walau sekejap. Makan pun asal boleh je. Luahan awak pun bukan mengada. Kalau suami tak faham, luah kat adik/kakak ataupun kawan. Nak luah kat sini hari² pun takpe. Update je sini okay. Hugs from a far. Saya doakan semua penat lelah ibu² dapat gugurkan dosa dan jadi ladang pahala. Ikhlaskan hati, ingatkan diri bahawasanya aku yang minta rezeki anak ini ya Allah, kuatkanlah dan sabarkanlah aku dalam apa jua cabaran nak besarkan anak ni. 😇
4 bulan, bg saya suatu tempoh burnt out sbb perkembangan penglihatan dan pendengaran anak berkembang. Sesuatu yg bagus. Kesan pd anak dia rasa takut dgn dunia yg baru dia hidup dlm tempoh ini. Jadi, ibu menjadi tempat paling selamat bagi dia utk. Dia rasa secured dgn org yg paling rapat dgn dia. Boleh belajar mengenai ini di Facebook Baby Language. Bila dah berkahwin, suami juga adalah kawan rapat, jadi berkongsilah apa jua topik dgn dia. Belajar komunikasi berkesan suami isteri. Boleh je me time, bawa diri dan anak jln2 morning walk di luar. Dlm 10 minit pun ok. Dapat bonus exercise dan vitamin D free drpd cahaya matahari. Puan, fasa ni amik beberapa bulan je. Nanti tumbesaran anak berkembang, kurang lah bebanan ibu. Tapi kita kena ada ilmu utk menjadi ibu bapa terbaik dan belajarlah perkembangan tumbesaran anak. Memang best. Mudahan Allah kurniakan ketenangan, kasih sayang dan rahmah buat puan sekeluarga
Saya masa maternity leave, semua buat sendiri. Kononnya tak nak susahkan org lain. Akhirnya mental koyak, rasa mcm nak gile sbb penat sgt. Tiap kali tidur setakat 1 jam lebih je, lepas tu baby dah bangun, tambah lagi dgn nak buat kerja rumah. Saya exclusive pumping, lepas bagi baby susu, kena pump pulak. Saya menangis je depan suami saya, baru dia mula tolong saya dgn kerja rumah/ baby. Dia penat dgn kerja tapi sayang isteri ngan anak. Kalau sis pam keluar susu dan simpan dlm peti sejuk, suami boleh guna air panas/ milk warmer utk panaskan susu dan tolong susukan anak sekali. Sis tidur awal sikit, kasi suami susukan baby sekali sebelum dia pegi tidur. Susu seterusnya sis bf mcm biasa. Mungkin akan bengkak sikit, tapi mental tak koyak. Kalau ada ahli keluarga duduk dekat, minta tolong jaga setengah hari pun okay, sis boleh tidur sekejap. Tak payah setiap hari, seminggu beberapa kali je pun okay.
Hi mommy sy pun pernah rasa situasi yang sama masa baru anak 1. Sy rasa seperti culture shock sebab dah kawin kena keluar rumah dan tinggal bersama keluarga mentua yang dimana apa2 sy buat pun kena judge ini tidak ngam itu tidak ngam hm stress sudalah housewife tiada duit tiada pendapatan tiada kereta tiada kawan lagi 🥲 husband kata dia penat bekerja so dia taknak peduli perihal hal anak dan rumah. Yang dia tau anak cukup mkn tu ja. Mommy dah mkn ka dah mandi ka tiada kisah. Tapi tu dululah sekarang suda anak 3 apa ku kisah lagi kalau ada yang tidak ngam cakap terus mau minta duit cakap terus sis jgn segan sebab lelaki ni drg tidak faham sign language wanita 🤣 Syukur sekarang tinggal bersama mentua pun ok suda. Sy skrg pun ada bisnes sendiri dan boleh la sekali sekala keluar sendiri biarpun pg servay rasa nikmat amat 😂 So sis kena bersabar ya. This too shall pass 😘
Wajar sis . Saya pun baqu anak sorang dan baqu berusia 45hari pun dah qasa mental koyak 😅 sebab anak saya high need dan fully bf . Abaikan yang cakap , baqu anak sorg tapi dah itu ini . Org takduduk dlm kasut kita org mmg takkan paham sis 😘 . Lain anak lain ragam , lain org lain ujian ❤️ Bila kita qasa camni , terpaling penting adalah support system daqi suami . Sis kena luah jugak apa yang sis qasa dkt suami . Saya pun sama kadang nak mintak suami tolong tgkkan anak pun qasa serba salah sbb yala dia keja saya duduk rmh tapi mmg kalau tgh burnout saya akan luah dkt dia , so dia akan take over anak bagi saya recharge sepenuhnya 🥰 . Apa pun sis cubalah luah dkt suami 😘 . Inshallah dia paham . Kalau pendam , risau lelama makan diri 🥹
sama mcm saya sis, saya pun tak okay. anak sorg juga. bila husband cuti, berharap husband bole tolong ,mcm mandikan ke, makan ke, tuh pun da bersyukur sgt. even tak dpt "me time", at least dpt jaga anak sesama okay juga. lagipun saya pula duk dgn family, ada je tak kena ,so stress kt situ satu hal sama. sampai pernah doktor kata, kemungkinan nak despress tuh bole jadi sbb suka stress even benda kecil. tapi saya tak pendam la, saya mmg luah kt husband, bila kita fully housewife, duk rumah je, otak tepu , mula fikir mcm2x. takut juga, lepas dekat anak. so awak kena kuat yaa, ramai senasib mcm awak. kalau tak okay, luah je, jgn pendam. effect ke kita n anak . mmg husband tak faham sbb tak rasa apa kita rasa, tapi luah je,
Keep strong awaaak... Sy faham sgt2 tu.. Sbb sy pun 1st time jadi mama n walaupun sy bekerja, sy fhm lelahnya penatnya tu mcm mn.. Sy jg anak smpai 4 bln sblum msk keje, duk rmh bkn duk saja2, kerja rmh smua kt buat.. Awk jgn ckp 'hanya' duk dirumah tu perkara kecik tau, perkara besar tuuu.. Sbb kt rmh banyak sgt bnd. Nk urus.. Anak bf lg la, sbb mst nk ngan kt jer, pahtu time nk rehat, xleh sbb nk buat keje rmh lagi.. Sy hrp awk bgtau la kt Suami jg n hopefully dia fhm n amik turn awk pula jg anak waktu weekend or mlm dia blok keje tu... N certain kerja rmh maybe dia bole buat Cth basuh n jemur baju ke, at least awk bole fokus n baby n ringan sket beban.. Awk bukan ngada tau, terus kuat yer n jgn sedih2 tau... 🥰
bukan senang nak bgi lelaki faham yang jadi suri tu amat penat .. tapi lebih baik sis luahkan dri pendam . try lah luahkan dekt suami sis .harap suami sis memahami .jgn give up if dia xfaham lg cri alternative untk bgi dia faham . cara saya msa dia cuti saya sruh dia jaga anak pepandai la cri alasan .saya keluar saya sruh dia cuba mcm mna jaga anak . tak smpai sejam tu mesti call sb tak tau mcm mana handle anak 🤣. time tu la saya keluarkan smua apa saya rasa spnjang jaga anak .. kita seorang ibu ni pun bukan terus pandai jaga anak . kita pun tngah belajar ..awak cakap laa ni la yg saya hadap hari2 blum lagi malam anak bngun nak susu ..bgtau awak letih sgt2 . tak ckup tdo tak ckup reht .
Penat sangat sis. Sya pun fully breast feed and I''m so tired. Anak pun asyik nak didukung ja. Sya kerja dari rumah so kalau baby tak tidur sya tak dpt buat kerja. Skrg dia dah makan solid tpi still tak nak minum dari botol. Tapi jgn perkecil2kan tugas seorang wanita suri rumah. Itu ialah tugas yg paling susah dan patut dihormati. Apa lagi yg lebih dari 1 anak. Lelaki cuma tau kerje dia je apa yg dia tau? Lahir anak ke dunia not easy ya, perlu ada kerjasama antara suami dan isteri. Kebanyakkan masalah emosi yg sya baca di sini berpunca dari isteri suka simpan sendiri. Belajarla utk speak ur mind and heart. Jgn simpan sendiri. Lastly, bertabah ya sis. You got this. Ini cuma sementara💗
Saya buat ape je klau da penat sgt..bila anak tido sy tido..peduli ape dgn krja rumah yg sntiasa ade xpernah abes. Suami.. alhamdulillah sgt² la mmbantu..Suami sy krja syif bila dia blek kerja alhamdulillah krja² rmh yg lain smua dia tlg buatkan. Mcm bsuh pnggan..sapu² rmh skit. Jmur kain ke. Ape yg pnting kat sini..jgn bnding kan dgn penat lelah dia bekerja kt luar. Tpi puan dgn suami dduk la berbincng dri hati ke hati mnggunakan fkiran yg rasio al. Insya Allah suami puan msti faham. Tak bnyak sikit msti dia akan faham. Ambk msa...hari dia cuti puan cuba ajak suami berbincang ya...jgn guna emosi tpi rasional ya puan. smga yg baik² shja buat puan sekeluarga. insya Allah. 😊